Aku dah tak minat nak berSMS sebab :
- jari aku dah malas nak bergerak-gerak sambil menekan-nekan keypad handphone yang dah pecah
- kalau dah berSMS, selalunya akan berlanjutan sampai 1 jam keatas, yang mana aku rasa sungguh malas sekali
- aku dah malas, atau senang cakap tidak yakin dengan apa-apa jenis hubungan yang berkembang dalam telefon. Contohnya: Orang yang kita tak pernah jumpa, atau jumpa sekali dua, tapi menjadi akrab disebabkan aktiviti SMS. Malas!! Nak borak meh jumpa, kita lepaking makan-makan.
- sebab terakhir, aku just MALAS.
Aku tak kisah handphone aku bisu atau koma. Aku rasa aman. So kalau ko nak delete number aku, silakan saja delete. Tak payah nak cakap " aku memang senang nak delete no orang, especially pompuan =)" *ko bajet ko ensem la cakap macam tu siap letak muka senyum*
Okeh, hati dah lega sebab dapat luahkan. Ces aku, macam orang itu baca.