TOOTH FAIRY

Jika saya bagi kamu gigi saya, bolehkah kamu bagi saya Lomolitos GREEN? Please please please...



Huahh aku nak lomolitos hijau sebelum tahun 2010, boleh tak? Tak sabar!!~~


Mari saper-saper jual kat aku =)

A Letter for Him

Baru selesai taip. Sangat panjang. Agaknya kalau dia baca perenggan pertama, dah tidur.


Gila emosi bila aku taip, tapi entah bila aku nak bagi dia. Bila aku nak jadi berani?


Good night@morning everyone. 


26th Dec 09
01:25 am

2010

Senarai sebelum 2010 :

  1. Kerja
  2. Kerja
  3. Kerja
  4. Kerja
  5. Kerja

Ini senarai aku sebelum tahun 2010. Yang aku dapat fikirkan, hanya kerja. Handphone baru, baju baru, kasut baru, boyfriend baru, gigi baru, duit baru, semua kira nanti. Utamakan kerja demi gaji lebih. Aku rasa aku terlalu gila bekerja keras sekarang. Masuk awal, balik lewat. Tak minta cuti. 

Badan dah lenguh-lenguh, pinggang dah krek krek. Nak angkat stok waktu pagi-pagi pun tak larat. Cepatlah 2010. Jadi nanti boleh aku fikirkan pasal aspek hidup aku yang lain plak........

Mari tiup lilin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang membaca.

Aku pun dah lama tak update blog, nak kata baru balik dari Haji tak juga. Cuma terlalu busy membaca manga Bleach berapa hari ni, tapi tak khatam-khatam juga. Punya lidut..

Apa mau cakap ahh di waktu 2 pagi ini? Mata sudah mengantuk, tapi hati mau juga tulis blog.

Mari aku cerita-cerita sikit apa jadi akhir-akhir ini.

  • Dah dua minggu kena tinggal dengan ayah ibu dan adik. Mereka berenjoy sakan di Indonesia. Aku dan abang berenjoy sakan menjadi dermawan, belanja tokey kedai makan tiap malam. Rumah dalam keadaan yang sangat.......( matilah aku bila ibu balik nanti ). Almaklum, busy....
  • Dapat duit gaji ke-2 semalam. Berapa? RM763.20. Perasaan? Gembira tak terkata. Hasil bekerja 25 hari sebulan, masuk kerja 9 pagi, balik jam 6.30, aku rasa macam dapat gaji RM2k jer. Agaknya kalau dapat gaji 2k nanti rasa macam dapat 20k ker? Tapi kena juga simpan duit gaji. Amalan membawa bekal nasi setiap hari mesti diteruskan. Nafsu makan mesti mahu control. Ketepikan Setabak, KenyLoger, Mekdi, Kepci, OltownKopityam, BeskinLobin. Utamakan nasi kosong lauk ayam goreng, pek cantik-cantik dalam bekas Tupperware. Lebih unik dikalangan sahabat-sahabat sekerja nanti.
  • Harini Mr Syafiq jahat gila! (padahal suka...poyo Rosmah). Macam budak bodoh aku tercari-cari beg tadi kat floor time orang tengah pack nak masuk cinema. Boleh dia buat aksi AnakWayang buat muka kiut ensem mafia yakuza tak bersalah dia kat situ. Padahal beg aku telah disentuh dan disembunyikan di bawah meja......sadis lah konon. Ko gelak kan aku yer..ko ingat ko hencem lah gelak tadi tuh? Memang encem pun. Memang ko minta kena santau lah kan. Jaga ko. Nanti aku santau ko jadi tukang cuci kasut aku tiap hari. Ehem! Poyo tahap overdose lah aku. Padahal dalam hati suka juga kena sakat. Almaklum, orang ensem main kacau-kacau si tak lawa ni. Perasan lah sikitt... Huwahuwahuwahuwa.

Dah lah. Tiba-tiba aku rasa mengantuk. Saja jer nih nak tulis blog. Konon macam nak buat anniversary lah kan. Entri ke-100 !!! Macam tak percaya dah banyak aku spam sok sek sok sek kat sini dalam masa 8 bulan ni, hingga dah 100 entri (secara rasmi lahh) akhirnya...

Jadi, mari berikan satu tepukan yang kuat untuk saya. Pap pap pap pap pap pap pappp!!

Hari Ini Hari Raya

Pagi raya menjelma lagi. Jika dulu, di pagi raya aku akan bangun pada pukul 4 - 5 pagi. Tapi hari ini aku bangun pada pukul 7.30 pagi. Eh raya ker ni?


Yer hari ini Hari Raya Aidiladha. Tapi, tiada sambutan untuk aku hari ini rasanya. Hanya aku dan abangku di rumah. My parents and sister? Beraya di Jakarta.


They went to Jakarta last night. AirAsia ada tiket murah kan dimana ayah aku beli tiket tu awal tahun ini. Perkara bagus untuk berjalan-jalan di Indonesia, ada banyak tempat menarik dan makanan yang sedap. Yang tak bagusnya? Dia beli tiket sehari sebelum raya. Tinggal lah dua orang anaknya termangu-mangu di rumah tak tahu nak buat apa. Raya Aidiladha ke-2 aku tidak beraya dengan ibu dan ayah. Macam orang dah kahwin pula.


So apa nak buat hari ini? Pergi rumah makcik dan buat Sandwich Lavendar. Niat aku nak masak chicken wing untuk juadah raya nanti. Tapi semua ayam di Klang dan Shah Alam dah habis dikebas orang. Yer, langsung tiada ayam di supermarket. Bukan satu supermarket, dah empat aku pegi semalam. 


Semalam selepas habis waktu kerja, aku dan my BFF ( bukan Paris Hilton saja boleh ada BFF ) pergi lah menyelit sekejap menonton movie New Moon. Aku rasa part dah dekat habis. Hiba hati ku. Sayu. Nasib gelap, kalau tak malu aku orang nampak mata dah nak start jadi sungai. Emo sendiri. Owh yer, semalam budak Andalas datang beli tiket. Hahahah after 6 years baru nak tunjuk muka yer. Nasib kau aku busy semalam hidang popcorn kat orang, kalau tak memang ko kena. Tak apa, next time aku sakat ko.


Dan semalam juga, aku dah tahu nama jejaka idaman. Ahahaha sengal tahap nak mampus aku. Nama dia Sya....em tak boleh ditayangkan. Manalah tahu bila dia surf internet, nak buka Facebook tiba tiba terus direct pergi blog aku. Kan nanti dah terbaca, malu I. Hehehe yer, manalah kita tahu, itu semua kuasa Tuhan.


So, sekali lagi, apa nak buat hari ini? Hmm...Tak tahulah.


Apa-apa pun, 


Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin
*raya haji pun orang ada minta-minta maaf kan?? :?



Dah beli tiket?

Esok tayangan New Moon.


Dulu, aku cakap nak tengok dengan dia. Dia cakap ya.


Sekarang........






Esok pergi kerja aku nak bawa satu kotak tisu. Persediaan untuk mode emo masa tengok movie.












Sedikit cerita selitan :


Sebenarnya, aku selalu nak post di blog ni. Dulu, aku rajin post blog. Tapi itulah, dulu aku selalu post cerita duka lara. Mode Jiwang di waktu berduka kan. Tapi masa tu blog ini meriah. Aku rasa lega. Sebab dapat luahkan segala perasaan dalam blog ini. Tapi sekarang, sebenarnya ada banyak benda aku nak tulis. Tapi jadi rasa malu pula. Takut pun ada nak post. Rasa terhalang. Tak dapat luahkan perasaan, semuanya dipendam sahaja. Kan nanti orang kata 'budak ni semua cerita jiwang patah hati jer'. Sebab tuh aku kata blog ini blog jiwang. Bila aku rasa terluka, aku post blog. Sekarang pun aku masih rasa terluka juga....

Aku tembak ko batman!

&*^@&^&##6^$$$!!!!!!!




Ahhh benci betul kelawar satu ekor ni. Tak boleh kasi orang chance hidup aman damai langsung. Apa lagi makhluk tuhan yang satu ni mahu hah?? Si-pi-a-pal betul!




ZZZzzzZZZzzzzz grrrrrrrr tahap dewa! 



You Gave a Kick, I Gave a Slap!


Dush dush pang pang


Tadi pagi sewaktu mendengar lagu ini, aku terimagine :

Aku diatas pentas, menyanyi lagu ini dengan mikropon lengkap dengan standnya sambil bermain gitar dengan hebatnya. Fuhh, punya hebat aku menyanyi. Bah, jangan harap!


Sakit...




Sekali lagi, aku betul tidak sangka, yang ia masih boleh jadi sakit seperti ini. Damn, it hurts so much. I am crying again because of you...

Facebook boleh bagi aku duit?


Pendahuluan :


Habis pengajian a.k.a tamat sekolah sememangnya menjadi impian semua pelajar tak kira pelajar tadika mahupun pelajar Open University. Bebas dari bangun awal, pergi ke kelas, buat assignment, presentation, pop kuiz dan di tangkap ketika meniru sewaktu exam, siapa yang tak nak habis pengajian kan? Boleh bekerja lagi lepas tu cari duit. DUIT. Siapa yang tak nak duit?




______________________________________________________________________________






Tamat pengajian pada aku bermakna, bermulanya satu era yang sangat matang+susah+complicated+rungsing+seronok pada aku. Berfikir dengan secara mendalam dan berhati-hati, merancang aktiviti dan laluan kerjaya untuk berjaya. Pening. 


Bioteknologi. Sebelum ini digembar-gemburkan, bidang yang paling HOT and Marvelous! Peluang kerjaya yang sangat tinggi! Menjamin kerjaya dan kehidupan di masa hadapan! Tipu! Dah nak masuk dua bulan lebih, lebih daripada 200 graduasi bidang ini di sebuah Universiti Dunia Baru, masih belum mendapat kerja yang sebidang dengan apa yang dipelajari selama 3 tahun. Kerja yang paling banyak di JobStreet.Com, Customer Service. Kalau begitu patut diadakan saja satu bidang kursus Diploma or Degree in Customer Service with Hons. 


Tiap hari aku melawat JobStreet.Com dan website-website yang sekeluarga dengannya. Tiap hari beli newspaper semata-mata nak tengok ruangan Classified, tapi tak ada satu pun kerja untuk Biotech. Aku jenis tak boleh duduk diam di rumah. Sebenarnya, boleh jer, bukan susah pun baring-baring, tidur, makan, Facebook seharian di rumah. Tapi kalau dengan itu boleh dapat duit RM30 sehari, mo man tai!


Masalahnya, tak akan dapat duit. Dapat extra Kg adalah. Bukan boleh jual pun lemak tu. Tak laku di pasaran mahu pun Giant. Malaysian Biotechnology Corporation ada menjalankan satu program latihan industri selama 9 bulan, BeST Programme untuk para graduan tak kira lah bidang apa pun untuk menyediakan diri mereka masuk ke bidang bioteknologi ini. Ada elaun RM1000 lagi sebulan. Not bad. Tapi kalau dah tiap hari ulang-alik dari KLang-KL, mau tinggal RM700 jer sebulan dok bayar tambang jer. Tak kira lagi kos makan peringkat KL yang mahal dan tiada kasihan pada mereka yang miskin. Hutang awlong PTPTN lagi. Dimana duit untuk belanja makan sedap-sedap? Donut? Karoke? Movie? Aku jenis yang suka belanjakan duit, sebab itu aku sangat sibuk nak cari duit. Nak beli camera lagi. Ah sudah runsing. Belum kira duit yang patut diberi kepada ibu dan ayah tiap bulan. Nak harap gaji kerja dekat TGV, kalau pun aku rajin gila tiap hari datang kerja, adalah agaknya RM900 sebulan. Tapi mana lah nak dapat, orang lain pun nak masuk kerja juga. Takkan nama aku jer penuh kat dalam jadual.


Bagus aku tukar bidang jer lah macam ni. Bidang masak-memasak lagi laku tau! Gaji Head Chef dah boleh cecah RM5k sebulan. Itupun rasanya yang paling cikai. Tapi bukan head chef Cafe World. Itu untung $200,000, sampai kiamat pun tak boleh genggam coins dia.


Hmm. Mungkin aku patut buka gerai kecik-kecik jer jual burger, chicken wing, hot dog, dan service edit gambar sekali. Hah, sambil dorang tunggu aku edit gambar, boleh dorang duduk makan burger dengan cendol. Nice Rosmah! 




P/s  Dah penat jadi penanam anggur, epal dan pisang yang berjaya. Gila kaya aku di dunia Facebook.


Cerita Kedai Kopi Sepilok






Semalam dan hari ini, aku on YM yang dah lama dikomakan. 
Borak dengan starzgate. 




Hahahaha memang giler ar. Gosip panas+kutukan+mengumpat semua keluar.
Hahaha macam dulu-dulu time dekat dapur kan bai? 
Kedai Kopi Sepilok kita.








Sneak Preview






31st OCTOBER 09


nantikan....

She Hugged Me.......

Isy bukan nama sebenar, seorang pengkid yang bekerja di panggung (bukan punggung eh) yang sama dengan aku. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang nalurinya terpesong sedikit, tetapi seorang yang kelakar dan taklah kerek sangat pun, walaupun dia amat kerek pada first week aku bekerja. Memegang tangan atau lengan aku sewaktu mengajar atau menjaga cashier bersama-sama takderlah pelik sangat untuk ku (walaupun kekadang rasa macam seram sejuk jer, tapi kita mesti fikir positive), sekurang-kurangnya aku takderlah kena raba sana sini, lagi teruk kawan-kawan perempuan aku kat sekolah dulu. Suka hati jer nak pegang sana sini padahal sendiri pun ada. Ehemm!


Melangkah ke perenggan baru, semalam....
Isy peluk aku dari belakang. Terus dia gesel-gesel pipi dengan pipi aku.....Aku dah...k.a.k.u...








Tapi dalam mimpi lah... Tapi walaupun dalam mimpi, tahukah kamu yang ianya benar-benar terasa seperti benar? Aku rasa, tahap kerisauan aku terhadap Isy mungkin dah berada di peringkat yang tinggi, sampai aku dah boleh termimpi macam tuh.


Hari ini sewaktu kerja, aku rasa lain macam jer. Orang heboh-heboh, dok kecoh-kecoh kat kaunter ramai-ramai, aku rasa macam suara si Isy yang paling kuat aku dengar. Damn. Bahana mimpi tak hilang lagi. Dah lah tadi ada abang promoter sopan datang menjual set keychain dan pen dekat si Isy, sambil memuji-muji dan mengaturkan strategi penjualannya berkata :


"Awak ni comel, mesti banyak awek kan. Boleh la bagi keychain ni as a gift."


"Eh mana ada...Saya single lah. Baru jer heart broken nieh. Tak cayer tanya Rosmah, kan kan?"


"Er....ha ah! Huhuhuh...huh...huh........"




Shiot! Aku memang jenis cepat cuak weh. Mimang cepat takut bah! Aku masih tak biasa dengan persekitaran dan pergaulan dengan kaum-kaum Hawa yang menyukai kaum Hawa sendiri. Relax wahai tuan punya blog, kawal diri mu. Jangan tunjukkan kerisauan mu. Nanti dorang terasa neh. Abis ko.



Duduk melihat tasik diwaktu hampir senja sambil mendengar lagu Jangan Lupakan oleh Nidji, dan kemudian melihat langit adalah perkara yang menyeronokkan dan menenangkan terutama sekali apabila sedang duduk di tepi tangga Unisel menanti di ambil pulang. Jauh dalam hati, rasa sayu.


Teringat sewaktu di Sandakan dulu, tiap pagi selepas bangun dari tidur,  aku pasang lagu ini di Winamp dengan kuat, sambil baring diatas tilam dengan bantal dalam pelukan, melihat siling dengan diam. Terasa macam terapung-apung di udara bila dengar musiknya. Jauh dalam hati, rasa sayu.


Simptom-simptom merindukan dia sebenarnya. Kalau aku mimpikan dia, memang aku jadi begini. 



Pertalian URL, bertukar!!






-.-"


Merepek apa kebenda.


Perhatian kepada rakyat Malaysia, http://yeastisdead.blogspot.com sudah dilenyapkan.


Kini era http://blogbudakmalas.blogspot.com sudah bermula!


Sila tukar / update dibahagian 'Configure Blog List' anda ( sekiranya ada di promosikan lah. hehehs ) agar dapat insan yang lain membaca blog ini. 


Renovation yang lain akan dilakukan secepat yang mungkin. Kontraktor nya agak sibuk menjual tiket dan memasak sweet corn sejak akhir-akhir ini.


Sekian.


XOXO 
(awwww gediks)

Esok takder hari ini lagi

18 Oktober. Hanya hari ini untuk tahun ini.


Dari semalam lagi sebenarnya aku rasa takut. Nervous. Takut hari ini berakhir. Sebab 18 Oktober hanya hari ini. Aku takut hari ini berakhir. Sebab aku terlalu berfikir macammana nak buat hari ini jadi istimewa. Hari ini sepatutnya istimewa. Tapi aku takut hari ini jadi tidak istimewa. Stop merepek Rosmah.


Okeh. Hari ini ulang tahun kelahiran aku. Yang ke 22. Yer, aku semakin tua. Dan semakin miskin. Masih belum ada kerja tetap, dan kemungkinan untuk konvo bulan ini amatlah jauh. Hari kegemaran aku adalah 18 Oktober. Sebab 18 Oktober adalah hari aku. Dan sekarang hari aku dah berakhir. Dan tiada ucapan dari dia. Ahahahahahaha.


Tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih hidup dan dapat merepek disini. Mak aku juga dengan baik hati buat makan-makan tadi (sebenarnya open house untuk kawan-kawan, sebab dari haritu nak datang beraya, tapi kena tahan), kawan-kawan aku datang, keluarga sebelah mak dan ayah pun ada. Fuh sesak terus rumah aku yang kecik dan sempit itu. Terus, tadi ada bunga api lagi. Memang dorang nak celebrate birthday aku lah tu kan. Memang baik hati orang-orang di Klang ni. Tadi kami makan nasi goreng sate mak yang sedap, stimbot, chicken wing resipi aku yang sedap sehingga tinggal tulang sahaja, kek favorite aku, Chocolate Indulgence dan dapat hadiah daripada makcik-makcik kesayangan. Hadiah paling aku suka, tabung Bear yang dari dulu lagi aku nak, tapi fikir banyak kali nak beli ker tak nak beli ker tak sebab risau duit yang semakin mengurang. Akhirnya hari ini aku dapat juga. Nasib baik keras, kalau lembut, memang aku buat peluk time nak tidur. 











Owh yer, abang aku belikan tuner gitar. Ehehehe thanks jebonz. 







Calendar untuk Tan Yih Kung masa dia birthday dulu

Handphone bisu kau boleh tidur dalam tanah

Harini hari ____ aku.


Tak boleh tidur, asyik tertunggu-tunggu.


Tiba-tiba handphone berbunyi. Adakah.....?


No 018blabla bla. Dari mana ni? Tak kisah lah. Mungkin itu dia.


Aku jawab.






"May I speak to Danny please?"




"............. sorry..wrong number...."






Apa yang kau harapkan wahai Rosmah?

Gitar sakit

Bunyi gitar ku sumbang.


Aku tak pandai tuning. Nak main, tapi bunyi dia sangat buruk sekarang.


Ahh tak semangatnya. Cepatlah dapat duit gaji, aku nak beli tuner dan bayar masuk kelas gitar.


Gjengg gjenggg jengg jengg. Eh itu bukan bunyi gitar.







Tidur 8 jam boleh Kurus




Anda mengalami masalah berat badan? Lemak yang berlebihan di sana-sini yang kelihatan sungguh..euww tidak menarik? Percayakah anda, dengan tidur 8 jam, anda boleh menurunkan berat badan anda dan membuang lemak-lemak itu. Ya, percayalah! Hmm dah macam iklan MLM pula. 


Beberapa kajian telah dibuat mengenai jumlah waktu tidur dan penurunan berat badan dan hasil daripada kajian : dengan mendapat tidur yang berkualiti ( lena dan tiada gangguan) sekurang-kurangnya 7 jam 30 minit, kita lebih senang untuk menjadi kurus! Tapi kenapa? Bagaimana ianya boleh terjadi? Mak kata, kalau tidur banyak nanti gemuk. Tapi itu mak yang kata, sekarang saintis kata bila kita tidur sekejap saja ( kurang dari 7jam30min ), dalam majoriti kes masyarakat Malaysia yang moden, 4 jam sehari :



  • boleh menyebabkan penghasilan hormon 'ghrelin' (bukan gremlin) secara berlebihan. Hormon ni meransangkan nafsu makan kita, jadi kita asyik nak makan jer. Bukan setakat nak makan, lapar karbohidrat dan kalori pula tu. Paling dicari, coklat dan manisan lah! Mana tak comel jer badan.
  • mengurangkan penghasilan hormon 'leptin'. Hormon ni bertindak sebagai 'stop hormone'. Bila kita dah makan banyak, dia akan bagitahu badan kita "Stop makan! Aku dah kenyang. Jangan telan lagi". Jadi bila hormon ini kurang, kita makan terlebih banyak pun masih tak pandai kenyang-kenyang. 20jam makan jer kerja.
  • ganggu proses untuk hadam karbohidrat dan menyebabkan ketidakseimbangan tahap glukosa. Hasilnya, lapar coklat lah! Dan benda yang manis-manis. Sebab badan asyik cakap gula! gula! I need su~garhhh!
  • bila kita mengantuk, kita penat. Bila kita penat, kita cepat lapar. Cara paling mudah lah ni nak faham.

Satu lagi fakta, bila dapat tidur yang lena a.k.a berkualiti yang cukup, otak menghasilkan satu hormon dalam jumlah yang banyak untuk men-tranformasi-kan lemak kepada bahan sumber tenaga. Bila kita kurang tidur, hormon itu tidak cukup untuk 'transformer'kan lemak tadi, jadi badan kita pun dengan malasnya, terus hantar lemak-lemak tu ker pinggul, paha, perut, lengan, pipi dan entah dimana-mana lagi.




Ini bukan setakat fakta, tapi eksperimentasi yang sudah berjaya. Pakcik aku yang kini tidur dengan jumlah masa tidur yang sepatutnya, dah turun banyak 'kg'. Masa aku praktikal kat Sandakan dulu, mana ada benda apa nak buat. Banyak makan pula tuh. Tapi jam 8.30 malam dah masuk tidur. Tiap hari pun cukup waktu tidur. 'kg' maintain jer. Sekarang ni yang tunggang langgang bila dah mula tidur lewat.

Jadi, marilah kita tidur dengan jumlah waktu yang cukup. Dan yang paling penting, tidur itu mestilah tidur yang berkualiti. Tidur lena beb. Okaylah, aku pun nak tidur sekarang. Nanti tak cukup 8 jam. Naik pula 'kg' aku.

Kelibat Si Penyair

Lagu yang asyik diputar dalam senarai main telefon bimbit ku hari ini ( skema gila ayat )


Diatas kaca, terpancar satu cahaya
Berlari ku pergi, untuk tahu apa disana
Suara yang merdu, memanggil-manggil namaku
Wangian terhidu, menusuk ke dalam tubuhku

Aaa....aah, Oh..ohhhh, Oooh..ooohh...
Yeahh yeahhh...
Indahnya bila, ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana dia, aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya

Di bawah langit, malam aku hanya sendiri
Ku renung awan, airmataku berlinangan
Tersentuh hatiku, bilaku mendakap kamu
Penyuluh gelapku, jalan yang aku tuju


Aaa....aah, Oh..ohhhh, Oooh..ooohh...
Yeahh yeahhh...
Indahnya bila, ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana dia, aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya


Kelibat si Penyair - Azlan & The Typewriter





Lagu yang mempunyai banyak makna untuk aku.

Kampung Emas Tanjung

Aku dah dapat kerja. Yer dah ada kerja. Aku dah ada kerja! Hahaha batak shial. Ehem, tadi tengahari aku pergi temuduga, terus dapat kerja. Hebat kan? Baru temuduga terus dapat. Hahahs. Nak dapat kerja dekat Kampung Emas Tanjung memang senang pun. Tak susahnyer, lagi-lagi bila mereka kurang orang. Jadi, teruslah dapat kerja. Walaupun kerja sementara.


Isnin ini aku akan memakai seragam hitam dan bekerja di TGV!! Heheh bertambah nampak hitamlah aku.

Sakit pinggangku, sakit lagi jariku

Belajar main gitar bukanlah perkara yang senang, apatah lagi jika kita langsung tak tahu macam mana naik main kecuali 'menggoreng' secara sembarangan dan menghasilkan bunyi yang sumbang. Ianya bukan perkara yang mudah sekiranya kita belajar sendiri, tanpa tunjuk ajar cikgu dan hanya berharap kepada buku dengan ilustrasi 6 string gitar dan 5 jari yang tak comel langsung. Dan jari aku sakit. Tapi aku tak kan give up. Ahh aku akan belajar juga sampai aku terer main gitar. Wahai jari, kau nak merah pun merahlah engkau. Damn, I need a Guru.




Seseorang pernah cakap "Kalau kau pandai main gitar, sure ko dah buat banyak lagu kan?". Aku rasa dia cakap macamtu mungkin sebab banyak sangat cerita patah hati bekaitan dengan aku. Hahaha. Maybe.







Alkisah di Hari Raya

Setelah lima hari meraikan Hari Raya Aidilfitri, apa yang telah terjadi ?


  • Raya pertama, beraya di rumah aunty. Nenek ada disana. Si kazen pun ada disana. Tapi ramai orang yang datang beraya, so kami ahli kelab diraja duduk melepak diluar menunggu tetamu yang datang. Dengan harapan mereka terus bagi kami duit raya, tapi tak ada. Selepas tu, kami pergi ke Ampang. Boleh kira Ampang tuh kampung kami disini. Tiap tahun pun, raya pertama mesti pergi sana. Hari yang sangat menggembirakan sebab aku tak payah masak apa-apa juadah hari raya. Sepanjang hari beraya di rumah orang. Duit raya pun dapat lebih. Hehehe
  • Raya kedua, baru buat open house dirumah. Mak masak prawn green curry. Tiba-tiba aku rasa macam kedekut hari tuh, hidang curry tuh pun letak sikit-sikit jer kat mangkuk. Tapau untuk macik pun macam kedekut jer nak bagi 2 container. Teruk. 
  • Raya ketiga, bawa atuk, nenek, si kazen dan kazen beraya di Ampang lagi. Sebelum tuh singgah di Pavillion, nak bawa atuk nenek jalan-jalan. Pertama kali pergi sebenarnya. Memang high class lah tempat dia. Nak nampak muka melayu, susah sekali. Lagi-lagi yang sedang pakai baju raya. Hahaha kami macam orang sesat. Peduli apa, kami Malaysian apa. 
  • Raya keempat. Aku dah niat awal-awal, kalau dapat banyak duit raya aku nak pergi karaoke dan beli gitar. Duit raya dah cukup, apalagi, bergeraklah dengan pantas ke RedBox Sunway. Pedahal tekak dah sakit, bantai juga menyanyi. Dah lama tak lepas gian. Lagu lama, lagu baru, lagu pra-dangdut, semua kami layan. Lepas karaoke, aku, si kazen, adik dan abang pergi Wendy's Burger. Tapau sudah. Malam nak kenduri lagi kat rumah aunty.
  • Raya kelima. Mak kerja, maksudnya hari bercuti untuk ku. Hahaha tidur pun lewat, semuanya salah si pacik. Ayah bawa pergi makan tengah hari, aku cadangkan makan mee Cina Muslim di Tesco Shah Alam. Sedap! Mee handmade nieh. RM6, penuh satu pinggan. Boleh dua orang makan. Lepastu ayah bawa tengok wayang G-Force. Serius, aku no comment movie ni. Lepastu, aku bawa abang temankan beli gitar. Aku tak kisah, aku nak gitar haritu juga. Cari-cari kat Shah Alam, dapat juga gitar. Tapi 'termahal' sikit lah. Tapi aku suka. Balik rumah terus main-main gitar. Sakit jari, dah merah-merah. Makan malam pun dah tak peduli. Main gitar boleh kenyang. Mesti mak aku mengamuk lepas ni, bertambah lah kemalasan aku nak buat kerja lepas ni. =)

Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Masih belum terlambat nak kumpul duit raya.




Licin kami makan


RM1, duit raya dari abang. Kemut. 



Adrie, pertama kali terlepas from his parents.


Nenek dan atuk


Encik drebar ke Sunway







Konon nak buat pose 'cermin' tapi tak pandai


Masih fail. Practise lagi ya


"My precious" cakap cara Smeagol


Lebam di lutut ku untuk mu

Aku suka lagu ini. Aku dapat dari blog asa. Tiap hari aku dengar lagu ini. Bangun tidur dengar lagu ni, buat kerja dengar lagu ni, makan dengar lagu ni, main games dengar lagu ni, mandi dengar lagu ni, nak tidur dengar lagu ni, mimpi pun dengar lagu ni.


Kenapa? Aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku 'lebam' kerana 'dia'. Hahahs tiada kaitan langsung.
Mari kita sama-sama karaoke lagu ini.









Bruises - Lebam


I tried to do handstands for you
I tried to do headstands for you
Everytime I fell on you, yeah, everytime I fell
I tried to do handstands for you
But everytime I fell for you
I'm permanently black and blue, permanently blue for you.

I tried to do handstands for you
I tried to do handstands for you
Everytime I fell on you, yeah, everytime I fell
I tried to do handstands for you but everytime I fell for you
I'm permanently black and blue, permanently blue for you-ooh-ooh-ooh

For you-ooh-ooh-ooh
So black and blue-ooh-ooh-ooh
For you-ooh-ooh-ooh.

I grabbed some frozen strawberries so I could ice your bruising knees
But frozen things they all unfreeze and now I taste like....
All those frozen strawberries I used to chill your bruising knees,
Hot July ain't good to me
I'm pink and black and blue for you.

I got bruises on my knees for you
And grass stains on my knees for you
Got holes in my new jeans for you
Got pink and black and blue

Got bruises on my knees for you
And grass stains on my knees for you
Got holes in my new jeans for you
Got pink and black and blue for you-ooh-ooh-ooh

For you-ooh-ooh-ooh
So black and blue-ooh-ooh-ooh
For you-ooh-ooh-ooh

Do-doo-do-do-do-do-doo
Do-doo-do-do-do-do-doo
Do-doo-do-do-do-do-doo
Do-doo-do-do-do-do-doo
Do-doo-do-do-do-do-doo
Do-doo-do-do-do-do-doo
Do-doo-do-do-do-do-doo







by Chairlift






Selamat Berhari Raya dan Puasa Enam

Tadi, sewaktu sedang sibuk menaip untuk blog, mak aku masuk ke bilik dengan tiba-tiba.


Dengan nada yang sedikit nyaring, dia marah-marah.


Mak : Boleh ka ko tolong off tuh computer? Sudah mau... bla bla bla...besok last sahur, bla bla bla... boleh ko pegi masak nasi kah?


Me : Hah? Besok last sahur? Eh? So Ahad ni raya?


Mak : Ya lah, kau ingat bila?


Me : Bukan hari Selasa? 22hb? Bukan....?


Mak : Hari Ahad!




Apa?? Ahad ini Raya? Maksud aku, Ahad iaitu besok kepada hari ini, Raya??
Tapi aku ingatkan raya tuh pada hari Selasa, 22hb. Aku tak tengok TV tadi, jadi aku dah ter'limpas' pengumuman Penyimpan Mohor-Mohor Besar Diraja tuh (betulker?). 


Macammana ni? Baju raya pun aku masih belum ada. Belum beli. Sebenarnya tunggu datuk bawakan baju yang ditempah jahit dari kampung. Tapi datuk datang hari Isnin. Jadi, aku tak ada baju raya? 


Kasut raya? Tudung raya? Duit raya? Semua pun belum ada. 


Esok mesti hari masak-memasak rendang dan macam-macam lagi. Hari yang sibuk dan amat memenatkan. Sekarang dah nak masuk pukul 3 pagi dan aku belum tidur lagi. Lepas sahur nanti mesti mak tak bagi sambung tidur sebab nak suruh tolong prepare untuk raya. Lepas tu terus pergi ke rumah makcik dan main masak-masak disana. Mesti sampai malam, sebab nak susun kuih dalam balang lagi, anyam daun ketupat, masukkan duit raya dalam paket duit, blender bawang dan serai, potong-potong ayam dan daging, buat kek coklat.


Aku penat...Penat tadi tak hilang lagi. Tulang belakang pun dah bengkok dan sakit-sakit. Menyesal aku layan Farmville tadi. Bagus aku tidur dan rehat tadi. Kad raya pun tak design lagi. Macam mana nak publish dekat blog dan facebook? Tunggu kejap yer, aku design yang simple saja. 



sila right click dan open 


Oleh itu, aku ingin mengatakan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat.
Juga Selamat Bercuti kepada mereka yang bukan muslim, tapi silalah meraikan perayaan ini bersama-sama.


Aku juga ingin memohon AMPUN dan MAAF kepada mereka-mereka yang pernah aku terlukakan hati mereka secara sengaja dan tidak sengaja. Juga kepada 'orang itu', aku ingin meminta maaf atas semua kesalahan aku. Aku harap kau tak benci aku. 




Sekian

Deko bersama Yeast!

Hi


Aku nak ubahsuai blog aku lah. Kalau boleh, nak ubah suai 100%.
Sekarang aku sedang memeras otak untuk mengeluarkan idea-idea bernas yang boleh diguna pakai dalam proses pengubahsuaian ini.


Perkara-perkara yang harus aku lakukan :
1. Cari nama blog yang baru. Antara nama-nama yang aku dah terfikir :
     - Blog Anak Pak Amit
     - Rosmah Punya Blog
     - Rosmah Anak Pak Amit
     - Yis Sudah Mati
     - Blog Anak Bugis Yang Patah Hati


  Ahh bosan. Mungkin malam ini aku boleh bermimpi nama blog yang baru.


2. Menukar URL blog yang baru dan haruslah dipengaruhi oleh tajuk/nama blog yang baru.


3. Background baru. Aku ingat nak guna kan warna putih sebagai non-feature wall. Dan color yang gelap sebagai feature wall. Atau pun sebaliknya. Hmm... Sejak bila blog aku ada wall ? 


4. Aku nak create banner yang baru. Bosan lah guna gambar sendiri sebagai banner. Macam poster syok-sendiri kena gantung dalam bilik pula aku tengok. Nak guna idea lagi nih. Alangkah bagus kalau aku ada tablet, boleh conteng-conteng banner yang ceria. Guna mouse, tangan aku keras sangat.


5. Skill penulisan yang baru. Atau lebih jujur kalau aku cakap, skill penulisan sewaktu aku di tingkatan empat dan penggunaan bahasa yang sama. Bukannya apa, aku ni ada masalah dengan bahasa sekarang. Penyakit bahasa campuran. Otak aku terlalu confius dengan pelbagai bahasa sehingga aku susah nak mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk dikatakan. Atau kesimpulannya, banyak merapu. Tolonglah Rosmah, kau masuk sekolah balik lah. Mesti Cikgu Eminem kecewa dengan kau sekarang. Pergi buka buku Komsas.




Aku rasa setakat itu sajalah perancangan aku sekarang ini. Aku akan ubahsuai blog ini secepat mungkin, tengoklah kemampuan otakku untuk berfikir. 
Mungkin setelah semua hal-hal ini selesai :
     - Perayaan Hari Raya Aidilfitri
     - Selesai menghantar resume dan mencari kerja part-time
     - Graduate sebagai penanam sayur yang berjaya di BarnBuddy dan 
       Farmville


Aku ingat nak panggil Eric Leong tolong ubahsuai blog ini lah. Deko bersama Eric episod 11.

Shitty Day

3 a.m
Ahad, 13th September 09

Permulaan hari yang teruk. Mungkin aku patut melarikan diri. Buang segala maklumat cyber aku, no telefon, facebook, myspace and bla bla bla... Balik ke dunia realiti. Tapi tinggalkan blog ini untuk aku. Aku malu dan kesian dengan diri sendiri. Ketawa dengan diri sendiri. Entah berapa kali ko membodohkan diri sendiri wahai si penulis blog ini. Tapi hari ini memang teruk. Aku betul-betul tak sangka hati aku boleh jadi sakit seperti ini lagi....Tapi lebih sakit. Macam kena tembak, tapi berulang-ulang kali. Gila...

What a shitty day...




EnchikYangTahuSiapaDirinya, aku pinjam lagu ko kejap sebagai lagu tema hari ini.








K . E . N . A . P . A

Aku tak faham. 

Aku rasa dah lebih dari seribu kali aku fikirkan pasal 'kenapa'. Sejak haritu lagi. Tapi masih lagi aku tak faham. Pelbagai sebab dah aku fikirkan, mengkaji peratusan kebarangkalian logiknya 'kenapa' itu terjadi. Tapi aku masih lagi tak faham. Atau sebab otak aku dah jadi tersangat dungu, dikaburkan dengan memori dan harapan yang semakin tak jelas? Seperti lirik lagu Stacy ( Pakai Buang ), aku tertanya-tanya juga : "Kenapa bah kau berubah?". Kelakar sebenarnya lirik tu. Tak sangka, Stacy mengekalkan ciri Sabahan nya dalam lagu tuh.

Aku sudah boleh menerima hal itu, tapi ada masanya, aku betul-betul keliru dan tidak faham. Membuatkan aku rasa .....boleh tak kamu semua bayangkan rasa itu? Rasa seperti tidak puas hati, sedih, kecewa dan...aku tak tahu macammana nak tulis.

She had the world - Panic at the Disco. Lagu ini kawan aku yang bagi. Pada mulanya aku kurang faham apa point dia bagi lagu ni. Aku fahamkan lirik dia. Betul-betul aku rasa sedih.

She said she'd won the world at a carnival
But she couldn't ever win me

Aku bagitau dia, aku rasa sedih bila aku dah faham lagu ni. Dia cakap, dia tujukan lagu ni dekat semua peminat dia, dengan niat nak bagitahu secara tersirat yang 'kamu tak boleh menang aku'. But hey! Aku bukan rasa sedih sebab kamu. Aku tak kisah pun pasal kamu. Tapi sebab dia. Dia yang buat aku tak faham. Mungkin betul, he don't love me, he just passing the time. Satu hakikat yang harus aku terima. Tapi tik tik tik, waktu berdetik.. dan kamu tak tahu hancurnya hatiku... jadi diriku yang masih cinta.

Banyak lirik pula dalam post aku kali ni. Ada orang kata :

When words fail, music speaks


Tapi aku masih juga mendermakan perkataan dan ayat di blogger.com ini.

Ada masanya aku rasa ingin berjumpa dengannya, bertentang mata dengannya dan ...

"Kenapa...?"

Tapi aku terpaksa diamkan. Sebab, ada kalanya diam itu lebih baik daripada berkata. Tapi betulkah apa yang aku buat ni? Adakah diam itu lebih bagus untuk aku? Mungkin aku harus biarkan masa yang menentukan segalanya.

Aku kena belasah dua kali

 
Hari ini aku kena belasah dua kali.

Ceritanya bermula seperti ini :


Dua minggu yang lalu, aku pulang ke Klang secara mengejut. Aku bagitahu lah kawan ku si cik leeya ni. Si cik leeya ni pula datang idea setan dia, suruh rahsiakan dari kawan-kawan yang lain, nak buat suprise konon.

Tunggu punya tunggu, hari ni baru dapat keluar. Tempat : Old Town Kopitiam

Tapi problemnyer, cik ika tak nak pergi. Kalau aku ngan cik leeya jer, suprise apa benda tuh? Aku pun datang lah idea anak wayang aku, aku sms cik ika.

"Ika, pegilah buka puasa tuh nanti. Tadi aku call leeya, sian dia, dah nangis2 tuh hah kamu x nak pegi. Dia nak buat suprise tu. Penat dia plan. Pegilah, manatau leeya nak annouce dia nak kawin ker tunang ke apa ker? Aku yang jauh ni dapat jeles2 jerr...." lebih kurang begitu lah bunyi sms aku.

Cik ika percaya abis ni, dan diluar jangkaan aku, dia terus suruh cik kirah and nani pegi sekali. Hah nice!! Sampaikan cik shidah siap pegi opis leeya, nak check, dia okeh ker tak. Sakit perut aku gelak-gelak time atas motor tadi.

So plannnya, nak buat suprise lah ni kat dorang.

Cik Nani :
Cettt! takder feeling langsung minah ni. Aku pakai glasses pun rilek jer dia cam aku. 

Cik Kyra :
Dia sedang membelek-belek buku di MPH.

Yeast : Er...excuse me, nak tumpang lalu..
Kyra : Ops sorry...(terus baca buku lagi)
2 saat after tuh....Kyra menjeling. Buwahahahaha pecah gelak aku kat situ juga. Kyra dengan perut 7 bulan dia, menuju dengan pantas kat aku, kalah mak Jo On, mencubit dan mencekik aku dengan tanggannya (macam WWE ), sambil membebel gaya ibu mengandung. Ouchhh ampus I. Hahahaha nasib baik tak bersalin kyra kat situ. Minah sorang ni memang slamber jer pukul orang kat public. Malu aku tau.......


Cik Ika :
Dia ni lambat lak datang, orang dah abis makan baru nak sampai. Selepas Leeya dapat sms dari Ika, leeya suh aku betapuk (menyorok). Nah betapuk celah mana? Bawah meja? Sebelah perut Kyra? Huhuh terpaksa lah aku baring lentok manja di atas Kyra kesayangan ku ini. 

Dia datang...Jeng Jeng Jeng!!! Dengan muka :|     .........tekejut kut....x kan marah....

Dia duduk depan aku. Dia tengok aku. Dia bangun, dia duduk tepi aku.



"Kau jahat!!! Kau tipu aku...ahh kueng ajor ko" sambil tangannya ligat menumbuk2 peha ku. Ouchh sekali lagi. Maafkan aku Ika, aku tak dapat nak tahan gelak. Buwahahaha sekali lagi. 


Conclusion : Aku sayang korang walaupun possibility untuk aku lebam tuh 30%. Huhuh tak kisah pun. Dah 4 bulan tak jumpa, ko nak dush dush aku pun boleh Ika. Tapi dushhh Leeya dulu. Ini semua angkara dia! Dia yang bersalah! Ahahahahaha

Kau reject aku, aku reject dia

Kau reject aku, aku reject dia, dia reject si polan, si polan di reject si anonymous

Macam sinetron indon, sekarang aku dah start faham sedikit apa rasanya orang yang mereject seseorang. Sebelum ni, aku yang kena reject. Sebenarnya, tak lah best pun reject/tolak orang nieh. Buat aku serba salah, susah hati dan sakit hati pada masa yang sama. Macam penjahat. Tapi nak buat macam mana, kalau tak buat, nanti lagi susah. Lagi kesian dekat dia tuh.

Tapi kau pernah rasa macam tuh tak bila ko reject aku? Kalau yer, mesti kau pun rasa susah masa tu kan? Yer susah, lagi lagi bila orang dah reject, masih lagi manusia ni tak faham2. Aku dah guna cara paling sopan, sebab dia tuh kawan, tapi masih lagi dia tuh memekakkan telinga, membutakan mata. Aku bukan perempuan dia. Sakit hati aku bila dia cakap aku perempuan dia. Sebab aku bukan. Hati aku ada kat kau! Tapi aku tak pernah kejar-kejar kau bila kau sisihkan aku. Kenapa dia tak macam tuh?

Dia tuh pun satu. Dulu dia kejar si polan. Bila si polan nak dia, tiba-tiba dia cari aku. Dia nak apa dari aku? Hati dan perasaan aku ada kat kau! Bukan kat orang lain. Ingat senang-senang nak suka orang lain?  Aku sayang si polan. Dia macam adik aku. Kalau boleh, aku nak buat keputusan yang senang untuk semua orang. Tapi sekarang ni, semua pun tak menjadi. Aku dah nak gila. Takkan aku nak lari pergi NZ? Memang aku nak pegi sana, tapi duit aku tak cukup lagi nak lari ke sana.

Aku harap-harap, dia nanti boleh faham. Hal kasih dan sayang macam begini mana boleh paksa. Aku harap dia boleh terima macam bila kau tolak aku. Aku redha. 
Ini bukan cerita batman.

Total Pageviews