Giant...PULANGKANN!!!!


Kejadian ini berlaku pada tahun lepas/ awal tahun ini :


Pada hari itu, my mum pinjam duit ku RM50 kerana dia tidak bawa cash pada hari itu. Beberapa hari selepas itu, dia memulangkan RM50 itu kepada ku. Dia memberikan aku duit RM50 yang new design itu.

Mum : Nah. Jangan guna duit ni ya. Simpan. Susah mau dapat ni.

Me : Kenapa? Ini kah duit baru tuh? Okeh.



Dengan perasaan gembira dan sedikit rasa tertipu sebab dapat duit, tapi tak boleh guna, aku simpan juga. Walaupun ada satu masa, keadaan pada masa itu amat terdesak dan tiada duit, aku tak guna juga duit tuh. Sayang...


Inilah duit RM50 yang mum aku bagi tuh.







Hari Sabtu minggu lepas :

Aku dalam dilema yang amat besar. Peti sejuk ku kosong. Stok makanan ku habis. Beras pun tinggal sekali masak. Duit ku tinggal dua puluh sen. Duit tinggal dua puluh sen adalah perkara biasa untuk aku di hujung minggu memandangkan ATM terdekat dengan rumah jaraknya 6 batu. Tetapi, balanced di account pun tinggal RM8. Ah betapa miskinnya diri ku pada masa ini. Hendak buat loan dengan family, dah banyak aku minta this month. Tak boleh tak boleh....Jadi mcm mana? Haruskah aku makan sayur kangkung saja tiap hari? Kangkung ada banyak di parit sebelah rumah. Tapi....eeee....parit tuh....aku dah nampak. Aku langsung tiada duit, kecuali note RM50 yang aku simpan di........







4 jam selepas itu
.


Peti sejuk ku berisi semula dengan sayur-sayuran, sausage dan nugget. Ada beras 5kg dan setin sardin didapur. Ada satu tin biskut di bilik, beberapa RM lagi dan satu perasaan yang sangat sedih.....
Duit RM50 ku telah ku korbankan tadi di Giant....Minta maaf Ibu.....








Hari ini, Sabtu :

Seperti pekerja-pekerja lain yang mendapat gaji, aku pun dapat gaji dari ayah ku. Iyalah, aku praktikal di tempat orang, tapi ayah yang bayar gaji. Ayah, nanti saya belanja ayah becuti ya. Pukul 9 pagi ker bank, keluarkan duit dari ATM. Rasa macam nak menangis kegembiraan bila dapat duit RM50 yang baru!! Duit ku muncul semula! Aku sangat gembira! Seminggu aku makan biskut tuh dengan perasaan pilu dan hiba, hari ini, aku dapat duit tuh semula.
Aku sms abang aku. Abang aku call aku.

Me : Jebs!! Last week kan, saya guna duit RM50 yang ibu bagi tuh. Punyalah saya sedih. Tapi harini, dapat duit RM50 yang baru tuh. Keluar dari ATM machine. Punya gembira!!!

Brader : Bongok!! Kenapa kau guna?!! Duit tuh limited edition!! Sebab tuh dia keluar awal!!

Me : Hah.....?


7 jam selepas itu:

Aku rasa macam nak menangis kesedihann. Duit yang mum aku bagi tuh limited edition rupanya. Duit yang mum aku bagi ada corak di corner sebelah kanan. Duit aku dapat tadi tiada.

 
Ini duit yang aku dapat dari ATM tadi.

 
Ini duit yang mum aku bagi. Sempat aku amik gambar as kenangan arituh. Tgk, ada corak kann dsituuu.


Tadi aku try google. Kemudian aku jumpa ini dari ebay.
  
RM320??!!! Huahhhhh aku betul-betul mau menangis sekarangg!!!!! Yeast ko bongok! Ko memang bongok!





I love my cousin

Entri ini khas untuk mu:


"Kureng asam ko kakyong! Teda time lain kahh ko mo chat semalam hah? Time-time orang sedang presentation tuh lah, terpampang nama mu di screen sedang buat panggilan. "Oi apa bikin" lagi tuhhh! Ko tau ka boss kakak ada semalam? Ada pegawai-pegawai lain lagi disitu. Kelam kabut kakak kasi off gtalk tuh terus. Terus dorang ketawa-ketawa lagi ni! Ai nasib baik ko cakap oi apa bikin. Nasib baik juga ko letak gambar si iyan. Kalau ko letak gambar kita yang macam antu nahhh camna??"


Okeh. I love you kakyong. Miss You :)

Aku nak makan ketam masak lada hitam


Kelmarin@semalam, supervisor ku dari Unihel datang melawat untuk melihat prestasi ku and starzgate during internship ni. So, kami kenalah buat satu mini presentation untuk dia. Teda hal bah tu. Tapi bila Miss Becca cakap yang semua officer FRC yang lain pun nak datang tengok, aku pun jadi sangat menggelabah dengan slide yang baru siap 2%. Bak kata Jagostu, 'mau tak mau kuharus' siapkan juga slide-slide itu. Hasil dari stay-up sampai pukul 4 pagi bangun kul 6.30 pagi, aku mendapat pujian yang sangat menggembirakan daripada lecturer + 3 orang officer FRC ( cehh....cakap semua nak datang...3 org jer datang). Mereka cakap, slide aku cantik!! Hohohoho! Sangat colorful!! Hohohoho!! Sangat retroo!!! Hohohohohoho!!! ( Kembang max lvl lah ni). Korang tak percaya? Tengoklah sendiri. Tapi slide jerlah cantik....aku tak tau pula if dorang suka atau tidak dengan content dan presentation aku.....? Hmm.....

 
Selesai presentation, acara yang paling ditunggu, sudah semestinya acara makan tengah hari yang disponsor oleh Section aku sendiri. Baik hati kan SV aku? Ada 3 tray lauk terhidang di atas meja, udang goreng tepung, ayam masak kurma, and kerabu pakis+perut sapi. Sedapppp!!!!! Aku pernah makan kerabu tuh. So bila Ina cakap menu hari ini adalah ayam masak kurma and kerabu, aku dah siap-siap bawa dua bekas kosong dari rumah. Tapau ar beb!! Licin tray tuh aku tapau. Dengan udang-udang aku bungkus dalam tisu. Air sirap pun aku tapau sekali. On the way balik to section, terserempak dengan Encik Daud. "Menapau makanan lagi kamu??!!" terus dia gelak-gelak. Teringat 'aksi menapau' kami di airport Sandakan tempoh hari agaknya. Huhuhu.

Petang itu sempat pergi ke Jalan Sim Sim di Batu 2 sebab lecturer aku nak beli sedikit udang tuk bawa balik Shah Alam. Tapau!! Banyak betul ikan dan udang disitu. Ada ketam lagi!! Ahhhhh laparrrr~~~ Tapi Miss Becca tak belanja pun.... Aih... =(
Kampung Air SimSim. Peace

 
 View dari jeti. Eh jeti ke? restaurant? jeti? hmm..

"Kill the big fish!!Grrr!!"


Then semalam ingat nak tidur awal. Dah mengantuk sangat kan. Masa tuh baru kul 6.30pm. Tapi layan anime Bleach dulu. Sedang best tengok, ahhhh! Mati karan!! Pasang lah lilin sementara menunggu electric tuh ada balik. Baring punya baring...tunggu punya tunggu......






zzzzZZZzzzZZzzzZZZzzzz........



Aku nak tulis blog

Dah berapa hari aku menghadap draft board ni, dan berfikir apa yang mahu ditulis.


Hmmm. Blank.


Bila close, macam banyak pula ingin ditulis. Entahlah, otakku dipenuhi dengan ditt ditt ditt, slide, money, biskut, tidur, naruto shipuden, trusmadi,encik ehem ehem, presentation, balance bank, new cardigan, KFC, lodge, project Laran, Tawau dll.


Aku rasa, aku taip di komen orang lagi banyak dari taip disini.



Okeh la. Chow dulu. Nak meronggeng di kelab jiwa rentung Cik Gayah




* Ketagih dengan blog en Max

Sinetron. Sejarah. Blog. Yeast





Tit Tit Tit Tit Tit


[virus dikesan]


--------------------------------------------------------------


Lucu. Sangat lucu bila baca post lama-lama and all the comments. Lucu.


---------------------------------------------------------------


Begitulah manusia. Bila susah, disitu ada. Bila senang, hilang seperti chipsmore.


---------------------------------------------------------------


Jangan risau sahabatku. Semua bukti telah dihapuskan. Kamu bebas sekarang.

"Fly little bird....fly....fly away....."


---------------------------------------------------------------


"Kalau kau tak maksudkan.....tlg jangan cakap....." - Anonymous

---------------------------------------------------------------


Pada suatu hari, seorang penjual kopi menaikkan harga kopi secara mendadak. Apabila si pelanggan bertanyakan harga, penjual kopi akan menjawab harga baru itu dengan lantangnya. Si penjual koko mengutuk dan membenci perbuatan penjual kopi yang menaikkan harga jualannya sesuka hatinya.

Selang beberapa hari, si penjual koko menukar papan harganya secara senyap-senyap dengan papan harga yang baru, dengan harapan si pelanggan tidak sedar bahawa harga koko lebih mahal dari yang biasa.

Apa bezanya si penjual koko dengan si penjual kopi?


-----------------------------------------------------------------


It's hurt. And everytime I breathe, it hurts me so badly.


-----------------------------------------------------------------


Aku bukan buta. Mungkin aku sedikit pekak, tapi aku ada hati dan perasaan. Aku boleh merasa. Tidak perlu untuk kau mengelak. Tidak perlu untuk kau melarikan diri. Tidak perlu untuk kau mendiamkan diri. Itu bukan cara yang bagus untuk membuang seseorang. Aku sahabat mu. Tapi rasanya, kini bukan lagi.


--------------------------------------------------------------------------------------------



Semoga kau gembira.




Trusmadi, Mommy and Me


 Trusmadi
"Mount Trus Madi with an altitude of 2,642 m is the second highest mountain in Malaysia,...is said to offer much more challenging climb. Its richly forested slopes, inhabited by a myriad species of birds and animals, are a trekker's dream..."  

Trusmadi. Gunung ke dua tertinggi di Malaysia selepas Mt Kinabalu. Sebelum aku sampai ke Sandakan, I promised my self, I will conquer that Mt Kinabalu. Yeah! Itulah impian ku. Tapi rasanya tidak kesampaian. No time, no money dan entah apa lagi. Tapi kini, satu peluang untuk menjejak puncak gunung Trusmadi berada di depan mata. I must grab this chance, peduli lah apa jenis risk pun. Walaupun supervisor aku dah warning berapa banyak kali, macam berat hati jer nak bawa, I dont care. Mau pergi juga. Makin dia cakap, makin excited aku nak pergi. Bersinar-sinar mata aku mengalahkan hamtaro dengan harapan akan cairlah hati mu wahai supervisor ku yang tersayang. Bawalah daku pergi bersama. Kena buat research pun buat lah. Aku sanggup bersengkang mata dan memerah otak buat proposal research paper (konon..............). Ekspedisi selama 8 hari ditaja oleh FRC, kesejukan yang melampau, pemandangan Mt Kinabalu di waktu senja dan subuh, uhh memang tidak boleh dilepaskan. Tapi, sampai ker aku ke puncah gunung? Siapa nak bawa? Hmm...

 
Aku rasa nak buat research about this pitcher plant lah..hmm
Mommy
Aku mengaku, i'm not a good daughter. Ada saja yang tidak ngam between kami. Macam matahari dengan bulan. Aku penat, dia pun penat. Maka terjadilah satu sempadan kedinginan diantara kami. But I love her. I really do. So aku pergi ke Sandakan. Jauh dari Klang dengan harapan, kami akan merindui diantara satu sama lain. Dengan harapan, kedingininan itu akan hilang. And guess what? Baru 2 month, and I'm homesick. Aku rindu ruang yang sem di tingkat enam tuh, meja makan yang berselerak, dan disitu ada masakan ibu. Aku hilang selera tengok masakan sendiri. Aku lagi rela tidur semalaman walaupun perut ku menangis-nangis minta makanan. Peduli lah. I just want my mom. Peduli lah orang cakap aku macam budak tadika. I want my mom. Dan sekarang dia tidak sihat. Maybe darah tinggi dia datang lagi. Mata ku berat dari tadi sebab menahan air mata yang dari tadi mau keluar. Aku rasa sangat lemah harini. Ibu, saya harap ibu sihat cepat. Aku harap semua akan menjadi baik. Saya sayang ibu... 
 
Me
 
I am blanked. What should I do? Kertas kerja berselerak depan mata. Ada dua research project menanti. Ada satu kerja editing yang masih belum selesai. And time is running out bak kata Muse. Tapi aku kaku, satu kerja pun tak dapat buat. Rindu keluarga, kecewa dengan perasaan sendiri, and at the same time, teruja untuk melihat trusmadi. My brain like a washing machine. Banyak benda inside there and semua pun berputar-putar in a random direction. Waktu begini, aku betul perlukan dia, tapi dia tiada. Rasanya dia tidak sunyi lagi without my text..







_______________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

ini bukan BENTO



Hari ini aku bawa bekal dalam bekas yang extra large dari hari biasa. Sejak seminggu ini, penyakit lapar ku semakin menjadi-jadi. Baru 10 minit sampai di ofis, aku sudah lapar. Pergi kantin beli kuih, 30 mins after that lapar lagi. Sudah makan tenghari pun lapar lagi. Boleh cakap most of the time pun aku lapar. Gila. Macam ada bibi ja. Sott ko ros. Ada banyak bibi CACING kali. Ya, maybe aku patut beli ubat cacing. Mungkin itulah penyebab utama kepada penyakit kelaparan tahap dewa yang ku alami ne.


Sudah la tiada duit langsung in the pocket now (ada 10 cent ja...). Kan bagus kalau ada ATM machine di luar kantin ni. Memang aku lah pengunjung setia 24jam kantin macik tuh.


So, ini hari aku bawa bekal ( consider Bento ka tuh? ) dalam tupperware yang lebih besar, with extra rice (1 pot beras aku bedal sendiri), dengan 4 jenis lauk yang disimpan dalam esbok, tinggal kasi panas ja. Ada ayam masak lemon, sardin yang dimasak semula (aku bukanlah pemalas terus makan sardin dari tin), sayur kobis dimasak with nugget <-- entah apa jenis resepi ni, dan sambal ikan bilis bernilai RM11 yang dimasak oleh my mum. LOL. Rm11. Kesian ko jebonz. Hahaha sayang ko bah. Next time menderma lagi ya.



Boleh makan 3 kali bekal aku ni. Tadi pun 10.30 sudah start Phase I. Sedang aku sedap-sedap makan sambil duduk bersila di kerusi besar, sambil melayan FB dan mendengar Hitz, tiba-tiba Supervisor aku masuk secara mengejut. Baru datang kerja. Mau tesangkut nasi di tekak aku. Hahaha senyum kambing sajalah. Dia pun sengih-sengih macam faham dengan penyakit student dia yang sekor ne.





So, aku sudah stop Phase 1. Tapi aku rasa lapar lagi lah. Should I continue with Phase II now? Hmm...





__________________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

t.a.g dari orang yang tidak men.t.a.g aku

Eleh, saya pun mo main tag. Nanti saya kasi ko yang lagi mencabar. Huh!!




1. Bekas kekasih saya adalah
- Justin Timberlake (bukan nama sbenar..nama dia Batman)

2. Saya sedang mendengar
- Bitter Heart - Zee Avi

3. Mungkin saya patut
- ke kantin sekarang dan buat muka kesian supaya dapat sanggar free. Damnn Hungry!!

4.Saya suka
- garpil.. eh, TheAlient!!!

5.Sahabat-sahabat baik saya
- sangat sayang dengan saya. Dorang selalu belanja saya makan. Huhhh ada ker??

6.Saya tak paham
- I don't understand. Why??? why.......?

7.Saya kehilangan
- tidak tahu. banyak perkara saya hilang dis year. Tapi saya baru menerimaa dermaaa RM150! Hahahahaha

8.Ramai yang berkata
- Yuna! apabila melihat saya ( perasan mode : ON )

9.Makna nama saya
- err.......? Ada meaning ka?

10.Cinta itu adalah
- satu penyeksaan yang mengasyikkan

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
- memegang rantai lehernya

12.Saya akan cuba
- menjadi seorang penyanyi yang baik dan masuk OIAM tahun depan. uwekkkkkk

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
- cek kamus dewan bahasa dulu.....owh belum beli. so no answer 4 dis Quest

14.Telefon bimbit saya
- LG yang comel

15.Bila saya terjaga dari tidur
- saya tidur balik

16.Saya paling meluat apabila
- tidak dapat apa saya mau. Meluatnyerr~~~

17.Pesta adalah
- satu keraian. Semoga kau tersenyum di keraian itu =P

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
- seekor semut bernama TinTin.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
- kanak-kanak riang. Akulah bos sewaktu ini!

20.Hari ini
- hanyalah biasa untukku.

21.Malam ini saya akan
- memikirkan masa depan ku.

22.Esok pula saya akan
- kalau hidup, saya post blog. Hahaha

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
- saya tidak ada cermin...

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
- Big Apple Donuts

26.Makanan Barat atau Jepun
- sushi

27.Bilik yang terang atau gelap
- bilik yang tidak terlalu terang dan terlalu gelap

28.Makanan segera adalah
- fevret ku dikala malas.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- "Kau tanya-tanya la dulu manatau dpt kita diskaun"




________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

Total Pageviews