Kamu nampak tak??

 
Lokasi : Batu Payung, Tawau

Kamu nampak tak rumah yang bumbung biru gelap tuh? Nampak?
Disitulah aku rumah datuk aku. Rumah tuh atas bukit tau. Dari map ni tak nampak pula. Laut di sebelah tuh pun tak nampak macam laut. Macam air lumpur.

 
Lokasi : Batu Payung, Tawau ( laut biru)

Ini baru lah nampak sikit macam tepi laut. So, start dari esok, bermulalah kehidupan ku di Tawau. Jauh dari talian internet dan FarmBuddy. Uwahh. Ui kawan, ko jemput sa la then bawa jalan-jalan. Hahaha.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan yang belum memeluk Islam, tapi mahu berpuasa. Bagus kepada kamu. Minta maaf juga kepada mereka-mereka yang pernah tersakit hati dengan kata-kata atau apa-apalah yang pernah diucapkan atau dilakukan oleh tukang tulis blog ini. 


Akhir kata, datanglah rumah atap bumbung biru tua tuh time raya yer. =)

Aku nak makan ketam lagi

=)

Aku happy. Why? Tidak tahu. Biarlah aku happy. Bukan selalu. Hari ni aku nak senyum-senyum macam orang gila. Peduli apa orang mau cakap. Yang penting aku happy. Muahahahahaha ( Ini dah macam org gila ni.....).


Satu bulan ni rasa macam sangat cepat. Pergi outstation sana sini, pegi Trusmadi lah, Tabin lah, kesian pula bantal busuk aku ditinggalkan. Tiada orang peluk dia. Wuwuwu I know. I miss you to my bantal.Nda pa, next week outstation di Tawau aku bawa ko. Nda kan lepas lagi. Outstation lama ni. Hahaha

Dis week is my last week in Sandakan. Dah nak habis practical rupanya. Hahaha cepat kan? Yang funny dah, last week ni lah baru busy berjalan, kesana dan kesini, makan itu dan ini, main itu dan ini. Pergi makan stimbot lah, seafood lah, pasar malam lah, main bowling lah. Puas aku berjalan di waktu malam. Huhuh. Dah 3 bulan baru aku dapat makan ketam. Kesian. Iyalah, si kawan baru ada kereta. Dialah tukang drive ke sana dan kesini. Thanks fren. Kalau tidak, nda makan ketam lah aku. So next target? Buah Tarap!!


Owh ya, hari tu aku main bowling. Jakun kan? Hehehe. Macam dah 5 tahun lebih aku tak main bowling wehh. Sekali dapat main haritu, fuhh licin parit tuh aku kerjakan. Asyik masuk parit jer bola tuh. Tapi ada juga yang kena tau. Aku mengejar point. Kalau ada 5 round lagi, maybe En Hashim ngan si kawan pun kalah. Kan kan kann Starz? Hehehehe. Kesian dehh.


So, ada 3 hari lagi untuk berenjoy sakan di Sandakan. Aku ingat nak pegi tapekong di atas bukit tuh (tak ingat nama lak..), tapi haritu tutup. And tak sempat pun amik gambar. Wa cakap sama lu, Tokong Cina tuh cantek!! Kalau ko amik gambar kat gerbang pintu dia, sure orang ingat ko kat Beijing.


Owh, dan dalam perjalanan balik sewaktu di kereta si kawan, di waktu malam, di kala malam sedang sunyi, dan rakan-rakan yang lain sudah menidurkan diri, tiba-tiba aku terdengar lagu ini. Sungguh sayu hatiku mendengarnya. Dan kini menjadi melodi ku di waktu siang dan malam. Atukoi! Punyalah ayat. Hehehe. Actually aku terdengar lagu ni kat kereta. First time dengar, aku dah betul-betul masuk dengan lagu tu. Entah lah, terkena pada diri sendiri kut. So aku nak share lah lagu ni, biar kamu tahu isi hatiku. Ecehhh...Padahal, Kakyong cakap lagu ni dah lama. Hehehe. 



Owh ya, I miss you.





p/s actually  ada banyak gambar2, tapi semua pun di camera starz. nantilah curik sikit dari dia. Hehehe

Total Pageviews