Showing posts with label CeritaSukaHati. Show all posts
Showing posts with label CeritaSukaHati. Show all posts

Ying and Yang

Bulan ini agak teruk bagiku sebab :

1. Aku dapat tau ex-tak guna nak kahwin tak lama lagi.
2. Ex-tak guna add tedybear kat FB
3. Handphone kesayangan semakin tenat, keypad memang dah pecah habis....sakit hati nak sms
4. Asus kesayangan pun semakin tenat, sekarang tak boleh on langsung. Adapter dia rosak kut.. sakit hati
5. Duit dah tak ada, tapi semua barang rosak, macam nak suruh beli yang baru sekali gus jer
6. Budak sengal kat tempat kerja dah kembali. Desperado...dah cakap jgn ganggu, masih lagi macam lipan buat-buat comel kat tepi..
7. My favorite adik putus chenta, tp turn out dia minat kat aku plak.....haish



Tapi seperti ying dan yang, bila ada perkara buruk, ada juga perkara yang best berlaku. Antaranya :

1. Dapat pergi Miri, join CT Street Carnival, berkenalan dengan ramai photographer dan pamerkan gambar sendiri. Hi hi
2.Dapat chance untuk amik gambar wedding..
3.Pergi picnic di Table dengan geng karas di SR
4. Akan balik ke klang tak lama lagi. Yahuuu tak sabar
5. Makin tambah sayang kat tedybear....ehhe....

So sekian terima kasih.



Sebenarnya tengah stress nieh. Emo emo.........

Alkisah di Hari Raya

Setelah lima hari meraikan Hari Raya Aidilfitri, apa yang telah terjadi ?


  • Raya pertama, beraya di rumah aunty. Nenek ada disana. Si kazen pun ada disana. Tapi ramai orang yang datang beraya, so kami ahli kelab diraja duduk melepak diluar menunggu tetamu yang datang. Dengan harapan mereka terus bagi kami duit raya, tapi tak ada. Selepas tu, kami pergi ke Ampang. Boleh kira Ampang tuh kampung kami disini. Tiap tahun pun, raya pertama mesti pergi sana. Hari yang sangat menggembirakan sebab aku tak payah masak apa-apa juadah hari raya. Sepanjang hari beraya di rumah orang. Duit raya pun dapat lebih. Hehehe
  • Raya kedua, baru buat open house dirumah. Mak masak prawn green curry. Tiba-tiba aku rasa macam kedekut hari tuh, hidang curry tuh pun letak sikit-sikit jer kat mangkuk. Tapau untuk macik pun macam kedekut jer nak bagi 2 container. Teruk. 
  • Raya ketiga, bawa atuk, nenek, si kazen dan kazen beraya di Ampang lagi. Sebelum tuh singgah di Pavillion, nak bawa atuk nenek jalan-jalan. Pertama kali pergi sebenarnya. Memang high class lah tempat dia. Nak nampak muka melayu, susah sekali. Lagi-lagi yang sedang pakai baju raya. Hahaha kami macam orang sesat. Peduli apa, kami Malaysian apa. 
  • Raya keempat. Aku dah niat awal-awal, kalau dapat banyak duit raya aku nak pergi karaoke dan beli gitar. Duit raya dah cukup, apalagi, bergeraklah dengan pantas ke RedBox Sunway. Pedahal tekak dah sakit, bantai juga menyanyi. Dah lama tak lepas gian. Lagu lama, lagu baru, lagu pra-dangdut, semua kami layan. Lepas karaoke, aku, si kazen, adik dan abang pergi Wendy's Burger. Tapau sudah. Malam nak kenduri lagi kat rumah aunty.
  • Raya kelima. Mak kerja, maksudnya hari bercuti untuk ku. Hahaha tidur pun lewat, semuanya salah si pacik. Ayah bawa pergi makan tengah hari, aku cadangkan makan mee Cina Muslim di Tesco Shah Alam. Sedap! Mee handmade nieh. RM6, penuh satu pinggan. Boleh dua orang makan. Lepastu ayah bawa tengok wayang G-Force. Serius, aku no comment movie ni. Lepastu, aku bawa abang temankan beli gitar. Aku tak kisah, aku nak gitar haritu juga. Cari-cari kat Shah Alam, dapat juga gitar. Tapi 'termahal' sikit lah. Tapi aku suka. Balik rumah terus main-main gitar. Sakit jari, dah merah-merah. Makan malam pun dah tak peduli. Main gitar boleh kenyang. Mesti mak aku mengamuk lepas ni, bertambah lah kemalasan aku nak buat kerja lepas ni. =)

Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Masih belum terlambat nak kumpul duit raya.




Licin kami makan


RM1, duit raya dari abang. Kemut. 



Adrie, pertama kali terlepas from his parents.


Nenek dan atuk


Encik drebar ke Sunway







Konon nak buat pose 'cermin' tapi tak pandai


Masih fail. Practise lagi ya


"My precious" cakap cara Smeagol


Aku kena belasah dua kali

 
Hari ini aku kena belasah dua kali.

Ceritanya bermula seperti ini :


Dua minggu yang lalu, aku pulang ke Klang secara mengejut. Aku bagitahu lah kawan ku si cik leeya ni. Si cik leeya ni pula datang idea setan dia, suruh rahsiakan dari kawan-kawan yang lain, nak buat suprise konon.

Tunggu punya tunggu, hari ni baru dapat keluar. Tempat : Old Town Kopitiam

Tapi problemnyer, cik ika tak nak pergi. Kalau aku ngan cik leeya jer, suprise apa benda tuh? Aku pun datang lah idea anak wayang aku, aku sms cik ika.

"Ika, pegilah buka puasa tuh nanti. Tadi aku call leeya, sian dia, dah nangis2 tuh hah kamu x nak pegi. Dia nak buat suprise tu. Penat dia plan. Pegilah, manatau leeya nak annouce dia nak kawin ker tunang ke apa ker? Aku yang jauh ni dapat jeles2 jerr...." lebih kurang begitu lah bunyi sms aku.

Cik ika percaya abis ni, dan diluar jangkaan aku, dia terus suruh cik kirah and nani pegi sekali. Hah nice!! Sampaikan cik shidah siap pegi opis leeya, nak check, dia okeh ker tak. Sakit perut aku gelak-gelak time atas motor tadi.

So plannnya, nak buat suprise lah ni kat dorang.

Cik Nani :
Cettt! takder feeling langsung minah ni. Aku pakai glasses pun rilek jer dia cam aku. 

Cik Kyra :
Dia sedang membelek-belek buku di MPH.

Yeast : Er...excuse me, nak tumpang lalu..
Kyra : Ops sorry...(terus baca buku lagi)
2 saat after tuh....Kyra menjeling. Buwahahahaha pecah gelak aku kat situ juga. Kyra dengan perut 7 bulan dia, menuju dengan pantas kat aku, kalah mak Jo On, mencubit dan mencekik aku dengan tanggannya (macam WWE ), sambil membebel gaya ibu mengandung. Ouchhh ampus I. Hahahaha nasib baik tak bersalin kyra kat situ. Minah sorang ni memang slamber jer pukul orang kat public. Malu aku tau.......


Cik Ika :
Dia ni lambat lak datang, orang dah abis makan baru nak sampai. Selepas Leeya dapat sms dari Ika, leeya suh aku betapuk (menyorok). Nah betapuk celah mana? Bawah meja? Sebelah perut Kyra? Huhuh terpaksa lah aku baring lentok manja di atas Kyra kesayangan ku ini. 

Dia datang...Jeng Jeng Jeng!!! Dengan muka :|     .........tekejut kut....x kan marah....

Dia duduk depan aku. Dia tengok aku. Dia bangun, dia duduk tepi aku.



"Kau jahat!!! Kau tipu aku...ahh kueng ajor ko" sambil tangannya ligat menumbuk2 peha ku. Ouchh sekali lagi. Maafkan aku Ika, aku tak dapat nak tahan gelak. Buwahahaha sekali lagi. 


Conclusion : Aku sayang korang walaupun possibility untuk aku lebam tuh 30%. Huhuh tak kisah pun. Dah 4 bulan tak jumpa, ko nak dush dush aku pun boleh Ika. Tapi dushhh Leeya dulu. Ini semua angkara dia! Dia yang bersalah! Ahahahahaha

I'm Back!!!

 
Bilik aku dah jadi macam galaksi bimasakti...

Kamu nampak tak??

 
Lokasi : Batu Payung, Tawau

Kamu nampak tak rumah yang bumbung biru gelap tuh? Nampak?
Disitulah aku rumah datuk aku. Rumah tuh atas bukit tau. Dari map ni tak nampak pula. Laut di sebelah tuh pun tak nampak macam laut. Macam air lumpur.

 
Lokasi : Batu Payung, Tawau ( laut biru)

Ini baru lah nampak sikit macam tepi laut. So, start dari esok, bermulalah kehidupan ku di Tawau. Jauh dari talian internet dan FarmBuddy. Uwahh. Ui kawan, ko jemput sa la then bawa jalan-jalan. Hahaha.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan yang belum memeluk Islam, tapi mahu berpuasa. Bagus kepada kamu. Minta maaf juga kepada mereka-mereka yang pernah tersakit hati dengan kata-kata atau apa-apalah yang pernah diucapkan atau dilakukan oleh tukang tulis blog ini. 


Akhir kata, datanglah rumah atap bumbung biru tua tuh time raya yer. =)

Aku nak makan ketam lagi

=)

Aku happy. Why? Tidak tahu. Biarlah aku happy. Bukan selalu. Hari ni aku nak senyum-senyum macam orang gila. Peduli apa orang mau cakap. Yang penting aku happy. Muahahahahaha ( Ini dah macam org gila ni.....).


Satu bulan ni rasa macam sangat cepat. Pergi outstation sana sini, pegi Trusmadi lah, Tabin lah, kesian pula bantal busuk aku ditinggalkan. Tiada orang peluk dia. Wuwuwu I know. I miss you to my bantal.Nda pa, next week outstation di Tawau aku bawa ko. Nda kan lepas lagi. Outstation lama ni. Hahaha

Dis week is my last week in Sandakan. Dah nak habis practical rupanya. Hahaha cepat kan? Yang funny dah, last week ni lah baru busy berjalan, kesana dan kesini, makan itu dan ini, main itu dan ini. Pergi makan stimbot lah, seafood lah, pasar malam lah, main bowling lah. Puas aku berjalan di waktu malam. Huhuh. Dah 3 bulan baru aku dapat makan ketam. Kesian. Iyalah, si kawan baru ada kereta. Dialah tukang drive ke sana dan kesini. Thanks fren. Kalau tidak, nda makan ketam lah aku. So next target? Buah Tarap!!


Owh ya, hari tu aku main bowling. Jakun kan? Hehehe. Macam dah 5 tahun lebih aku tak main bowling wehh. Sekali dapat main haritu, fuhh licin parit tuh aku kerjakan. Asyik masuk parit jer bola tuh. Tapi ada juga yang kena tau. Aku mengejar point. Kalau ada 5 round lagi, maybe En Hashim ngan si kawan pun kalah. Kan kan kann Starz? Hehehehe. Kesian dehh.


So, ada 3 hari lagi untuk berenjoy sakan di Sandakan. Aku ingat nak pegi tapekong di atas bukit tuh (tak ingat nama lak..), tapi haritu tutup. And tak sempat pun amik gambar. Wa cakap sama lu, Tokong Cina tuh cantek!! Kalau ko amik gambar kat gerbang pintu dia, sure orang ingat ko kat Beijing.


Owh, dan dalam perjalanan balik sewaktu di kereta si kawan, di waktu malam, di kala malam sedang sunyi, dan rakan-rakan yang lain sudah menidurkan diri, tiba-tiba aku terdengar lagu ini. Sungguh sayu hatiku mendengarnya. Dan kini menjadi melodi ku di waktu siang dan malam. Atukoi! Punyalah ayat. Hehehe. Actually aku terdengar lagu ni kat kereta. First time dengar, aku dah betul-betul masuk dengan lagu tu. Entah lah, terkena pada diri sendiri kut. So aku nak share lah lagu ni, biar kamu tahu isi hatiku. Ecehhh...Padahal, Kakyong cakap lagu ni dah lama. Hehehe. 



Owh ya, I miss you.





p/s actually  ada banyak gambar2, tapi semua pun di camera starz. nantilah curik sikit dari dia. Hehehe

ini bukan BENTO



Hari ini aku bawa bekal dalam bekas yang extra large dari hari biasa. Sejak seminggu ini, penyakit lapar ku semakin menjadi-jadi. Baru 10 minit sampai di ofis, aku sudah lapar. Pergi kantin beli kuih, 30 mins after that lapar lagi. Sudah makan tenghari pun lapar lagi. Boleh cakap most of the time pun aku lapar. Gila. Macam ada bibi ja. Sott ko ros. Ada banyak bibi CACING kali. Ya, maybe aku patut beli ubat cacing. Mungkin itulah penyebab utama kepada penyakit kelaparan tahap dewa yang ku alami ne.


Sudah la tiada duit langsung in the pocket now (ada 10 cent ja...). Kan bagus kalau ada ATM machine di luar kantin ni. Memang aku lah pengunjung setia 24jam kantin macik tuh.


So, ini hari aku bawa bekal ( consider Bento ka tuh? ) dalam tupperware yang lebih besar, with extra rice (1 pot beras aku bedal sendiri), dengan 4 jenis lauk yang disimpan dalam esbok, tinggal kasi panas ja. Ada ayam masak lemon, sardin yang dimasak semula (aku bukanlah pemalas terus makan sardin dari tin), sayur kobis dimasak with nugget <-- entah apa jenis resepi ni, dan sambal ikan bilis bernilai RM11 yang dimasak oleh my mum. LOL. Rm11. Kesian ko jebonz. Hahaha sayang ko bah. Next time menderma lagi ya.



Boleh makan 3 kali bekal aku ni. Tadi pun 10.30 sudah start Phase I. Sedang aku sedap-sedap makan sambil duduk bersila di kerusi besar, sambil melayan FB dan mendengar Hitz, tiba-tiba Supervisor aku masuk secara mengejut. Baru datang kerja. Mau tesangkut nasi di tekak aku. Hahaha senyum kambing sajalah. Dia pun sengih-sengih macam faham dengan penyakit student dia yang sekor ne.





So, aku sudah stop Phase 1. Tapi aku rasa lapar lagi lah. Should I continue with Phase II now? Hmm...





__________________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

Sudah Jam 3 Petang!!


Masa untuk minum petang!! Begini lah hari-hari. Kalau tidak puasa dan ada duit, jam 3 petang jer akan terus menuju ke kantin disebelah building ofis ku ini. Sudah semestinya pisang goreng yang panas-panas sedang menanti. Rm1 dapat 5 biji. Huhh bahagianya hidup bila makan di Sabah ni.


Aku rasa, tidak lama lagi mesti akan dapat komplen dari Section lain. Asal pukul 3 petang jer, dah licin pisang goreng di kantin budak-budak Seed Section borong. Hahahah. Imagine lah, macik kantin tuh goreng pun dalam 20 biji jer. Datang aku and RA sorang ne, dah RM2 kiteorang pajak. Slalunyer kiteorang lah tukang bagi licin. Harini, 3 orang budak BijiBenih borong pisang goreng. Terus licin, pacik kat blakang pun tengok-tengok tahan kecewa. Hahaha nasib baik macik kantin datang bawa pisang yang baru digoreng. Kalau tak, memang esok keluar Memo

"Mulai hari ini dihadkan boleh membeli 3 biji pisang goreng sahaja"





__________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

Bungkusan PosLaju Untuk CikYeast


"Hello. Cik Yeast ka neh?"

"Iya, ini saya"

"Nah, ada sudah bungkusan untuk ko ne. Sini lah ko amik di pentadbiran"

"Okeh, saya datang sekarang ya"



Tersenyum.


Hahahaha bungkusan yang aku tunggu dah sampai. Mum aku kirimkan food untuk aku. Hahah sukanya. Dari semalam aku tunggu. Sampai nak puasa ini hari pun, perut meragam jer.


Wuwuwu terharunya aku bila ambil bungkusan tuh dari Encik Ben. Rasa macam nak menangis pun ada. Bungkusan dari Klang Selangor ne. From my mum tuh. Wuwuwu miss my mummy.


Jebzz, kasitau ibu bungkusan telah selamat diterima. Mesti ko yang kena bayar Rm11 lebih tu kan. Hohohoho



CikYeast
3.58pm, 26th Jun
Sepilok


________________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

Trip Sandakan-KK-Tenom Pt 1

 Sorry for the late report!

Yes, last three week ( yeker? ) aku mengikuti supervisor, SV aku outstation ke Kota Kinabalu and Tenom selama 4 hari. Sebanyak 5 kereta bergerak secara konvoi dari Forest Research Centre Sandakan. Lebih kurang pukul 10 pagi gitu. Sangat mengejutkan, aku tak mabuk pula! Hahahahaha. Mungkin sebab aku dah telan pil Chi Kit Teck Aun awal-awal. Thanks Uncle Teck. hahaha entah sapa tuh.

So, after berehat dan makan di Telupid, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring di Ranau. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2 petang. Hajat dihati kami hendak melawat Lab Tissue Culture disana. Aku sempat lagi mengambil gambar dan membeli somthing di kedai2 tepi jalan di luar Poring tuh. 

Then, kami pun sampai ke Lab Tissue Culture tu dan disambut mesra oleh staff-staff nya. Sorg tu org Jepun, tp muka dia x macam Jepun. Tp dia ckp Melayu mmg slang org Jepun. Huhuh sangat comel. Kawaii!! Kami diberi penerangan about how to culture the seed, how to make the media, how they do they treatment on the seed. And the way they produce their media mmg berbeza dengan apa yang kami slalu buat. Dorang guna air pili jer untuk wash the seed and just pour the clorox. Memang cara dorang 'sempoi' abislah. (Sebenarnya aku dh lupa apa yg dorg letak tuh, heheh...)


Selesai lawatan di sana, kami pun dibawa ke Taman Orchid di sana. Orkid-orkid dia memang cantik. Ada yang aku tak pernah nampak pun ( Memang lahh!! sejak bila ko suka tengok orkid?). Aku ada amik gambar, tapi banyak tak jadi....yer lah, hutan kan, gelap. Flash camera 5mp I tak cukup kuat. Huhuhu. So malas nak tunjuk. Taman tuh agak luas. Lebih kurang sejam lebih kami kat dalam tuh.


Habis urusan, kami pun bergerak kerana malam itu akan stay di Kota Kinabalu. So mesti cepat, takut jalan ular gelap. Pukul 4.30 kami bergerak dari Poring. Tak sempat pun mandi-mandi kat situ. Poring sangat famous tau? Kenapa? nantilah aku buat review ehh

Pukul 6.30, kami dah sampai ker Kota Kinabalu. Aku lalu 1Borneo. Hahaha macam batak jer terus sms abie "Abie abie aku lalu 1B. Ada TheAlient!" hahaha kesian orang nak makan donut. Tapi en Tajuddin tak stop pun. Ahhhh... geram. Then pegi HSBC sebab sv aku nak kuarkan duit. Then nampak lah graffiti kat wall building seblah HSBC tu. Huhuh cute plak. Kemudian, kami ker KFC untuk tapau makanan sebelum ker hotel. Sempat lagi nampak ada satu tempat tuh kan. Ouwch Ouwchhh. Kemudian kami terus ke Palace Hotel kerana SV ku nak stay kat sana. Dia cakap dia slalu stay kat sana and hotel tuh sangat selesa. Kami pun iya jerlah, kami kan penumpang. Hehehe. Tapi hotel tuh memang cun ar. Suka tengok interior design dia. Room dia pun best. Lantai dia wood, ada LCD flatten TV,  dua single bed and theme dia merah putih . =)

Hahaha so apa lagi, habis jer makan, terus layan main PS2. Inilah budak-budak yang dh lama tinggal dalam hutan. Kesian SV aku, dia dah la flu, nak tido pun susah. Nasib baik tak kena halau. Pasang PS2 pun reti main Guitar Hero III jer. Hahaha macam rockers!!


So enjoy lah the picture ehh.
 
Sabah, Poring

  
Katak vs Monyet

  
  
  
Sabah Land Below The Wind

  
Keychain2

  
  
  
Poring Hot Spring, Ranau

  
Pokok yg baru germinate

  
Lot of flasks

  
Can u see what I see?

  
  
Jackie!!

  
Ash dan Ku~~ ^^


 
  
  
  
  
Taking pict with Ku ^^ (sengal.....)

  
  
  
Sv ku at Palace Hotel
 








______________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

I Need A Rest

Aktiviti penting minggu ini:

  • Edit gambar
  • Edit gambar
  • Siapkan proposal
Aku ada 2 set gambar untuk diedit. 1st gambar rahsiatidakbolehdiberitahu, 2nd gambar sewaktu outstation ke Kota Kinabalu and Tenom. Ada gambar time di Poring Ranau lagi. Gambar time outstation jer pun dah ada 400 keping. Giler aku, main snap jer. Kalau guna camera lomo, dah bankrupt nak beli filem jer. Belum cuci.

Mostly pun gambar bunga, gambar orkid. Ahhhh orkid-orkid tu sangat cantik. Tiba-tiba aku jadi peminat orkid. Kalau aku dapat kerja kat Sabah ne, aku nak buka satu nursery bunga kat sebelah rumah nenek aku kat Tawau tuh. Dia mesti suka, orkid tuh. Tak sabar nak tunjuk kat korang. Tapi nantilah yer...sekarang takder masa...

Badan pun dah sakit-sakit kepenatan. Penat dari last-last week pun tak hilang lagi. Everynight pun tampal koyok. Kalau dapat urutan percuma best juga. Mata pun dah macam panda. Banyak benda nak buat, nak masak time malam pun dah kelamkabut..Nak bercakap pun no mood.

Harap-harap dapat join photography workshop ujung minggu ni. Nasib baik yuran dia murah, but still nak guna duit. Terpaksalah call ayah kesayangan ni nak cover duit yuran.


Aku betul-betul rindu  my mum and my cousin, Sablinaa... Aku harap sangat cousin ku dsini. Ada banyak sangat benda nak cerita dengan dia.
Anyone nak belikan aku tiket pulang balik Sandakan-KL??




p/s entri aku kali ini berwarna-warni pula (sikitlah....)

_____________________________________________________________________

Sedih dengan banyak benda ...
  • Result thesis yang teruk. Cik A**** tuh memang saja dengki tak puas hati nak bagi markah tinggi kan.
  • Camera KonicaMinolta 5mp ku yang semakin tenat. Dan hasil2 gambar yang perlu diretouch dengan banyak....Imagine la, ada pict tu nak sampai 30 min edit...
  • Hal-hal 'sinetron indon' yang memenatkan jiwa dan raga
  • Skin aku sangat dry sekarang....dah nak 3 weeks aku x amik VitC aku. Keadaan panas lagi...ahhhrghh

Ketepi! Ketepi! Konvoi FRC sudah kembali!


=)



Esok aku akan jalan.... Jalan-jalan ke luar Sandakan.
Esok aku tak keje...Sebab aku nak jalan-jalan. Jalan-jalan di luar Sandakan. 

Hahahahaha. Sebenarnya, esok aku akan ikut trip Forest Research Centre,FRC ke Nursery Site di Binsuluk ( mana nieh..?) dan Sabah Agricultural Park di Tenom. Dari hari esok (Selasa) sampailah ke Sabtu. Hahaha bestnya. Baru practical dah kena bawa outstation. Batak juga aku nieh kan. Hohohoh

Aku takderlah excited sangat pun nak pergi, entahla kenapa. Sebab masalah RM kut. Lol. Tapi bila aku tengok2 kat web pasal Sabah Agricultural Park tuh tadi, macam sangat menarik pula. Berkeluasan lebih daripada 1500 hektar, pastu ada Tenom Orchid Park lagi. Ada lebih dari 1000 jenis orchid tuh! Camera seharusnya menjadi wajib untuk dibawa! ( aku berdoa semoga aku tak terlupa untuk bawa cam...)
Sekarang, aku sangat excited! Then esok akan singgah ke Poring lagi. Wuhuuu!! Tapi mesti tak dapat mandi kat sana. Esok malam stay kat KK, harap-harap sampai awal. Boleh pegi mall beli donut Big Apple. Aku sangat kempunan nak makan The Alient. Aku takkan balik Sandakan selagi tak makan donut itu.


So, korang nantikan jerlah yer diari (hahahaha diari nehh...) aku minggu depan. Aku akan update, dengan cerita-cerita yang menarik dan tak menarik, dan semestinya gambar!!


Hahahah cepatlah hari esok. Esok konvoi 5 kereta, naik kereta FRC yang color putih tu, sangat lah smart. Tak ker macam artis jer nanti bila jalan, lalu-lalu jalan yang kecil itu. 

Yai cepatlah hari nieh berakhir.  Hohohoh







Love Your Body with BodyShop

Aku ada 2 kad member Bodyshop, but both of them are useless!!

From 22th May to 15th June, BodyShop ada buat annual sale with up to 70% discount. Love your Body members can get extra 10% discount on the first 3 days. So, as a member, I am so sooo happy when they sent me sms about the promotion. I call my mum, my brother, my dad dengan harapan, pls, deposit me some money. My BS stock dah nak habis nieh, perfume pun dah nak kering. Macam2 dah dalam fikiran, want to buy this, that, this and that. 80% discount, saper nak lepas??

So I went to BodyShop at Bandar KimFung Sandakan. 1st thing I did when I enter that shop is, ask the girl " Members can get extra 10% discount right?" and she said "No". Wuu....?? No? Apa maksud mu? Sms tu cakap boleh apa. Then dia cakap, tuh untuk stores kat West jer. Tak boleh guna at Sabah Sarawak Brunei. Huh?? What is this? Diskriminasi?? And no 70% discount?? HUH apa nieh?? Aku sangat marah!!

Aku dah sangat2 excited pasal benda nieh, dari Khamis lagi, and bila aku pergi dia cakap no 70% discount??? And no extra 10%?? Why?? Why buat promotion nieh when i'm doing my practical at Sabah? Why ?? I'm waiting about 1 year for this promotion, and so many things in my shopping list, and on dat day, aku mampu beli 3 barang jer. Ahhhhhhh I really want dat travel bag with mascara, body wash and gel, vit E moisturiser inside it. NP is RM180 but after 80% discount, harga dia RM48.60 jer!!

Ah marah marah!!! Huhh! So aku kena buat membership baru utk stores kat Borneo, so dah ada dua card. Tapi sedih sebab tak boleh dapat extra discount. So, the 3 items yang aku beli tuh :

  • Lip & Cheek Stain 
  • Vit E Moisturiser Cream
  • Aqua Lily Perfume
How much? Ermm secret lah yer. Heheh sorry no pict dis time. Mem.card handphone kena virus lah. Ughhh semua pict hilang, lagu apa semua. Hate this





p/s will update more secepat yg mungkin. :)

Orang Tawau Balik Kampung


Yes! Aku dah selamat sampai ke kampung aku, Batu Payung. Batu Payung? Yer nama kampung aku Batu Payung, terletak di batu 9. Kalau korang dari bandar Tawau, bila sampai kat batu 6 Jalan Apas, korang masuk simpang ke kanan. Seingat-ingat aku, ada cerita disebalik nama kampung aku nieh. Tapi aku tak berapa ingat, jadi tak dapat nak cerita kat kamu. Minta maaf lah yer. Kamu kena datang ke sini sendiri tanya orang-orang kampung. Tapi kalau dulu aku boleh nampak dengan jelas satu batu yang strukturnya seperti payung di tetpi pantai. 

Aku suka kampung aku, sebab kampung aku ni betul-betul sebelah laut. Walaupun laut dia tak jernih macam di laut Sipadan, kira baguslah juga ada laut. Ada juga hasil pendapatan hidup penduduk-penduduk kat sini. Rumah atuk lah yang paling best kat kampung ni. Rumah dia terletak atas bukit. Bawah bukit tu ada jalan raya, dimana ada rumah kat sebelah jalan raya. Belakang rumah tu pulak memang pantai. Jadi korang bayangkan jerlah, rumah atuk aku diatas bukit dan menghadap laut!! (Rumitnyer penjelasan aku)


Kalau kat Klang dulu, aku sangat susah nak bangun awal. Tapi kat sini, aku bangun pukul 6!! Secara automatiknya!! Fuhh hebat tak hebat. Mungkin pada korang pukul 6 tak lah awal sangat. Tapi pada aku, itu satu rekod! On the first day, bila aku bangun jer, aku nampak keadaan yang terang dari tingkap, aku terus bangun dan berlari ke luar beranda, sebab nak tengok laut! (Hari sebelumnnya, aku sampai malam, jadi tak dapat tengok laut) Semangat tak semangat. Hari berikutnya pun macam tu. Hahaha atuk aku pun dah tau rutin aku untuk seminggu tuh. Best bila bangun awal, keadaan yang sunyi, sejuk sejuk, tengok laut yang tenang, ada beberapa boat kecil yang dah mula bergerak, then kadang-kadang nampak tupai berlari berkejaran. Aman damai sungguh. Kalau korang tak percaya, silalah datang ke kampung aku. Cari rumah atas bukit berhadapan dengan laut. =P


Owh aku lupa nak cerita, hari sebelumnya tu, bila aku sampai jer ke kampung, aunty muda aku bawa jalan-jalan ke bandar. Ada Stacy katanya. Kami pun pergilah. Rupa-rupanya ada grand ceremony untuk opening Plaza Estern kat Tawau nieh. So adalah artis-artis yang buat persembahan. Antaranya Patrick Dicky, Victor Teo (aku rasalah...), Amber Chia dan yang paling dinanti of course la Stacy! 

Punyalah ramai umat manusia waktu tuh. Korang bayangkan, bangunan 3 tingkat tuh penuh dengan manusia. Nak bergerak pun susah. Aku rasa ini first time aku pergi tempat yang sangat sesak macam tuh. Tapi menarik juga sebenarnya. Boleh tengok macam2 ragam manusia. Aku pun semangat lah keluarkan kamera bagak aku tuh nak amik gambar. Bila aku on, Arghhhh!!!! Lupa bawak memory card...... So amik guna hp jer lah. Tapi hp aku tak boleh zoom! Tak apalah....

So, just enjoy lah beberapa gambar yang ada nieh yer  :)
 Betapa ramainya peminat Stacy ;)

 
Tepi-tepi pun penuh dengan orang


 
  
Burung dating dekat rumah atuk aku


 
Buat kuch kuch hota hai kat sini pun boleh


 
Tangga naik ke atas rumah


 
Burung main cak cak


 
Tangki air dan sarang si kubing


Kemudian, atuk aku bawa jalan-jalan kat bandar Tawau. Banyak juga perubahan kat sana. Dah banyak blok baru. Cinema pun dah ada. Hahaha. Yang penting, KFC lama masih beroperasi. Sebelum tu, atuk aku belanja makan dekat Taman Semarak. Makan kat gerai jer. Tapi aku sangat terkejut bila tengok papan menu dia. Nasi Campur 3 Lauk hanya RM3.50! Korang bebas nak pilih apa lauk jer pun. RM3.50?!!  Jimat tak jimat. Aku amik lauk ikan satu, sayur satu dekat Sek 8, Shah Alam mau RM6 sepinggan. Fuhh.....


Tawau punya cinema

 
Pasar Tanjung Tawau


 
Aku makan Bakso Daging hari tuh


 
Suka aku tengok banyak plat kereta ST


 
KFC lama. Tapi ayam goreng dia kurang hebat dah

 
Keadaan biasa di tepi pasar



Nanti next time aku upload gambar si Kubing plak. Kubing tuh musang peliharaan nenek aku :)


Total Pageviews