Showing posts with label CeritaTidakDisangka. Show all posts
Showing posts with label CeritaTidakDisangka. Show all posts

Cerita si bibi

Halo. Saya bibi. Nice to meet you :)




Aku jumpa mioww dekat gerai kelmarin pagi. Dia duduk ngiau-ngiau dekat tepi meja. Adedeh punya cute. Aku pergi dekat-dekat, mana boleh tahan. Tapi aku heran, apsal miow nieh duduk semacam jer. Dah macam anak dara duduk bersimpuh tunggu anak ketua kampung masuk meminang. Aku perhati betul-betul. Rupanya kaki dia kat belakang patah. Bukan satu, dua-dua tuh....wuwuwuwu ciannyer si bibi *semua miow saya panggil si bibi k.... :'(

Pastu bila aku nak pergi dekat-dekat, si bibi lari. Susah payah si bibi lari, kaki dia kat belakang pun terheret. Sayu weh hati tengok. Giler sedih...kucing kecik macam tuh, saper lah pijak. Patut dia lari dengan aktif, tengok dah tempang macam tuh, tak hancur luluh hati ko? Wuwuwuwu :""(((  Terus aku panggil makcik aku, dia kata balut kaki dia dengan serai, nanti cepat sembuh. Terus aku laju-laju bawa pisau amik serai kat belakang gerai, potong-potong dan balut kaki bibi. Okeh....aku tipu. Sebenarnya makcik aku yang tumbukkan serai tuh. Aku busy pegang si bibi k....si bibi perlukan perhatian dan kasih sayang k! Baguslah kalau korang faham. lalalala. Sebelum tuh, aku sempat juga snap gambar si bibi. Pandai posing oww miow saya teeheee :> Tunjuk sikit ehh. Kalau si abie tunjuk si wuwi, aku pun nak tunjuk si bibi aku :)

 Orang cakap pose dari tepi nampak ensem :*)


 Sakit kaki saya....wuwuwuwu

Bibi : apa ko tinguk-tinguk?
Meow tua : Cehh...............



Semalam ayah aku suruh buang kucing tuh, tapi aku simpan juga kat gerai. Tak boleh bawa balik :<

P/s tadi pagi si bibi dah boleh lari-lari sikit. kaki belakang dia pun dah boleh gerak sikit. Uwahh comel lah ko




I Need A Rest

Aktiviti penting minggu ini:

  • Edit gambar
  • Edit gambar
  • Siapkan proposal
Aku ada 2 set gambar untuk diedit. 1st gambar rahsiatidakbolehdiberitahu, 2nd gambar sewaktu outstation ke Kota Kinabalu and Tenom. Ada gambar time di Poring Ranau lagi. Gambar time outstation jer pun dah ada 400 keping. Giler aku, main snap jer. Kalau guna camera lomo, dah bankrupt nak beli filem jer. Belum cuci.

Mostly pun gambar bunga, gambar orkid. Ahhhh orkid-orkid tu sangat cantik. Tiba-tiba aku jadi peminat orkid. Kalau aku dapat kerja kat Sabah ne, aku nak buka satu nursery bunga kat sebelah rumah nenek aku kat Tawau tuh. Dia mesti suka, orkid tuh. Tak sabar nak tunjuk kat korang. Tapi nantilah yer...sekarang takder masa...

Badan pun dah sakit-sakit kepenatan. Penat dari last-last week pun tak hilang lagi. Everynight pun tampal koyok. Kalau dapat urutan percuma best juga. Mata pun dah macam panda. Banyak benda nak buat, nak masak time malam pun dah kelamkabut..Nak bercakap pun no mood.

Harap-harap dapat join photography workshop ujung minggu ni. Nasib baik yuran dia murah, but still nak guna duit. Terpaksalah call ayah kesayangan ni nak cover duit yuran.


Aku betul-betul rindu  my mum and my cousin, Sablinaa... Aku harap sangat cousin ku dsini. Ada banyak sangat benda nak cerita dengan dia.
Anyone nak belikan aku tiket pulang balik Sandakan-KL??




p/s entri aku kali ini berwarna-warni pula (sikitlah....)

_____________________________________________________________________

Sedih dengan banyak benda ...
  • Result thesis yang teruk. Cik A**** tuh memang saja dengki tak puas hati nak bagi markah tinggi kan.
  • Camera KonicaMinolta 5mp ku yang semakin tenat. Dan hasil2 gambar yang perlu diretouch dengan banyak....Imagine la, ada pict tu nak sampai 30 min edit...
  • Hal-hal 'sinetron indon' yang memenatkan jiwa dan raga
  • Skin aku sangat dry sekarang....dah nak 3 weeks aku x amik VitC aku. Keadaan panas lagi...ahhhrghh

Love Your Body with BodyShop

Aku ada 2 kad member Bodyshop, but both of them are useless!!

From 22th May to 15th June, BodyShop ada buat annual sale with up to 70% discount. Love your Body members can get extra 10% discount on the first 3 days. So, as a member, I am so sooo happy when they sent me sms about the promotion. I call my mum, my brother, my dad dengan harapan, pls, deposit me some money. My BS stock dah nak habis nieh, perfume pun dah nak kering. Macam2 dah dalam fikiran, want to buy this, that, this and that. 80% discount, saper nak lepas??

So I went to BodyShop at Bandar KimFung Sandakan. 1st thing I did when I enter that shop is, ask the girl " Members can get extra 10% discount right?" and she said "No". Wuu....?? No? Apa maksud mu? Sms tu cakap boleh apa. Then dia cakap, tuh untuk stores kat West jer. Tak boleh guna at Sabah Sarawak Brunei. Huh?? What is this? Diskriminasi?? And no 70% discount?? HUH apa nieh?? Aku sangat marah!!

Aku dah sangat2 excited pasal benda nieh, dari Khamis lagi, and bila aku pergi dia cakap no 70% discount??? And no extra 10%?? Why?? Why buat promotion nieh when i'm doing my practical at Sabah? Why ?? I'm waiting about 1 year for this promotion, and so many things in my shopping list, and on dat day, aku mampu beli 3 barang jer. Ahhhhhhh I really want dat travel bag with mascara, body wash and gel, vit E moisturiser inside it. NP is RM180 but after 80% discount, harga dia RM48.60 jer!!

Ah marah marah!!! Huhh! So aku kena buat membership baru utk stores kat Borneo, so dah ada dua card. Tapi sedih sebab tak boleh dapat extra discount. So, the 3 items yang aku beli tuh :

  • Lip & Cheek Stain 
  • Vit E Moisturiser Cream
  • Aqua Lily Perfume
How much? Ermm secret lah yer. Heheh sorry no pict dis time. Mem.card handphone kena virus lah. Ughhh semua pict hilang, lagu apa semua. Hate this





p/s will update more secepat yg mungkin. :)

Mr Bean naik MAS

Last week (lalala aku nak cerita juga), aku naik kapal terbang MAS buat sekian lamanya. Dah asyik AirAsia jer yang jual murah. So, pada Ahad yang lepas, selepas bersalaman peluk keluarga dan nangis, aku pun masuk la ke Balai Menunggu di KLIA tu (betulker nama balai tu?). Mak aku pesan, berlakon sikit. Jangan buat beg tu nampak berat sangat. Aku pun cuba. Tapi macam mana? Satu beg sorong, beg galas, dan sling bag yang penuh dengan muatan terpaksa aku angkut dari escalator hinggalah ke gate A8. Fuhh mau patah badan aku mengangkat. Dengan muka blur + nervous + excited nak balik kampung (nak naik MAS sebenarnya). First time aku naik kapal terbang sorang-sorang :)

Aku pun naik la ke dalam kapal terbang. Letak beg, duduk, tarik nafas...Fuhhh... Nasib baik takder yang terlepas. Lalalala. Seat aku di tepi tingkap, bersebelahan dengan pintu kecemasan. Jadi, tiada kerusi didepan aku. Macam mana aku nak makan nanti? Kenalah move pegi kerusi sebelah ni. Selepas berapa minit penerbangan, pramugara yang kacak itu datang dan bertanya ...

"Adik yang comel lagi manis nie nak makan apa?Ada nasi goreng dengan satay daging, ada nasi goreng dengan satay ayam." (Betul dia cakap macam tu... aku tak tipuuuu...).....aku tersipu-sipu malu mendengarnya. 
Dia pun beredar selepas itu. Aku buka tali pinggang, ready untuk bangun. Kemudian aku tenampak pacik di row sebelah. Mana datang meja kecik tu? Dia bawa sendiri ker? Aku pun tengok-tengok kerusi aku. Tak ader pun. Nasib baik aku pandai sikit. Aku buka pemegang kerusi di sebelah kiri tu. Owhh ada meja lah dalam kerusi! Tapi nampaknya aku tak lah pandai sangat. Sebab aku tak tau mcm mana nak keluarkan meja tuh.....Aku tarik tarik, tak juga keluar. Setelah mencuba selama 5 minit, akhirnya aku BERJAYA!!! Yeahh dah boleh makan!!!

Takder tunggu tunggu, aku terus jer makan. Zapp!!! Fuh licin. Hebatkan aku makan? Perjalanan selama hampir 3 jam itu adalah amat membosankan. Kerana tiada musik yang menemani aku. Disebabkan aku kurang pandai, aku tak on pun handphone lepas itu walaupun aku dah set flight mode awal-awal lagi. Boleh on handphone ker tak? Wuwuwuwu aku mana tau. Nanti jatuh kang kapal terbang tu.
Selepas kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Tawau,  aku pun angkat la beg yang berat tu. Beg itu sangat berat sehinggakan time aku angkat, beg tuh jatuh! Nasib baik jatuh kat kerusi....klu kat lantai tak ker malu. Pada masa itu aku dapat merasakan banyak mata yang melihat! Tak aper....control Yeast. Control jer.
Okeh, aku pun berjalan keluar sambil mengheret beg aku. Sampai di luar, huh....nasib aku kurang baik hari ini. Lebih kurang dua kali beg aku jatuh tergolek. Wuwuwuwuwu orang . Sampai time beratur dekat kaunter imigresen pun orang tengok jer. Aku betul-betul macam Mr Bean pula hari tu. 

Aku cepat-cepat amik semua barang aku, keluar dari tempat tu. Gembira betul bila nampak muka atuk and nenek aku. Pacik aku pun ada. Dorang kata, hampir dorang balik tadi. Dorang ingat flight aku delay. Dorang pun tunjuk la flight yang mana satu kat screen tv. Huwahhh atuk, itu AirAsia. Hari ini cucu atuk naik MAS.
Huhuh tak apa lah, yang penting aku tak kena tinggal. So, bermulalah kehidupan aku di Tawau, tempat kelahiran aku. Tunggu post aku seterusnya yer.... Ada banyak lagi cerita yang tertangguh nieh  

:)




Cerita Dua Hari Lepas

Dua hari lepas, pada
hari Selasa, di waktu malam, aku sedang sibuk mengulangkaji dirumah Starzgate kerana esoknya, kami ada exam. The only paper in this semester. Bayangkan betapa tekananannya kami berdua malam tu, dengan micrograph cell cell yang tidak dapat kenal pasti, dan entah berapa lagi chapter yang belum dibaca.Sedang khusyuk memahami notes Dr.Yap, tiba-tiba kami terdengar ....


"Pergi masuk!!!!!" (starz, itu ker ayat dia?)


Suara lelaki menjerit. Kami terkejut. Suasana sepi seketika. Disebabkan kami nak jadi pelajar yang cemerlang, dan boleh menjawab soalan exam esoknya, kami abaikan. Tak mahu dengar cerita gosip gosip begini. Kemudian ....


"Ahhhh!!!! Aku taknak makan duit haram ko ni!!!!!"


Kami men'control' diri....abaikan........dan sekali lagi. Kali ini ada 2 suara tambahan. Suara lelaki yang bercakap dengan perlahan dan suara seorang perempuan seperti marah. Ini yang susah ni. Kami tak boleh tahan. Dengan laju kami meluru ke arah pintu dengan gaya seorang pengintip dari zaman Jebon (a.k.a James Bond). Kami terdengar perbualan yang agak menarik, walaupun kurang jelas kedengaran. Tapi kami masih tidak tahu apa puncanya. Kemudian terdengar lagi jeritan amarah yang menakutkan. Ahh aku pantang dengan orang menjerit marah-marah ni. Aku lari masuk ke dalam. Tapi disebabkan curiosity yang amat melampau, aku ke pintu semula.

Tak lama kemudian, kami nampak ramai orang berdiri di luar beranda. Kami pun buat keputusan tak nak jadi pengintip lagi dah. Kami keluar, dan bila kami tengok ke bawah, kami nampak seorang lelaki yang duduk bercangkung dan sedang dipulas telinga nya oleh pacik sekuriti. Huh? Apa kes??!! Lelaki itu merayu-rayu, menangis-nangis minta dilepaskan. Pacik sekuriti marah lagi.


"Ko nampak ni semua yg kat atas? Kalau dorg semua turun belasah ko, ko nak rasa??!!"


Diikuti dengan sorakan jawapan abang-abang yang agak kiut diatas, yang menawarkan perkhidmatan tangan dan kaki mereka.


Kemudian lelaki itu menghantuk-hantuk kepala botak ala mawi nya ke dinding. Aku yang betul-betul berdiri diatas scene itu, terasa kesakitan nya. Seraya itu tangan aku naik, memegang kepala, macam kepala aku pula yg nak berdarah. Eeeee mengerikan. Nampak kesan luka dan darah-darah. Kakak diatas bertanya kepada pakcik sekuriti, apa lelaki tu buat? Ini kata pakcik sekuriti tu.


"Dia amik video perempuan yang tinggal kat bawah ni hah! Dia amik dari belakang bangunan (apartment) ni. Kat kawasan gelap tu!! Ntah dah berapa kali dia buat kerja gila nii!!!", lebih kurang begitu la cerita pakcik itu.


"Wuwuwuwu...ampun bang ampun bang..." kata lelaki itu....


Means, lelaki itu dok skodeng orang kat tingkat bawah la!! Dia pun jadi pengintip macam Jebon JamesBond tapi yang tidak bertauliah! Kami pula rasa macam nak turun bawah, bawa kasut tumit MayMay or YihKung ketuk kepala botak dia. Gila, dah kena tangkap baru nak insaf konon. Then buat drama hantuk-hantuk kepala kat dinding.

Tak lama kemudian, 3 buah kereta polis datang. Tapi takder satu pun yang on bunyi siren... kecewa aku.
Ini ada beberapa video yang aku amik pada malam itu.








Total Pageviews