TOOTH FAIRY

Jika saya bagi kamu gigi saya, bolehkah kamu bagi saya Lomolitos GREEN? Please please please...



Huahh aku nak lomolitos hijau sebelum tahun 2010, boleh tak? Tak sabar!!~~


Mari saper-saper jual kat aku =)

A Letter for Him

Baru selesai taip. Sangat panjang. Agaknya kalau dia baca perenggan pertama, dah tidur.


Gila emosi bila aku taip, tapi entah bila aku nak bagi dia. Bila aku nak jadi berani?


Good night@morning everyone. 


26th Dec 09
01:25 am

2010

Senarai sebelum 2010 :

  1. Kerja
  2. Kerja
  3. Kerja
  4. Kerja
  5. Kerja

Ini senarai aku sebelum tahun 2010. Yang aku dapat fikirkan, hanya kerja. Handphone baru, baju baru, kasut baru, boyfriend baru, gigi baru, duit baru, semua kira nanti. Utamakan kerja demi gaji lebih. Aku rasa aku terlalu gila bekerja keras sekarang. Masuk awal, balik lewat. Tak minta cuti. 

Badan dah lenguh-lenguh, pinggang dah krek krek. Nak angkat stok waktu pagi-pagi pun tak larat. Cepatlah 2010. Jadi nanti boleh aku fikirkan pasal aspek hidup aku yang lain plak........

Mari tiup lilin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang membaca.

Aku pun dah lama tak update blog, nak kata baru balik dari Haji tak juga. Cuma terlalu busy membaca manga Bleach berapa hari ni, tapi tak khatam-khatam juga. Punya lidut..

Apa mau cakap ahh di waktu 2 pagi ini? Mata sudah mengantuk, tapi hati mau juga tulis blog.

Mari aku cerita-cerita sikit apa jadi akhir-akhir ini.

  • Dah dua minggu kena tinggal dengan ayah ibu dan adik. Mereka berenjoy sakan di Indonesia. Aku dan abang berenjoy sakan menjadi dermawan, belanja tokey kedai makan tiap malam. Rumah dalam keadaan yang sangat.......( matilah aku bila ibu balik nanti ). Almaklum, busy....
  • Dapat duit gaji ke-2 semalam. Berapa? RM763.20. Perasaan? Gembira tak terkata. Hasil bekerja 25 hari sebulan, masuk kerja 9 pagi, balik jam 6.30, aku rasa macam dapat gaji RM2k jer. Agaknya kalau dapat gaji 2k nanti rasa macam dapat 20k ker? Tapi kena juga simpan duit gaji. Amalan membawa bekal nasi setiap hari mesti diteruskan. Nafsu makan mesti mahu control. Ketepikan Setabak, KenyLoger, Mekdi, Kepci, OltownKopityam, BeskinLobin. Utamakan nasi kosong lauk ayam goreng, pek cantik-cantik dalam bekas Tupperware. Lebih unik dikalangan sahabat-sahabat sekerja nanti.
  • Harini Mr Syafiq jahat gila! (padahal suka...poyo Rosmah). Macam budak bodoh aku tercari-cari beg tadi kat floor time orang tengah pack nak masuk cinema. Boleh dia buat aksi AnakWayang buat muka kiut ensem mafia yakuza tak bersalah dia kat situ. Padahal beg aku telah disentuh dan disembunyikan di bawah meja......sadis lah konon. Ko gelak kan aku yer..ko ingat ko hencem lah gelak tadi tuh? Memang encem pun. Memang ko minta kena santau lah kan. Jaga ko. Nanti aku santau ko jadi tukang cuci kasut aku tiap hari. Ehem! Poyo tahap overdose lah aku. Padahal dalam hati suka juga kena sakat. Almaklum, orang ensem main kacau-kacau si tak lawa ni. Perasan lah sikitt... Huwahuwahuwahuwa.

Dah lah. Tiba-tiba aku rasa mengantuk. Saja jer nih nak tulis blog. Konon macam nak buat anniversary lah kan. Entri ke-100 !!! Macam tak percaya dah banyak aku spam sok sek sok sek kat sini dalam masa 8 bulan ni, hingga dah 100 entri (secara rasmi lahh) akhirnya...

Jadi, mari berikan satu tepukan yang kuat untuk saya. Pap pap pap pap pap pap pappp!!

Total Pageviews