Eh eh dah nak raya lah. Tiba-tiba macam tak rasa lak dah berpuasa sebulan. *Memanglah, dah kau puasa pun tak cukup sebulan -_-*.

Orang lain mesti dah sibuk buat persiapan raya kan? Jangan harap lah nak tido di petang hari tengok TV. Mesti mak korang dah bising suruh tolong kemas rumah, anyam ketupat, bakar kuih, tukar langsir, lap kipas dan sebagainya. Baju raya lak berapa pasang? Tahun ni ada 3 pasang tak?

Aku? Eh sedihnya. Tahun ni tak raya dengan family. Setakat tak balik raya kat kampung tuh dah biasa dah. Tapi tahun ni first time tak raya dengan family. Mak ayah dan adik aku dah pindah balik ke kampung. So tinggal lah aku dengan abang aku kat sini. Tak beli tiket, sebab hari tu tiket dah mahal. Aku miskin lagi, sebab kerja pun tak stabil lagi. Tunggu-tunggu promotion punya price, semua promotion tipu-tipu. Time nak dekat raya semua mahal juga. 

So tahun ni takde kuih raya, takder baju raya, takder rendang. Sedihnya...So demi nak merasa sikit suasana raya ni, aku rajin kan lah sikit diri ni yang malas, kemas-kemas rumah, kemas dapur, potong-potong kurma sebab ingat nak buat cookies lah. Tahun ni makan cookies raya jer lah. At least kalau kawan datang mengejut nak beraya pun, ada juga untuk dibuat makan.

Jadi sempena Hari Raya ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Minta maaf banyak-banyak dekat semua pihak kalau ada tersilap kata, terluka kan hati. Semoga raya tahun ni gembira untuk korang.


uniform mengemas rumah untuk raya!







! Jahat ker aku kalau aku cakap, aku still tak dapat nak maafkan dia? Entah la, bukan tak nak, tapi, sakit tu still ada. Aku penah cakap, yang aku dah maafkan dia. Tapi aku still rasa sakit dan, rasa marah..kecewa. Semoga perasaan tuh cepat hilang....




Dino, I Love You

sejak dari dulu hingga sekarang. Kau bukan bounty love mahupun cinta komik semata-mata. Lol, apahal bunyi serious sangat.


Sejak dari sekolah menengah, aku selalu bermimpi/berangan/berharap dapat boyflen seorang mafia. Entah kenapa, tapi aku terhengen sangat. Perasaan nak ada seorang yang kuat dan jahat, tapi dalam hati ada taman penuh bunga ros, dan ada kebaikan, dan aku adalah no1 dalam hati dia. Seorang mafia yang berlawan dengan orang jahat lain untuk make sure aku selamat setelah diculik. Menjadi madam besar yang disenangi dan disayangi oleh keluarga mafia ku. Gila punya imaginasi. Tabiat teruk ini bukan datang setelah aku baca manga Reborn dari Kreko ye. Sebelumnya lagi. So bila Reborn keluar kat Kreko, aku bertambah yakin dengan imaginasi sendiri.


Tapi manga is manga, reality is reality. Tapi kalau diberi peluang untuk aku bermimpi tiap malam, diberi peluang untuk menjadi binik encik mafia, siapakah menjadi pilihan hati? *berdasarkan karakter dari Reborn*.

Yaa sudah tentu enchik Dino Cavallone ku...



Dino sangat cool, hensomm, blondieee, bertattoooooo, mata kuyu yang menggoda, senyuman yang menawan, sangat caring, and most importantly, super duper clumsy. Giler ah menggoda sifat ko nieh Dino. Nasib baik tak wujud dalam dunia realiti mahu pun muka buku. Kalau tak memang dari dulu I LOVE you only lahhh.


Okeh sekian terima kasih. dah sangat mengantuk.


*entry ini sajer jer poyo-poyo, gedik-gedik nak lari dari kehidupan sebenar sebentar*

A big Announcement

Congratulations. You have broken my heart two times. 






So dear family and friends, please don't ask why. Please don't ever mention this words for a while :
- ur bf
- abang ipar
- dia
- why
- what happen?

because I am totally broken. I am not 'double' anymore. What you see now is the part of me, who is trying her best, to look strong. So please, just believe to this picture, that 'I AM OKAY'



Total Pageviews