Parent aku sangat mendesak.
Dorang desak aku buka studio gambar? Hah? Baru 4 bulan aku pegang D3000 tuh, amik gambar pun masih macam anak ayam lagi. Apalah sangat ilmu yang aku ada, tak layak lagi nak buka studio. Kena amik macam-macam kursus dulu, kasi khatam dulu chapter lighting, baru boleh buka kedai gambar and bla bla bla.
Parent aku sangat mendesak.
Dorang desak aku buat service process, edit dan design gambar. Hah? Aku belajar photoshop pun, blajar sendiri-sendiri. Tengok tuts, pastu tukar-tukar sendiri. Senang cakap belajar sendiri. Apa jer yang aku tahu, takat main layer, main curve, main filter, dan sedikit manipulation. Banyak lagi yang aku tak tahu...Edit simple-simple mungkin boleh lah, tapi nak buat servis? Entahlah...aku macam tak yakin...
Baru baru ni berpeluang join bengkel editing gambar Kukubesi kat KotaKinabalu. Sehari jer....haish memang rasa tak cukup. Macam tak cukup nak hirup ilmu sifu KB, macam tak cukup nak dengar cerita sifu KB. Tapi berbaloi jugalah aku ikut, walaupun yuran dia macam mahal sikit..sehari jer kan. Tapi aku dapat buka minda aku, camner nak main color balance, kat mana nak tekan kan light dia, camner nak manipulasikan lagi gambar yang simple. Benda yang aku selalu guna, tapi aku tak tahu camner nak guna cara yang sebaiknya. Itulah yg aku belajar. Meh nak tunjuk sikit apa aku blajar aritu guna stock gambar KB
Smart kah? Tapi smart lagi yang KB buat. Huhuhu. Tapi macam ini boleh lah. Dia sudah bagi guide, tinggal kita follow dan add sikit-sikit ikut rasa dan idea kita. Idea, itulah yang problemnya. Aku bukan dilahirkan macam KB, memang ada bakat semulajadi. KB pandai melukis, aku tak pandai pun. Setakat copy lukisan orang bolehlah. Sebab tuh bila buat design, kadang-kadang aku boleh jadi kaku, sebab idea tuh tak timbul. Kadang-kadang idea banyak, tapi tak tau camner nak applykan.. Tapi kalau setakat nak ikut tut, atau guide orang senang jer. Sebab tuh aku terpaksa setuju dengan ayat KB harituh " nak tengok orang tuh berbakat ker tak, tengok dia pandai melukis ker tak...". Walaupun mematahkan hati ini mendengarnya, tapi macam betul juga. Aku ada minat, minat yang sangat mendalam. Tapi kalau setakat minat jer, tapi tak ada bakat, susah juga. Itu yang buat aku tak ada keyakinan. So macam mana nak buka kedai? Macam mana nak buat service? Macam mana nak amik gambar orang? Aku perlukan masa....jadi jangan lah desak....
Benda macam ni bukan senang. Beli camera, beli lens, beli speedlite, ikut satu kursus, benda benda macam ni tak kan boleh buat orang jadi pakar dalam satu hal tuh. Benda-benda ni tak kan boleh buat aku terer dalam bidang ni dalam sekelip mata lak tuh....jadi jangan desak aku....bagilah aku masa....
Susah ker dorang nak faham hal ni?