Art Nude vs Playboy Pose

Photography adalah seperti keropok Twisties yang bermacam-macam perisa. Ada perisa BBQ, Curry, Chicken, Tomato dan macam-macam lagi kalau kau orang tengok kat 7-E. Begitu jugalah dengan photography nieh, ada macam-macam cabang. Photojournalism, street photography, editing and graphic, sports photography, portrait, high fashion wedding dan banyak lagi lah. Kalau boleh letak kat rak 7-E tuh penuh juga. Dan salah satunya ada lah bidang fine art nude. Sejujur-jujurnya, aku sangat minat dengan art nude photography nieh. Sebab aku rasa hasil dia hebat, macam mana dia nak manipulasikan badan dan struktur badan manusia itu, supaya menghasilkan satu gambar yang sangat mendalam, classic, dan misteri. Aku tak rasa orang yang minat art nude nieh gatal miang dan sangap. Lain lah kalau dia melihat dengan niat yang lain, niat yang terpesong, itu tanya pada diri sendiri lah adakah anda seorang yang miang?

Kat Malaysia ni memang susah sikit nak terima gambar-gambar art nude nieh walaupun dah lama dipraktikkan secara serong oleh remaja-remaja kita, tak kira bangsa, tua atau muda. Siap ada video lagi weyh. Tapi itu hasil rejected, bukan untuk kerja profesional. Tapi kalau ko tanya tukang amik gambar profesional kat Malaysia nieh, rasanya dorang pun tak heran. Semua pun dah pernah masuk bidang fine art nude photography. Dan tak salah untuk mereka-mereka yang lain, nak meningkatkan ilmu dan pengalaman masing-masing, dengan cuba memasuki ke bidang tuh. Tapi kalau iya pun, betul-betul lah buat weyh. Kasi lah ada seni dalam gambar tuh. Kalau setakat ko amik gambar model, pakai selimut, pakai bikini, pakai tube dan mini skirt, pastu dok tayang kat facebook, tag orang sana-sini, pastu cakap "ehh saya cuba-cuba jer" baik tak payah. Cuba-cuba untuk apa? Ko nak mantapkan skill apa kat situ? Directing? Posing? Semua tuh ko boleh praktikkan masa amik gambar potrait atau wedding. Tak payah nak pakai bikini pun. Kalau nak kata untuk amik gambar fashion, tutup-tutup sikit pakai kain batik atau sari kan lagi elok. Ada macam-macam cari lagi untuk kita praktikkan ilmu photography nieh.

Aku pernah tengok hasil kerja Amri Ginang, dia ada shoot satu gambar pompuan yang naked, eh tak, pakai seluar dalam jer. Aku rasa dia ada job dengan lingerie punya company tuh. Dengan lighting yang hebat, posing yang relax dan sederhana, tapi bermakna, aku rasa gambar tu sangat berjaya untuk konsep art nude. Compare dengan beberapa orang tuh yang shoot gambar model pakai bikini, pose semua ala-ala majalah Mangga a.k.a Playboy Malaysia, seolah-olah nak tambah collection untuk sendiri makan dan ambil kesempatan jer. Baik simpan jer kat dalam laptop, tak payah upload. Kalau nak orang review, buatlah TT dengan geng-geng sangap anda. Sekian terima kasih. Hanya pendapat dari orang amatur. 








No comments:

Post a Comment

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews