"love is like a circus. it is beautiful, terrifying and magical at the same time...."
- taken from Wedding Daze



Itulah apa yang aku rasa terhadap ko. Ia indah sekali, tapi amat menakutkan....bukankah ianya magik? Boleh merindui, tapi rasa takut pada masa yang sama...? :)

Aku kena BLACKLIST tak boleh pergi Jepun???!!

3 minggu lepas aku dapat surat chenta dari peguam entah siapa nama. Dia cakap aku ada hutang dengan itu ahlong ptpenipu. Ahh ini semua gara-gara banyak sangat workshop dari idola-idola aku kena anjur kat Sabah ni! *pedahal sebab diri sendiri tak pernah nak saving duit untuk bayar loan*.

So macam mana nieh? Next month aku nak pergi Miri, ikut jalan darat, kawan cakap kena limpas Brunei. So kena ada passport. Tapi aku tak ada passport. Sebab aku tak ada duit nak buat passport. Tapi kalau aku dah ada duit boleh lah aku buat passport. Tapi kalau aku ada passport boleh ker aku keluar dari negara Malaysia walaupun mungkin hanya untuk 58 minit?? Abang aku cakap tak boleh! Sebab ko dah dapat surat cinta dari peguam, sebab ko dah makan duit ptptn tapi ko tak nak bagi dorang balik. So dorang tak bagi ko jalan-jalan keluar sempadan. Alamak! Tak nak lahhh...aku nak ikut dorang jalan darat amik gambar pakwe-pakwe Brunei. Ehh maksud aku buat shooting time jalan-jalan. Kemungkinan untuk pakwe Brunei pose ala-ala model untuk aku tipis sekali. So awak jangan risau yer...saya sayang awak. Eheheheh *ini dialog untuk siapa hahh?*



Jadi step seterusnya, abang aku suruh aku ke laman web ahlong itu, tengok-tengok kalau nama aku dah kena tulis kat dinding pakai darah ayam. Aku pun pergi ker SINI. Masukkan no IC....................................huh selamat. Tak kena blacklist lagi. Tapi bakal-bakal lah tuh. So kena start bayar secepat mungkin. Jadi ada siapa-siapa yang dermawan nak bagi saya rm50 untuk bayar?? *Haptuii! SILA GUNA DUIT SENDIRI!!*  :""((((

Total Pageviews