Bibi, I miss You.

Pernah dulu aku post gambar masa sekolah, ada arwah kawan ku dalam gambar tu, orang tegur. Tak elok letak gambar orang yang dah tak ada katanya.

Tapi aku rindu sangat kat Bibi-bibi ku. So tak kisahlah orang nak cakap apa. Aku cuma nak kongsi gambar dia yang comel. Macam mana nak lupa. Dari baby mata tak buka lagi, jalan pun jatuh-jatuh lagi aku dah jaga. Lepas tuh hilang di depan mata. Aku rindu kat bibi yang nakal, suka minta perhatian, suka buat lawak depan aku. Aku rindu sangat... disebabkan rasa yang rindu sangat, aku nak kongsi gambar bibi yang cantik. Maksud aku, bibi tuh sendiri dah cantik. He's beautiful to me...Tak boleh nak lupa. Semua perangai nakal dan lucu dia ada kat kepala, ada kat dalam hati. Bi...I am so sorry....sebab tak dapat protect ko...

Veteriner syak ada orang tendang bibi kat perut dia, dan akibatnya, dia punya bladder rosak dan membengkak. Kenapa jahat sangat? Tak boleh lupa dia sesak nafas kat tangan sendiri....Betul tak boleh lupa..

Dia suka pose tuk aku. Manja

 Sexy kah nieh bi?


 Time bawa ke klinik vet....

.........


Jadi tolonglah, tolong jangan dera haiwan..Sakit tau tak....Aku tau macam mana sakit dan seksa nya dorang. Aku dah nampak dengan mata sendiri. Camana seksanyer bibi, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh kencing berak semua. Nak gerak tak boleh, most of the time dia duduk kat toilet, sebab situ jer tempat yg rasa sejuk sikit. Dia terseksa sangat....Jadi tolonglah jangan....

Tak kisahlah kucing kat tepi jalan ker, anjing ker, monyet ker...haiwan tuh makhluk tuhan juga. Dorang ada perasaan, pandai rasa sakit....

TRUST

Malam nieh aku rasa lega sangat. Sebab ada beberapa ketika, aku macam bodoh sangat. Aku terlupa akan satu hal yang pdahal masa dulu, aku sangat berpegang akan hal tuh.

TRUST.

Aku dikaburi dengan perasaan sampai terlupa untuk percaya. How stupid I am. Sendiri menyusahkan diri sendiri. Sendiri bagi rasa sakit kat diri sendiri. I'm sorry.

Aku rasa mungkin sebab aku takut sangat dengan hal yang dulu, sampai aku jd lemah, dan lupa untuk percaya. Padahal, kepercayaan tuh lah asas yang paling penting dalam hubungan. Selepas baca entri ariffshah tadi, aku gelak sorang-sorang. Mana moto yang aku pegang tuh? Syukur aku terbaca entri tuh. Tersedar aku tuk seketika. Syukur Alhamdulillah

Tiba-tiba selera makan naik semula :)


Love sometimes takes a lot of sacrifices, more than we could ever imagined but at the end of the day we know it is worthy.

Quote amik dari blog ariff  



Love is like a circus.. it is beautiful, terrifying and magical at the same time.

Please don't eat Megi because

Makan maggi di waktu lapar adalah satu tindakan yang amat salah!

Ianya hanya akan membuat perut lebih sakit seperti lebih banyak asid dicurahkan ke dinding perut. Apatah lagi jika baru kena serangan gastrik 2-3 hari yang lalu. Mungkin ia boleh melegakan perut anda yang sedang bermain drum, tapi ianya tidak dapat memberhentikan enchik Chester Bernington daripada menjerit jerit di dalam perut.
Jadi janganlah makan maggi di waktu lapar. Yer saya faham di rumah anda tiada bekalan makanan yang lain, tinggal sebungkus maggi assam laksa jer. Tapi silalah minum air kosong sahaja ataupun berpuasa. Demi kesihatan perut anda yang asyik kena gastrik.



Huh, pedas lah pulak megi asam laksa nieh...Adeyy....adey...sakit

Ibu, I Love You!

Yes ibu, I love you.

Sebenarnya aku agak iri hati bila tengok status kat FB atau tweet orang. Semua wish Happy Mothers Day, cerita how much they love their mothers. Peluk ibu, ibulah kawan karib mereka, dan semua-semua lah. Aku sangat iri hati..sebab hubungan aku with her tak sebaik itu...Bukan semua orang kat dunia nieh ada relationship yang bagus with their own mother. Buat masa sekarang, aku cuma jatuh dalam part golongan yang ....hmmm.
Tapi itu tidak bermakna yang aku tak sayangkan ibu aku atau apa.

Walaupun kita selalu tidak sehaluan, selalu berdebat, tapi saya sentiasa sayangkan ibu. I love you the most. Hari-hari pun saya rindukan ibu. You are everything to me. Ibu, saya minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang sempurna untuk ibu. Tapi saya sayangkan ibu, sangat-sangat.....

And I know...after 3 days staying at klang nanti, i'll be crying at night because I miss you so much and you are so far from me.

Kesimpulannya,
Saya Sayang Ibu
Selamat Hari Ibu


Total Pageviews