Showing posts with label Borneo. Show all posts
Showing posts with label Borneo. Show all posts

Kamu nampak tak??

 
Lokasi : Batu Payung, Tawau

Kamu nampak tak rumah yang bumbung biru gelap tuh? Nampak?
Disitulah aku rumah datuk aku. Rumah tuh atas bukit tau. Dari map ni tak nampak pula. Laut di sebelah tuh pun tak nampak macam laut. Macam air lumpur.

 
Lokasi : Batu Payung, Tawau ( laut biru)

Ini baru lah nampak sikit macam tepi laut. So, start dari esok, bermulalah kehidupan ku di Tawau. Jauh dari talian internet dan FarmBuddy. Uwahh. Ui kawan, ko jemput sa la then bawa jalan-jalan. Hahaha.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan yang belum memeluk Islam, tapi mahu berpuasa. Bagus kepada kamu. Minta maaf juga kepada mereka-mereka yang pernah tersakit hati dengan kata-kata atau apa-apalah yang pernah diucapkan atau dilakukan oleh tukang tulis blog ini. 


Akhir kata, datanglah rumah atap bumbung biru tua tuh time raya yer. =)

Trip Sandakan-KK-Tenom Pt 1

 Sorry for the late report!

Yes, last three week ( yeker? ) aku mengikuti supervisor, SV aku outstation ke Kota Kinabalu and Tenom selama 4 hari. Sebanyak 5 kereta bergerak secara konvoi dari Forest Research Centre Sandakan. Lebih kurang pukul 10 pagi gitu. Sangat mengejutkan, aku tak mabuk pula! Hahahahaha. Mungkin sebab aku dah telan pil Chi Kit Teck Aun awal-awal. Thanks Uncle Teck. hahaha entah sapa tuh.

So, after berehat dan makan di Telupid, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring di Ranau. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2 petang. Hajat dihati kami hendak melawat Lab Tissue Culture disana. Aku sempat lagi mengambil gambar dan membeli somthing di kedai2 tepi jalan di luar Poring tuh. 

Then, kami pun sampai ke Lab Tissue Culture tu dan disambut mesra oleh staff-staff nya. Sorg tu org Jepun, tp muka dia x macam Jepun. Tp dia ckp Melayu mmg slang org Jepun. Huhuh sangat comel. Kawaii!! Kami diberi penerangan about how to culture the seed, how to make the media, how they do they treatment on the seed. And the way they produce their media mmg berbeza dengan apa yang kami slalu buat. Dorang guna air pili jer untuk wash the seed and just pour the clorox. Memang cara dorang 'sempoi' abislah. (Sebenarnya aku dh lupa apa yg dorg letak tuh, heheh...)


Selesai lawatan di sana, kami pun dibawa ke Taman Orchid di sana. Orkid-orkid dia memang cantik. Ada yang aku tak pernah nampak pun ( Memang lahh!! sejak bila ko suka tengok orkid?). Aku ada amik gambar, tapi banyak tak jadi....yer lah, hutan kan, gelap. Flash camera 5mp I tak cukup kuat. Huhuhu. So malas nak tunjuk. Taman tuh agak luas. Lebih kurang sejam lebih kami kat dalam tuh.


Habis urusan, kami pun bergerak kerana malam itu akan stay di Kota Kinabalu. So mesti cepat, takut jalan ular gelap. Pukul 4.30 kami bergerak dari Poring. Tak sempat pun mandi-mandi kat situ. Poring sangat famous tau? Kenapa? nantilah aku buat review ehh

Pukul 6.30, kami dah sampai ker Kota Kinabalu. Aku lalu 1Borneo. Hahaha macam batak jer terus sms abie "Abie abie aku lalu 1B. Ada TheAlient!" hahaha kesian orang nak makan donut. Tapi en Tajuddin tak stop pun. Ahhhh... geram. Then pegi HSBC sebab sv aku nak kuarkan duit. Then nampak lah graffiti kat wall building seblah HSBC tu. Huhuh cute plak. Kemudian, kami ker KFC untuk tapau makanan sebelum ker hotel. Sempat lagi nampak ada satu tempat tuh kan. Ouwch Ouwchhh. Kemudian kami terus ke Palace Hotel kerana SV ku nak stay kat sana. Dia cakap dia slalu stay kat sana and hotel tuh sangat selesa. Kami pun iya jerlah, kami kan penumpang. Hehehe. Tapi hotel tuh memang cun ar. Suka tengok interior design dia. Room dia pun best. Lantai dia wood, ada LCD flatten TV,  dua single bed and theme dia merah putih . =)

Hahaha so apa lagi, habis jer makan, terus layan main PS2. Inilah budak-budak yang dh lama tinggal dalam hutan. Kesian SV aku, dia dah la flu, nak tido pun susah. Nasib baik tak kena halau. Pasang PS2 pun reti main Guitar Hero III jer. Hahaha macam rockers!!


So enjoy lah the picture ehh.
 
Sabah, Poring

  
Katak vs Monyet

  
  
  
Sabah Land Below The Wind

  
Keychain2

  
  
  
Poring Hot Spring, Ranau

  
Pokok yg baru germinate

  
Lot of flasks

  
Can u see what I see?

  
  
Jackie!!

  
Ash dan Ku~~ ^^


 
  
  
  
  
Taking pict with Ku ^^ (sengal.....)

  
  
  
Sv ku at Palace Hotel
 








______________________________________________________
The day you finally decide to love me will be the day after the day I have given up on chasing you

Orang Tawau Balik Kampung


Yes! Aku dah selamat sampai ke kampung aku, Batu Payung. Batu Payung? Yer nama kampung aku Batu Payung, terletak di batu 9. Kalau korang dari bandar Tawau, bila sampai kat batu 6 Jalan Apas, korang masuk simpang ke kanan. Seingat-ingat aku, ada cerita disebalik nama kampung aku nieh. Tapi aku tak berapa ingat, jadi tak dapat nak cerita kat kamu. Minta maaf lah yer. Kamu kena datang ke sini sendiri tanya orang-orang kampung. Tapi kalau dulu aku boleh nampak dengan jelas satu batu yang strukturnya seperti payung di tetpi pantai. 

Aku suka kampung aku, sebab kampung aku ni betul-betul sebelah laut. Walaupun laut dia tak jernih macam di laut Sipadan, kira baguslah juga ada laut. Ada juga hasil pendapatan hidup penduduk-penduduk kat sini. Rumah atuk lah yang paling best kat kampung ni. Rumah dia terletak atas bukit. Bawah bukit tu ada jalan raya, dimana ada rumah kat sebelah jalan raya. Belakang rumah tu pulak memang pantai. Jadi korang bayangkan jerlah, rumah atuk aku diatas bukit dan menghadap laut!! (Rumitnyer penjelasan aku)


Kalau kat Klang dulu, aku sangat susah nak bangun awal. Tapi kat sini, aku bangun pukul 6!! Secara automatiknya!! Fuhh hebat tak hebat. Mungkin pada korang pukul 6 tak lah awal sangat. Tapi pada aku, itu satu rekod! On the first day, bila aku bangun jer, aku nampak keadaan yang terang dari tingkap, aku terus bangun dan berlari ke luar beranda, sebab nak tengok laut! (Hari sebelumnnya, aku sampai malam, jadi tak dapat tengok laut) Semangat tak semangat. Hari berikutnya pun macam tu. Hahaha atuk aku pun dah tau rutin aku untuk seminggu tuh. Best bila bangun awal, keadaan yang sunyi, sejuk sejuk, tengok laut yang tenang, ada beberapa boat kecil yang dah mula bergerak, then kadang-kadang nampak tupai berlari berkejaran. Aman damai sungguh. Kalau korang tak percaya, silalah datang ke kampung aku. Cari rumah atas bukit berhadapan dengan laut. =P


Owh aku lupa nak cerita, hari sebelumnya tu, bila aku sampai jer ke kampung, aunty muda aku bawa jalan-jalan ke bandar. Ada Stacy katanya. Kami pun pergilah. Rupa-rupanya ada grand ceremony untuk opening Plaza Estern kat Tawau nieh. So adalah artis-artis yang buat persembahan. Antaranya Patrick Dicky, Victor Teo (aku rasalah...), Amber Chia dan yang paling dinanti of course la Stacy! 

Punyalah ramai umat manusia waktu tuh. Korang bayangkan, bangunan 3 tingkat tuh penuh dengan manusia. Nak bergerak pun susah. Aku rasa ini first time aku pergi tempat yang sangat sesak macam tuh. Tapi menarik juga sebenarnya. Boleh tengok macam2 ragam manusia. Aku pun semangat lah keluarkan kamera bagak aku tuh nak amik gambar. Bila aku on, Arghhhh!!!! Lupa bawak memory card...... So amik guna hp jer lah. Tapi hp aku tak boleh zoom! Tak apalah....

So, just enjoy lah beberapa gambar yang ada nieh yer  :)
 Betapa ramainya peminat Stacy ;)

 
Tepi-tepi pun penuh dengan orang


 
  
Burung dating dekat rumah atuk aku


 
Buat kuch kuch hota hai kat sini pun boleh


 
Tangga naik ke atas rumah


 
Burung main cak cak


 
Tangki air dan sarang si kubing


Kemudian, atuk aku bawa jalan-jalan kat bandar Tawau. Banyak juga perubahan kat sana. Dah banyak blok baru. Cinema pun dah ada. Hahaha. Yang penting, KFC lama masih beroperasi. Sebelum tu, atuk aku belanja makan dekat Taman Semarak. Makan kat gerai jer. Tapi aku sangat terkejut bila tengok papan menu dia. Nasi Campur 3 Lauk hanya RM3.50! Korang bebas nak pilih apa lauk jer pun. RM3.50?!!  Jimat tak jimat. Aku amik lauk ikan satu, sayur satu dekat Sek 8, Shah Alam mau RM6 sepinggan. Fuhh.....


Tawau punya cinema

 
Pasar Tanjung Tawau


 
Aku makan Bakso Daging hari tuh


 
Suka aku tengok banyak plat kereta ST


 
KFC lama. Tapi ayam goreng dia kurang hebat dah

 
Keadaan biasa di tepi pasar



Nanti next time aku upload gambar si Kubing plak. Kubing tuh musang peliharaan nenek aku :)


Total Pageviews