Showing posts with label CeritaPatahHati. Show all posts
Showing posts with label CeritaPatahHati. Show all posts
Sungguh.......sakitnya hati! Hancur robekku bila org tu ckp "sorryla dik, smua file tak dapat diselamatkan" uwarghhhh tidak!! Gambar-gambar ku. GAMBAR ku!! Gambar kat miri, gambar wedding, gambar kawan-kawan, gambar smua makanan tuh. Arghhh sakit hati. Perasaan macam duit 10k kena bakar hidup-hidup secara live kat depan mata. Terima kasihla penternak virus yang baik hati sangat derma kat laptop aku. Korang memang dermawan. Lepas ni aku nak jadi kejam. THIS IS MY PROPERTY! Beharga tau gambar-gambar dalam tu ;( seperti nilai emas-emas yang ada di gua.

Wuwuwuwuwu.....

Ying and Yang

Bulan ini agak teruk bagiku sebab :

1. Aku dapat tau ex-tak guna nak kahwin tak lama lagi.
2. Ex-tak guna add tedybear kat FB
3. Handphone kesayangan semakin tenat, keypad memang dah pecah habis....sakit hati nak sms
4. Asus kesayangan pun semakin tenat, sekarang tak boleh on langsung. Adapter dia rosak kut.. sakit hati
5. Duit dah tak ada, tapi semua barang rosak, macam nak suruh beli yang baru sekali gus jer
6. Budak sengal kat tempat kerja dah kembali. Desperado...dah cakap jgn ganggu, masih lagi macam lipan buat-buat comel kat tepi..
7. My favorite adik putus chenta, tp turn out dia minat kat aku plak.....haish



Tapi seperti ying dan yang, bila ada perkara buruk, ada juga perkara yang best berlaku. Antaranya :

1. Dapat pergi Miri, join CT Street Carnival, berkenalan dengan ramai photographer dan pamerkan gambar sendiri. Hi hi
2.Dapat chance untuk amik gambar wedding..
3.Pergi picnic di Table dengan geng karas di SR
4. Akan balik ke klang tak lama lagi. Yahuuu tak sabar
5. Makin tambah sayang kat tedybear....ehhe....

So sekian terima kasih.



Sebenarnya tengah stress nieh. Emo emo.........
Bila kita cakap, kita dah boleh lupakan dia, dan tak rasa sakit bila tahu pasal dia, sebenarnya kita tipu...

Aku masih dapat rasa bila tahu hal mereka berdua....

Damn. I need more ice blended green tea......

Shitty Day

3 a.m
Ahad, 13th September 09

Permulaan hari yang teruk. Mungkin aku patut melarikan diri. Buang segala maklumat cyber aku, no telefon, facebook, myspace and bla bla bla... Balik ke dunia realiti. Tapi tinggalkan blog ini untuk aku. Aku malu dan kesian dengan diri sendiri. Ketawa dengan diri sendiri. Entah berapa kali ko membodohkan diri sendiri wahai si penulis blog ini. Tapi hari ini memang teruk. Aku betul-betul tak sangka hati aku boleh jadi sakit seperti ini lagi....Tapi lebih sakit. Macam kena tembak, tapi berulang-ulang kali. Gila...

What a shitty day...




EnchikYangTahuSiapaDirinya, aku pinjam lagu ko kejap sebagai lagu tema hari ini.








K . E . N . A . P . A

Aku tak faham. 

Aku rasa dah lebih dari seribu kali aku fikirkan pasal 'kenapa'. Sejak haritu lagi. Tapi masih lagi aku tak faham. Pelbagai sebab dah aku fikirkan, mengkaji peratusan kebarangkalian logiknya 'kenapa' itu terjadi. Tapi aku masih lagi tak faham. Atau sebab otak aku dah jadi tersangat dungu, dikaburkan dengan memori dan harapan yang semakin tak jelas? Seperti lirik lagu Stacy ( Pakai Buang ), aku tertanya-tanya juga : "Kenapa bah kau berubah?". Kelakar sebenarnya lirik tu. Tak sangka, Stacy mengekalkan ciri Sabahan nya dalam lagu tuh.

Aku sudah boleh menerima hal itu, tapi ada masanya, aku betul-betul keliru dan tidak faham. Membuatkan aku rasa .....boleh tak kamu semua bayangkan rasa itu? Rasa seperti tidak puas hati, sedih, kecewa dan...aku tak tahu macammana nak tulis.

She had the world - Panic at the Disco. Lagu ini kawan aku yang bagi. Pada mulanya aku kurang faham apa point dia bagi lagu ni. Aku fahamkan lirik dia. Betul-betul aku rasa sedih.

She said she'd won the world at a carnival
But she couldn't ever win me

Aku bagitau dia, aku rasa sedih bila aku dah faham lagu ni. Dia cakap, dia tujukan lagu ni dekat semua peminat dia, dengan niat nak bagitahu secara tersirat yang 'kamu tak boleh menang aku'. But hey! Aku bukan rasa sedih sebab kamu. Aku tak kisah pun pasal kamu. Tapi sebab dia. Dia yang buat aku tak faham. Mungkin betul, he don't love me, he just passing the time. Satu hakikat yang harus aku terima. Tapi tik tik tik, waktu berdetik.. dan kamu tak tahu hancurnya hatiku... jadi diriku yang masih cinta.

Banyak lirik pula dalam post aku kali ni. Ada orang kata :

When words fail, music speaks


Tapi aku masih juga mendermakan perkataan dan ayat di blogger.com ini.

Ada masanya aku rasa ingin berjumpa dengannya, bertentang mata dengannya dan ...

"Kenapa...?"

Tapi aku terpaksa diamkan. Sebab, ada kalanya diam itu lebih baik daripada berkata. Tapi betulkah apa yang aku buat ni? Adakah diam itu lebih bagus untuk aku? Mungkin aku harus biarkan masa yang menentukan segalanya.

Giant...PULANGKANN!!!!


Kejadian ini berlaku pada tahun lepas/ awal tahun ini :


Pada hari itu, my mum pinjam duit ku RM50 kerana dia tidak bawa cash pada hari itu. Beberapa hari selepas itu, dia memulangkan RM50 itu kepada ku. Dia memberikan aku duit RM50 yang new design itu.

Mum : Nah. Jangan guna duit ni ya. Simpan. Susah mau dapat ni.

Me : Kenapa? Ini kah duit baru tuh? Okeh.



Dengan perasaan gembira dan sedikit rasa tertipu sebab dapat duit, tapi tak boleh guna, aku simpan juga. Walaupun ada satu masa, keadaan pada masa itu amat terdesak dan tiada duit, aku tak guna juga duit tuh. Sayang...


Inilah duit RM50 yang mum aku bagi tuh.







Hari Sabtu minggu lepas :

Aku dalam dilema yang amat besar. Peti sejuk ku kosong. Stok makanan ku habis. Beras pun tinggal sekali masak. Duit ku tinggal dua puluh sen. Duit tinggal dua puluh sen adalah perkara biasa untuk aku di hujung minggu memandangkan ATM terdekat dengan rumah jaraknya 6 batu. Tetapi, balanced di account pun tinggal RM8. Ah betapa miskinnya diri ku pada masa ini. Hendak buat loan dengan family, dah banyak aku minta this month. Tak boleh tak boleh....Jadi mcm mana? Haruskah aku makan sayur kangkung saja tiap hari? Kangkung ada banyak di parit sebelah rumah. Tapi....eeee....parit tuh....aku dah nampak. Aku langsung tiada duit, kecuali note RM50 yang aku simpan di........







4 jam selepas itu
.


Peti sejuk ku berisi semula dengan sayur-sayuran, sausage dan nugget. Ada beras 5kg dan setin sardin didapur. Ada satu tin biskut di bilik, beberapa RM lagi dan satu perasaan yang sangat sedih.....
Duit RM50 ku telah ku korbankan tadi di Giant....Minta maaf Ibu.....








Hari ini, Sabtu :

Seperti pekerja-pekerja lain yang mendapat gaji, aku pun dapat gaji dari ayah ku. Iyalah, aku praktikal di tempat orang, tapi ayah yang bayar gaji. Ayah, nanti saya belanja ayah becuti ya. Pukul 9 pagi ker bank, keluarkan duit dari ATM. Rasa macam nak menangis kegembiraan bila dapat duit RM50 yang baru!! Duit ku muncul semula! Aku sangat gembira! Seminggu aku makan biskut tuh dengan perasaan pilu dan hiba, hari ini, aku dapat duit tuh semula.
Aku sms abang aku. Abang aku call aku.

Me : Jebs!! Last week kan, saya guna duit RM50 yang ibu bagi tuh. Punyalah saya sedih. Tapi harini, dapat duit RM50 yang baru tuh. Keluar dari ATM machine. Punya gembira!!!

Brader : Bongok!! Kenapa kau guna?!! Duit tuh limited edition!! Sebab tuh dia keluar awal!!

Me : Hah.....?


7 jam selepas itu:

Aku rasa macam nak menangis kesedihann. Duit yang mum aku bagi tuh limited edition rupanya. Duit yang mum aku bagi ada corak di corner sebelah kanan. Duit aku dapat tadi tiada.

 
Ini duit yang aku dapat dari ATM tadi.

 
Ini duit yang mum aku bagi. Sempat aku amik gambar as kenangan arituh. Tgk, ada corak kann dsituuu.


Tadi aku try google. Kemudian aku jumpa ini dari ebay.
  
RM320??!!! Huahhhhh aku betul-betul mau menangis sekarangg!!!!! Yeast ko bongok! Ko memang bongok!





You Are Not Alone

Pagi ini, sampai awal di ofis. Terus on laptop and online. Buka Yahoo.

(O_o)


Michael Jackson, 'King of Pop', dead at 50



Adakah itu benar? Ya itu benar. My condolences to his family and fans.

Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu, di rumah di Taman Nordin, Tawau. Ada poster MJ di bilik.



Then baca blog intanzz td, MJ convert to muslim? Betul ker? Ada juga dengar tapi ingatkan rumour jer. Wallahualam.



Harini dengar radio secara online lagi. Semua pasang lagu MJ. Kenangan tuh.









p/s Sangat 'sakit' hari ini. Rasanya balik nanti aku akan dengar lagu Beyonce and Rihanna jer.
'Jiwang' , selamat kembali ke blog ini.





_____________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

Hatiku Diatas Pinggan

 
Taken by - NotMe

I Need A Rest

Aktiviti penting minggu ini:

  • Edit gambar
  • Edit gambar
  • Siapkan proposal
Aku ada 2 set gambar untuk diedit. 1st gambar rahsiatidakbolehdiberitahu, 2nd gambar sewaktu outstation ke Kota Kinabalu and Tenom. Ada gambar time di Poring Ranau lagi. Gambar time outstation jer pun dah ada 400 keping. Giler aku, main snap jer. Kalau guna camera lomo, dah bankrupt nak beli filem jer. Belum cuci.

Mostly pun gambar bunga, gambar orkid. Ahhhh orkid-orkid tu sangat cantik. Tiba-tiba aku jadi peminat orkid. Kalau aku dapat kerja kat Sabah ne, aku nak buka satu nursery bunga kat sebelah rumah nenek aku kat Tawau tuh. Dia mesti suka, orkid tuh. Tak sabar nak tunjuk kat korang. Tapi nantilah yer...sekarang takder masa...

Badan pun dah sakit-sakit kepenatan. Penat dari last-last week pun tak hilang lagi. Everynight pun tampal koyok. Kalau dapat urutan percuma best juga. Mata pun dah macam panda. Banyak benda nak buat, nak masak time malam pun dah kelamkabut..Nak bercakap pun no mood.

Harap-harap dapat join photography workshop ujung minggu ni. Nasib baik yuran dia murah, but still nak guna duit. Terpaksalah call ayah kesayangan ni nak cover duit yuran.


Aku betul-betul rindu  my mum and my cousin, Sablinaa... Aku harap sangat cousin ku dsini. Ada banyak sangat benda nak cerita dengan dia.
Anyone nak belikan aku tiket pulang balik Sandakan-KL??




p/s entri aku kali ini berwarna-warni pula (sikitlah....)

_____________________________________________________________________

Sedih dengan banyak benda ...
  • Result thesis yang teruk. Cik A**** tuh memang saja dengki tak puas hati nak bagi markah tinggi kan.
  • Camera KonicaMinolta 5mp ku yang semakin tenat. Dan hasil2 gambar yang perlu diretouch dengan banyak....Imagine la, ada pict tu nak sampai 30 min edit...
  • Hal-hal 'sinetron indon' yang memenatkan jiwa dan raga
  • Skin aku sangat dry sekarang....dah nak 3 weeks aku x amik VitC aku. Keadaan panas lagi...ahhhrghh

Saya Sangat Rindu Kamu

Hari ini, aku berbaju kurung ke opis. Harini kan hari Jumaat, mestilah pakai baju kurung ( padahal dah tak ada baju nak pakai...smua kotor...). Agak lama juga aku dah tak update blog. Intanzz pun dah bising2, update blog update blog!! Hehehe yer kak. Actually ada banyak gambar nak kongsi. Tapi banyak sangat sampai tak tahu nak letak mana satu. Maybe one day nanti aku upload semua kat Flickr aku, then boleh lah korang tengok..
Atleast adalah orang view Flickr aku...


So tadi, tengah surf intenet kat opis, tiba-tiba aku dapat sms from my mum. Woo jarang mum aku sms tau. Terharunya. Then dia ckp dia dah masukkan duit ( Hepii!!), dia suruh aku jaga diri jaga kesihatan, then dia ada cakap something yang buat aku terkesima ( Ini harus dirahsiakan..)....... and dia ada cakap pasal ayah aku yang akan kena operate this Monday. Ada ketumbuhan kat mata. Rasanya minor surgery jer.... Tapi bila aku dengar, aku rasa sangat down..

Dahlah memang berapa hari nieh aku rasa sangat down...dan sangat penat. Belakang aku sakit and bahu aku rasa macam nak tertanggal jer. And I miss my family. Bila mum aku sms, aku lagilah miss dia. And bila dia ckp pasal ayah aku....lagilah sangat ......down..? I feel bad... sebab aku jauh agaknya.

Last week dad ngan mum aku ada call and I am so sooo happy sebab mum aku cakap lembut and mesra jer ngan aku. Betapa terharu dan tersentuhnya aku masa tuh...... Kalau lah aku dapat lari, time tuh juga aku lari balik Klang peluk mak aku. Aku rasa aku dah start homesick nieh. So what? Yes, I miss my family!! I miss my home, my room, Klang yg kotor and I miss my cousin Sabrina. I miss my friends, Leeya Rika and Kirah.

And pagi nieh pulak, di saat aku tengah miss semua orang ( including dat person yang mcm dah lupa-lupa aku tuh...), dapat berita yang tak best. Aku sangat down. Sangat sangat. Tak tahu nak describe guna word apa lagi. Damn, aku dah tak ingat when is the last time aku menangis. Time kat KLIA agaknyer... and this morning, I cried like a child.... macam budak yang 1st day kena hantar pegi tadika, and menangis diam-diam sebab nak balik rumah......


Mata aku pun rasa panas jer nieh....better aku stop. Kerja banyak lagi. So, sorry kawan-kawan. Mesti korang harapkan cerita yang gembira dan gambar yang ceria-ceria dari update aku kali nieh kan. Tapi cerita down pula. Siapa tahu, esok ada cerita yang menggembirakan?




Love Your Body with BodyShop

Aku ada 2 kad member Bodyshop, but both of them are useless!!

From 22th May to 15th June, BodyShop ada buat annual sale with up to 70% discount. Love your Body members can get extra 10% discount on the first 3 days. So, as a member, I am so sooo happy when they sent me sms about the promotion. I call my mum, my brother, my dad dengan harapan, pls, deposit me some money. My BS stock dah nak habis nieh, perfume pun dah nak kering. Macam2 dah dalam fikiran, want to buy this, that, this and that. 80% discount, saper nak lepas??

So I went to BodyShop at Bandar KimFung Sandakan. 1st thing I did when I enter that shop is, ask the girl " Members can get extra 10% discount right?" and she said "No". Wuu....?? No? Apa maksud mu? Sms tu cakap boleh apa. Then dia cakap, tuh untuk stores kat West jer. Tak boleh guna at Sabah Sarawak Brunei. Huh?? What is this? Diskriminasi?? And no 70% discount?? HUH apa nieh?? Aku sangat marah!!

Aku dah sangat2 excited pasal benda nieh, dari Khamis lagi, and bila aku pergi dia cakap no 70% discount??? And no extra 10%?? Why?? Why buat promotion nieh when i'm doing my practical at Sabah? Why ?? I'm waiting about 1 year for this promotion, and so many things in my shopping list, and on dat day, aku mampu beli 3 barang jer. Ahhhhhhh I really want dat travel bag with mascara, body wash and gel, vit E moisturiser inside it. NP is RM180 but after 80% discount, harga dia RM48.60 jer!!

Ah marah marah!!! Huhh! So aku kena buat membership baru utk stores kat Borneo, so dah ada dua card. Tapi sedih sebab tak boleh dapat extra discount. So, the 3 items yang aku beli tuh :

  • Lip & Cheek Stain 
  • Vit E Moisturiser Cream
  • Aqua Lily Perfume
How much? Ermm secret lah yer. Heheh sorry no pict dis time. Mem.card handphone kena virus lah. Ughhh semua pict hilang, lagu apa semua. Hate this





p/s will update more secepat yg mungkin. :)

Ai**l, why why???




Damn Miss Ai**l.
Why can't u understand??

That damn fukin journal do not exist!!!


Takder, mu tau dok?? Takdok!!

Hang nak cek cari kat celah mana??
Takkanla nak aku pegi INDON wat kajian kat sana

bawa balik tunjuk kat ko sebuah graph??

Why why? Kenapa ko nak menyusahkan hidup aku?

Aku dah terlalu tensyen ko tau tak?
Kulit muka aku pun
dah tak sehat
nak kuar kedut dah sebab tekanan.


Aku taknak pakai mekap tebal macam kau nanti


Ahhhhhh!!!





*** TAMBAHAN :

Ai**l gilos! Graph yang kau nak tuh takder!!!
Aku dah cakap kat ko banyak kali!!
ko nak aku cari gak, kat mana????
AHhhhh tekanannn!!! Aku nak settle cepat,
ko buat hal!! CC ni dah la panas, tambah aku panas

Ko tau cakap jer kau nak benda tu,
kau tak tak susah ker tak nak cari?
Bukan semua benda yang ko nakkk bleh dapat
pun ko tak paham paham!!
 Fuk arr Miss Ai**l!! 

Tiada Tajuk untuk Entri ini

Apa korang rasa, bila korang dalam satu keadaan yang sangat lemah sebab satu hal ni. Korang sangat depress, sangat tertekan, sangat mendung, dan pada masa tu, korang sangat berharap dekat satu orang ni, yang paling korang rapat, yang paling korang harapkan, yang paling korang perlukan di waktu-waktu keadaan yang lemah tu, untuk temankan korang. Untuk sentiasa ada di sisi korang, supaya korang rasa lagi kuat, walaupun orang ni tidur atau duduk diam diseblah korang. Tapi orang tu plak, macam naik menyampah, naik benci dengan apa-apa benda yang ada kaitan dengan hal tu. Dan membuatkan korang rasa....sorang-sorang. Orang yang korang harapkan, macam dah tak nak sokong korang. Apa korang rasa?

Ataupun aku sorang je yang terasa macam tu sedangkan orang tu okeh jer. Mungkin apa yang aku harapkan dari orang tu , aku tak dapat. Membuatkan aku rasa macam tu. Apa korang rasa?



P/s orang tu bukan batman

Dit Dit Ditt Dit Dit Dittt Ditttt!!!!!

Ini lah asus tersayang ku.



Hari ini, aku send Asus aku untuk diformatkan ke kedai BudgetIt ( no choice..nak budget kan). Aku rasa, Asus aku tak sihat. Akhir-akhir ni, dia selalu batuk-batuk dan demam selesema. Risau juga masa nak tinggalkan asus aku ni. Harap harap dia tak nangis nanti. Abang Budget tu cakap, dalam masa 3 jam siap la. Aku pun pergi minum kopi di warung kopi bedekatan ( macam ada...).

Tunggu punya tunggu, abang budget tak call lagi. Dah masuk kopi ke dua ni. Aku dah mula risau. Aku pun pergilah ke Pusat Alam Setan ( opsss!! Sentral...) itu dengan niat dihati nak melawat asus yang tersayang. Sedih aku bila abang budget kata 'tak siap lagi dik'. Aku pun pergilah minum kopi lagi buat kali ketiga.

Tepat pukul 8 mlm, aku pergi lagi ke Alam Setan itu. Sampai jer aku di muka pintu kedai, abang budget berkata 'Hah mari sini adik. Tengok ini'. Dia sedang melakukan scan. Aku pun menghampiri asus ku.


Ditt Ditt!!
Ditt Ditt!! Hmm......
Dittt Ditttt Dittt Ditttttttt!!
Naik tekanan aku bila si asus tak henti-henti berbunyi.

'Banyak kan virus, dik?' tanya abang budget itu. Huwahhhhh!! Kasihan asus, dah jadi vector pembiakan virus. Bukan virus virus cinta. Si asus masih tak henti-henti berbunyi.

Entah kenapa, aku pun dapat rasa hati aku berbunyi bunyi. Masih banyak virus batman.exe rupanya. Ditt Dittt Dittt Ditttttt!! Patutla asus aku pun banyak virus. Tuannya pun banyak virus. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Hmm sekarang asus dah ada Avira. Aku ada apa?




Cik Bintang, terima kasih kerana menemani ku sepanjang hari. Jangan lupa, telinga CikYeast sentiasa on service untuk anda.


Total Pageviews