Eh eh dah nak raya lah. Tiba-tiba macam tak rasa lak dah berpuasa sebulan. *Memanglah, dah kau puasa pun tak cukup sebulan -_-*.

Orang lain mesti dah sibuk buat persiapan raya kan? Jangan harap lah nak tido di petang hari tengok TV. Mesti mak korang dah bising suruh tolong kemas rumah, anyam ketupat, bakar kuih, tukar langsir, lap kipas dan sebagainya. Baju raya lak berapa pasang? Tahun ni ada 3 pasang tak?

Aku? Eh sedihnya. Tahun ni tak raya dengan family. Setakat tak balik raya kat kampung tuh dah biasa dah. Tapi tahun ni first time tak raya dengan family. Mak ayah dan adik aku dah pindah balik ke kampung. So tinggal lah aku dengan abang aku kat sini. Tak beli tiket, sebab hari tu tiket dah mahal. Aku miskin lagi, sebab kerja pun tak stabil lagi. Tunggu-tunggu promotion punya price, semua promotion tipu-tipu. Time nak dekat raya semua mahal juga. 

So tahun ni takde kuih raya, takder baju raya, takder rendang. Sedihnya...So demi nak merasa sikit suasana raya ni, aku rajin kan lah sikit diri ni yang malas, kemas-kemas rumah, kemas dapur, potong-potong kurma sebab ingat nak buat cookies lah. Tahun ni makan cookies raya jer lah. At least kalau kawan datang mengejut nak beraya pun, ada juga untuk dibuat makan.

Jadi sempena Hari Raya ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Minta maaf banyak-banyak dekat semua pihak kalau ada tersilap kata, terluka kan hati. Semoga raya tahun ni gembira untuk korang.


uniform mengemas rumah untuk raya!







! Jahat ker aku kalau aku cakap, aku still tak dapat nak maafkan dia? Entah la, bukan tak nak, tapi, sakit tu still ada. Aku penah cakap, yang aku dah maafkan dia. Tapi aku still rasa sakit dan, rasa marah..kecewa. Semoga perasaan tuh cepat hilang....




No comments:

Post a Comment

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews