Selamat Berhari Raya dan Puasa Enam

Tadi, sewaktu sedang sibuk menaip untuk blog, mak aku masuk ke bilik dengan tiba-tiba.


Dengan nada yang sedikit nyaring, dia marah-marah.


Mak : Boleh ka ko tolong off tuh computer? Sudah mau... bla bla bla...besok last sahur, bla bla bla... boleh ko pegi masak nasi kah?


Me : Hah? Besok last sahur? Eh? So Ahad ni raya?


Mak : Ya lah, kau ingat bila?


Me : Bukan hari Selasa? 22hb? Bukan....?


Mak : Hari Ahad!




Apa?? Ahad ini Raya? Maksud aku, Ahad iaitu besok kepada hari ini, Raya??
Tapi aku ingatkan raya tuh pada hari Selasa, 22hb. Aku tak tengok TV tadi, jadi aku dah ter'limpas' pengumuman Penyimpan Mohor-Mohor Besar Diraja tuh (betulker?). 


Macammana ni? Baju raya pun aku masih belum ada. Belum beli. Sebenarnya tunggu datuk bawakan baju yang ditempah jahit dari kampung. Tapi datuk datang hari Isnin. Jadi, aku tak ada baju raya? 


Kasut raya? Tudung raya? Duit raya? Semua pun belum ada. 


Esok mesti hari masak-memasak rendang dan macam-macam lagi. Hari yang sibuk dan amat memenatkan. Sekarang dah nak masuk pukul 3 pagi dan aku belum tidur lagi. Lepas sahur nanti mesti mak tak bagi sambung tidur sebab nak suruh tolong prepare untuk raya. Lepas tu terus pergi ke rumah makcik dan main masak-masak disana. Mesti sampai malam, sebab nak susun kuih dalam balang lagi, anyam daun ketupat, masukkan duit raya dalam paket duit, blender bawang dan serai, potong-potong ayam dan daging, buat kek coklat.


Aku penat...Penat tadi tak hilang lagi. Tulang belakang pun dah bengkok dan sakit-sakit. Menyesal aku layan Farmville tadi. Bagus aku tidur dan rehat tadi. Kad raya pun tak design lagi. Macam mana nak publish dekat blog dan facebook? Tunggu kejap yer, aku design yang simple saja. 



sila right click dan open 


Oleh itu, aku ingin mengatakan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat.
Juga Selamat Bercuti kepada mereka yang bukan muslim, tapi silalah meraikan perayaan ini bersama-sama.


Aku juga ingin memohon AMPUN dan MAAF kepada mereka-mereka yang pernah aku terlukakan hati mereka secara sengaja dan tidak sengaja. Juga kepada 'orang itu', aku ingin meminta maaf atas semua kesalahan aku. Aku harap kau tak benci aku. 




Sekian

Deko bersama Yeast!

Hi


Aku nak ubahsuai blog aku lah. Kalau boleh, nak ubah suai 100%.
Sekarang aku sedang memeras otak untuk mengeluarkan idea-idea bernas yang boleh diguna pakai dalam proses pengubahsuaian ini.


Perkara-perkara yang harus aku lakukan :
1. Cari nama blog yang baru. Antara nama-nama yang aku dah terfikir :
     - Blog Anak Pak Amit
     - Rosmah Punya Blog
     - Rosmah Anak Pak Amit
     - Yis Sudah Mati
     - Blog Anak Bugis Yang Patah Hati


  Ahh bosan. Mungkin malam ini aku boleh bermimpi nama blog yang baru.


2. Menukar URL blog yang baru dan haruslah dipengaruhi oleh tajuk/nama blog yang baru.


3. Background baru. Aku ingat nak guna kan warna putih sebagai non-feature wall. Dan color yang gelap sebagai feature wall. Atau pun sebaliknya. Hmm... Sejak bila blog aku ada wall ? 


4. Aku nak create banner yang baru. Bosan lah guna gambar sendiri sebagai banner. Macam poster syok-sendiri kena gantung dalam bilik pula aku tengok. Nak guna idea lagi nih. Alangkah bagus kalau aku ada tablet, boleh conteng-conteng banner yang ceria. Guna mouse, tangan aku keras sangat.


5. Skill penulisan yang baru. Atau lebih jujur kalau aku cakap, skill penulisan sewaktu aku di tingkatan empat dan penggunaan bahasa yang sama. Bukannya apa, aku ni ada masalah dengan bahasa sekarang. Penyakit bahasa campuran. Otak aku terlalu confius dengan pelbagai bahasa sehingga aku susah nak mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk dikatakan. Atau kesimpulannya, banyak merapu. Tolonglah Rosmah, kau masuk sekolah balik lah. Mesti Cikgu Eminem kecewa dengan kau sekarang. Pergi buka buku Komsas.




Aku rasa setakat itu sajalah perancangan aku sekarang ini. Aku akan ubahsuai blog ini secepat mungkin, tengoklah kemampuan otakku untuk berfikir. 
Mungkin setelah semua hal-hal ini selesai :
     - Perayaan Hari Raya Aidilfitri
     - Selesai menghantar resume dan mencari kerja part-time
     - Graduate sebagai penanam sayur yang berjaya di BarnBuddy dan 
       Farmville


Aku ingat nak panggil Eric Leong tolong ubahsuai blog ini lah. Deko bersama Eric episod 11.

Shitty Day

3 a.m
Ahad, 13th September 09

Permulaan hari yang teruk. Mungkin aku patut melarikan diri. Buang segala maklumat cyber aku, no telefon, facebook, myspace and bla bla bla... Balik ke dunia realiti. Tapi tinggalkan blog ini untuk aku. Aku malu dan kesian dengan diri sendiri. Ketawa dengan diri sendiri. Entah berapa kali ko membodohkan diri sendiri wahai si penulis blog ini. Tapi hari ini memang teruk. Aku betul-betul tak sangka hati aku boleh jadi sakit seperti ini lagi....Tapi lebih sakit. Macam kena tembak, tapi berulang-ulang kali. Gila...

What a shitty day...




EnchikYangTahuSiapaDirinya, aku pinjam lagu ko kejap sebagai lagu tema hari ini.








K . E . N . A . P . A

Aku tak faham. 

Aku rasa dah lebih dari seribu kali aku fikirkan pasal 'kenapa'. Sejak haritu lagi. Tapi masih lagi aku tak faham. Pelbagai sebab dah aku fikirkan, mengkaji peratusan kebarangkalian logiknya 'kenapa' itu terjadi. Tapi aku masih lagi tak faham. Atau sebab otak aku dah jadi tersangat dungu, dikaburkan dengan memori dan harapan yang semakin tak jelas? Seperti lirik lagu Stacy ( Pakai Buang ), aku tertanya-tanya juga : "Kenapa bah kau berubah?". Kelakar sebenarnya lirik tu. Tak sangka, Stacy mengekalkan ciri Sabahan nya dalam lagu tuh.

Aku sudah boleh menerima hal itu, tapi ada masanya, aku betul-betul keliru dan tidak faham. Membuatkan aku rasa .....boleh tak kamu semua bayangkan rasa itu? Rasa seperti tidak puas hati, sedih, kecewa dan...aku tak tahu macammana nak tulis.

She had the world - Panic at the Disco. Lagu ini kawan aku yang bagi. Pada mulanya aku kurang faham apa point dia bagi lagu ni. Aku fahamkan lirik dia. Betul-betul aku rasa sedih.

She said she'd won the world at a carnival
But she couldn't ever win me

Aku bagitau dia, aku rasa sedih bila aku dah faham lagu ni. Dia cakap, dia tujukan lagu ni dekat semua peminat dia, dengan niat nak bagitahu secara tersirat yang 'kamu tak boleh menang aku'. But hey! Aku bukan rasa sedih sebab kamu. Aku tak kisah pun pasal kamu. Tapi sebab dia. Dia yang buat aku tak faham. Mungkin betul, he don't love me, he just passing the time. Satu hakikat yang harus aku terima. Tapi tik tik tik, waktu berdetik.. dan kamu tak tahu hancurnya hatiku... jadi diriku yang masih cinta.

Banyak lirik pula dalam post aku kali ni. Ada orang kata :

When words fail, music speaks


Tapi aku masih juga mendermakan perkataan dan ayat di blogger.com ini.

Ada masanya aku rasa ingin berjumpa dengannya, bertentang mata dengannya dan ...

"Kenapa...?"

Tapi aku terpaksa diamkan. Sebab, ada kalanya diam itu lebih baik daripada berkata. Tapi betulkah apa yang aku buat ni? Adakah diam itu lebih bagus untuk aku? Mungkin aku harus biarkan masa yang menentukan segalanya.

Aku kena belasah dua kali

 
Hari ini aku kena belasah dua kali.

Ceritanya bermula seperti ini :


Dua minggu yang lalu, aku pulang ke Klang secara mengejut. Aku bagitahu lah kawan ku si cik leeya ni. Si cik leeya ni pula datang idea setan dia, suruh rahsiakan dari kawan-kawan yang lain, nak buat suprise konon.

Tunggu punya tunggu, hari ni baru dapat keluar. Tempat : Old Town Kopitiam

Tapi problemnyer, cik ika tak nak pergi. Kalau aku ngan cik leeya jer, suprise apa benda tuh? Aku pun datang lah idea anak wayang aku, aku sms cik ika.

"Ika, pegilah buka puasa tuh nanti. Tadi aku call leeya, sian dia, dah nangis2 tuh hah kamu x nak pegi. Dia nak buat suprise tu. Penat dia plan. Pegilah, manatau leeya nak annouce dia nak kawin ker tunang ke apa ker? Aku yang jauh ni dapat jeles2 jerr...." lebih kurang begitu lah bunyi sms aku.

Cik ika percaya abis ni, dan diluar jangkaan aku, dia terus suruh cik kirah and nani pegi sekali. Hah nice!! Sampaikan cik shidah siap pegi opis leeya, nak check, dia okeh ker tak. Sakit perut aku gelak-gelak time atas motor tadi.

So plannnya, nak buat suprise lah ni kat dorang.

Cik Nani :
Cettt! takder feeling langsung minah ni. Aku pakai glasses pun rilek jer dia cam aku. 

Cik Kyra :
Dia sedang membelek-belek buku di MPH.

Yeast : Er...excuse me, nak tumpang lalu..
Kyra : Ops sorry...(terus baca buku lagi)
2 saat after tuh....Kyra menjeling. Buwahahahaha pecah gelak aku kat situ juga. Kyra dengan perut 7 bulan dia, menuju dengan pantas kat aku, kalah mak Jo On, mencubit dan mencekik aku dengan tanggannya (macam WWE ), sambil membebel gaya ibu mengandung. Ouchhh ampus I. Hahahaha nasib baik tak bersalin kyra kat situ. Minah sorang ni memang slamber jer pukul orang kat public. Malu aku tau.......


Cik Ika :
Dia ni lambat lak datang, orang dah abis makan baru nak sampai. Selepas Leeya dapat sms dari Ika, leeya suh aku betapuk (menyorok). Nah betapuk celah mana? Bawah meja? Sebelah perut Kyra? Huhuh terpaksa lah aku baring lentok manja di atas Kyra kesayangan ku ini. 

Dia datang...Jeng Jeng Jeng!!! Dengan muka :|     .........tekejut kut....x kan marah....

Dia duduk depan aku. Dia tengok aku. Dia bangun, dia duduk tepi aku.



"Kau jahat!!! Kau tipu aku...ahh kueng ajor ko" sambil tangannya ligat menumbuk2 peha ku. Ouchh sekali lagi. Maafkan aku Ika, aku tak dapat nak tahan gelak. Buwahahaha sekali lagi. 


Conclusion : Aku sayang korang walaupun possibility untuk aku lebam tuh 30%. Huhuh tak kisah pun. Dah 4 bulan tak jumpa, ko nak dush dush aku pun boleh Ika. Tapi dushhh Leeya dulu. Ini semua angkara dia! Dia yang bersalah! Ahahahahaha

Kau reject aku, aku reject dia

Kau reject aku, aku reject dia, dia reject si polan, si polan di reject si anonymous

Macam sinetron indon, sekarang aku dah start faham sedikit apa rasanya orang yang mereject seseorang. Sebelum ni, aku yang kena reject. Sebenarnya, tak lah best pun reject/tolak orang nieh. Buat aku serba salah, susah hati dan sakit hati pada masa yang sama. Macam penjahat. Tapi nak buat macam mana, kalau tak buat, nanti lagi susah. Lagi kesian dekat dia tuh.

Tapi kau pernah rasa macam tuh tak bila ko reject aku? Kalau yer, mesti kau pun rasa susah masa tu kan? Yer susah, lagi lagi bila orang dah reject, masih lagi manusia ni tak faham2. Aku dah guna cara paling sopan, sebab dia tuh kawan, tapi masih lagi dia tuh memekakkan telinga, membutakan mata. Aku bukan perempuan dia. Sakit hati aku bila dia cakap aku perempuan dia. Sebab aku bukan. Hati aku ada kat kau! Tapi aku tak pernah kejar-kejar kau bila kau sisihkan aku. Kenapa dia tak macam tuh?

Dia tuh pun satu. Dulu dia kejar si polan. Bila si polan nak dia, tiba-tiba dia cari aku. Dia nak apa dari aku? Hati dan perasaan aku ada kat kau! Bukan kat orang lain. Ingat senang-senang nak suka orang lain?  Aku sayang si polan. Dia macam adik aku. Kalau boleh, aku nak buat keputusan yang senang untuk semua orang. Tapi sekarang ni, semua pun tak menjadi. Aku dah nak gila. Takkan aku nak lari pergi NZ? Memang aku nak pegi sana, tapi duit aku tak cukup lagi nak lari ke sana.

Aku harap-harap, dia nanti boleh faham. Hal kasih dan sayang macam begini mana boleh paksa. Aku harap dia boleh terima macam bila kau tolak aku. Aku redha. 
Ini bukan cerita batman.

I'm Back!!!

 
Bilik aku dah jadi macam galaksi bimasakti...

Total Pageviews