Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

The Cast of New Moon



Satu press release telah dibuat untuk mengumumkan senarai pelakon-pelakon filem New Moon, iaitu sequel kepada filem Twilight. Tak sabar nak tengok, sebab ada pelakon favourite akan berlakon sekali dalam filem ni. Macam Dakota Fanning dan Cameron Bright. Walaupun dorang ni budak, tapi lakonan dorang memang gred A+!

Cameron dalam filem Running Scared


Cameron Bright ni mula dikenali melalui filem Godsend dimana dia melakonkan watak Adam Duncan, kanak-kanak yang dilahirkan melalui proses kloning. Aku suka tengok lakonan dia dalam filem tu. Memang serius la. Time ni dia kecik lagi. Umur dia baru 11 tahun. Kalau dia sekolah kat Malaysia, dia baru darjah enam.

Tapi, Cameron yang dah berusia 16 tahun ni, akan membawa watak Alec, vampire yang telah diselamatkan oleh Aro ( ketua vampire dari puak Volturi). Alec merupakan abang kepada Jane (dilakonkan oleh Dakota Fanning), 'a high ranking and powerful Volturi member', yang dikatakan boleh menakutkan vampire yang paling kuat pun. Jane mempunyai power yang boleh create satu illusion yang menyakitkan dan menyeksa pihak lawan dia ( ala2 teknik Rasengan Sasuke tu kut...skill Tsukuyomi oleh Itachi kut). Kemungkinan, Bella akan mendapat musuh yang lagi hebat dan mengerikan nanti. Tak sabar nak tengok Cameron dan Cik Fanning jadi vampire yang cantik. Heheh.

Cik Fanning yang sweet


Sebelum ni, ada ura-ura yang watak Alec akan dibawa oleh Tom Felton, tapi tak dapat juga. It's ok Tom. I still love you Tom. Siapa tahu, for the next movie Tom akan jadi vampire cantik juga?

Sedikit penjelasan mengenai puak Volturi:
'The Volturi under the three ancients' leadership, set down the laws of the vampire world and severely punished those who did not adhere to them. This group of vampires is essentially the police of the vampire world, making sure that their kind is kept an absolute secret'


List penuh untuk watak-watak baru dalam New Moon nanti :

Dakota Fanning as Jane
Cameron Bright as Alec
Michael Sheen as Aro
Noot Sheer as Heidi
Charlie Benley as Demetri
Jamie Campbell as Caius
Graham Greece as Harry Clearwater
Tinsel Korey as Emily


Okeh, kita bincang pasal review filem ni lain kali pulak yer. Nak pergi makan ni. Buhbyee

Knowing [ Mengetahui ]


Apa yang akan kamu lakukan jika kamu mengetahui yang esok hari terakhir anda?


Hari ini aku tengok wayang lg. Hari Rabu, mana boleh dilepaskan. RM6 tu. Kena belanja lg. Rezeki. Aku pergi tengok dengan abang dan cousin aku. Dari last week abang aku bising nak tengok cerita Knowing. First tu blur juga, knowing? Citer apa tu?? B**** tanya, citer Bollywood ke? Aku kata citer Omputih. Jadi kami pun pegilah.


Hero cerita ni ialah Nicolas Cage. Suka juga cerita lakonan dia ni. He's one of the best actor. Cerita dia begini.........
sebenarnya aku dah lupa intro dia tadi.Hahaha. Tapi kesimpulannya, cerita ni best juga. Dia bermula dengan babak2 yg relax. Tiba tiba, ada kejadian yang kau tak duga pun akan berlaku. Dan scene tuh memang hebat dan smart lahhh.

Tapi aku kurang suka dengan ending dia. Aku rasa itulah movie yang ending dia paling kelakar pada aku. Kalau korang nak tau kelakar yang mcm mana, korang pegilah tgok sendiri. Tapi aku x pasti esok ada lagi ker tak. Abang aku kata cerita ni dah lama. :?

Cerita ni start jam 10.45 malam. Dia tamat pukul 12.50 malam. Penat juga la duduk kat dalam tu. Dahla sebelah kanan aku tu takder orang. Sampai ke dinding kosong jer. Nak peluk orang pun takder ( Hampeh! macam cerita seram ). Jadi memandangkan cerita tuh 2 jam, tenaga aku pun dah habis ni. Aku pun nak tidur juga. Bintang entah dimana. Jadi, Selamat Pagi semua!! ( Note : Sekarang dah jam 2.40 pagi).

Who's Your Bloody Valentine?



Hari ini aku sangat happy sebab urusan thesis dah siap.
Akhirnya, aku tak payah buat pasal kelawar lagi (sementara ajer la).
Untuk meraikan keraian ini ( sheleeennn if u read this, u know what
i mean),
aku and geng ronggeng cik kiah pun pergi ker
Jaya Jusco Bukit Raja tuk tengok
wayang. Wow kayanya
pegi tengok wayang.Ada student card maa. Rm7 saja.


So, we decide to watch 'My Bloody Valentine' lakonan
Janson Ackles ( SuperNatural!!!)
Tengok poster macam best jer.
The movie start at 12.20 pm.
When we enter that cinema,
we kinda shock because no one at there.
Movie tu pula dah start.
First tu blur juga. Ni Intro ker Conclusion dah nieh?? XD

Ahhhh nevermind la. Tengok jer.


Cerita tu bermula ngan adegan pembunuhan. Kalau korang tak tahan
tengok darah, better korang jangan tengok lah. Dia bunuh orang
macam potong kek beb!!
Dia main potong jer muka awek
dalam citer tuh. Benanahh mata ni tengok tau.

Aku peluk beg sepnjng movie nieh!Klu ada Batman sure aku peluk dia.

Tapi itu cerita lama. Hahahahaha (gelak tak ikhlas betull....)

Tapi cerita tuh memang menarik. Walau pun nampak macam filem
low budget,
tapi jalan cerita dia menarik juga la.
Tak rugilah RM7+SetPopCorn Combo1.


Bila movie tuh dah tamat, baru aku sedar, ada penonton lain lah dalam
cinema tuh.
Penonton lain??? 0.0!!!

Dont worry. Dorang pun manusia biasa juga.
Hahaha dan dorang bukan lah Harry Warden!

Sorang daripada mereka agak cute XDXD Damn! Sejak aku
menjanda ni makin miang pula.


So, kepada kipas susah mati TGV or GSC, silalah merajinkan diri anda
melihat movie ini.Saya bagi 4 bintang. Bukan Bintang di atas Pagar =P.









Ini gambar pemandangan di Jaya Jusco ;)





Official Link - My Bloody Valentine 3D









Total Pageviews