Penyakit bila tidak bekerja

Kenapa aku benci cuti atau menganggur?
Bila tidak bekerja, maksudnya lebih masa/terlalu banyak masa untuk teringat kat dia.. rindu pun lebih. Jadi otak dan minda selalu diserang dengan bayangannya. Hati pun teringin nak sms dia selalu jer. FB pun kalau boleh taknak logout, manatau dia online. Arghh macam orang angau. Mesti kawal diri.

Okeh, mari kita keluar hari ini cuci mata jalan-jalan cari makan lagi. Pergi Ikea makan meatball dan jalan-jalan amik gambar. Semoga berjaya untuk diri sendiri.

:)

Trip menyelamatkan asus II

Dari sebuah tempat yg bernama bukit kuda berbekalkan duit rm100. Rm100 untuk beli adapter dan belanja2? Uwawa mana cukup! Kemudian kami dturunkan di ktm subang. Atas jasa baik abangku, dia hulur rm50. Yahuu! Boleh breakfast di starbuck! Lol. Mati aku kena hantar balik tawau. Dan sewaktu menanti train, sedang aku dan sabrina breakfast karipap angin, TIBA-TIBA.....sabrina kena bom da...oleh osama junior da. Tepat-tepat di ibu jarinya...euwww. [Bersambung lagi, penulis muntah.....]

Trip menyelamatkan asus I

Sudah seminggu lebih, si asus tak bangun-bangun. Aku risau, gundah memikirkannya. Kenapa kau tak bangun wahai si asus? Ececeh ayat macam novel. Patutla asus aku koma, tak tahan dengar bebelan drama sinetron tuannya agaknyer. Jadi, seperti kata-kata diatas, asus aku ada masalah sekarang. Rasanya problem dengan adapter. So dah seminggu tak boleh buka. Ai rindu photoshop. Rindu lagu sabrina. So harini aku nekad nak pergi lowyat! Cari adapter tuk selamatkan asus! Bermula la perjalanan ini dari...[bersambung]

Budak batak testing buat entry guna hengpong

I love my tedybear!!!! :D

Ying and Yang

Bulan ini agak teruk bagiku sebab :

1. Aku dapat tau ex-tak guna nak kahwin tak lama lagi.
2. Ex-tak guna add tedybear kat FB
3. Handphone kesayangan semakin tenat, keypad memang dah pecah habis....sakit hati nak sms
4. Asus kesayangan pun semakin tenat, sekarang tak boleh on langsung. Adapter dia rosak kut.. sakit hati
5. Duit dah tak ada, tapi semua barang rosak, macam nak suruh beli yang baru sekali gus jer
6. Budak sengal kat tempat kerja dah kembali. Desperado...dah cakap jgn ganggu, masih lagi macam lipan buat-buat comel kat tepi..
7. My favorite adik putus chenta, tp turn out dia minat kat aku plak.....haish



Tapi seperti ying dan yang, bila ada perkara buruk, ada juga perkara yang best berlaku. Antaranya :

1. Dapat pergi Miri, join CT Street Carnival, berkenalan dengan ramai photographer dan pamerkan gambar sendiri. Hi hi
2.Dapat chance untuk amik gambar wedding..
3.Pergi picnic di Table dengan geng karas di SR
4. Akan balik ke klang tak lama lagi. Yahuuu tak sabar
5. Makin tambah sayang kat tedybear....ehhe....

So sekian terima kasih.



Sebenarnya tengah stress nieh. Emo emo.........
Bila kita cakap, kita dah boleh lupakan dia, dan tak rasa sakit bila tahu pasal dia, sebenarnya kita tipu...

Aku masih dapat rasa bila tahu hal mereka berdua....

Damn. I need more ice blended green tea......

Belajar tulis blog semula

Baru 2 hari masuk bekerja, dah tak sabar nak kira detik untuk jalan sekali lagi. Kali ni bukan setakat jalan ke dalam negeri atau negeri jiran, tapi ke seberang terus. Tapi bukan Kalimantan yer.. nak balik Klang. Wuhuu!!

Setelah hampir 9 bulan menetap di Tawau, sekejap bekerja, sekejap menganggur, kemudian bekerja balik, tapi tak juga pandai kaya-kaya, almaklum gaji kat sini rendah sikit. Aku masih juga belum dapat kerja tetap. Sedih.

Tapi sepanjang 9 bulan ini, aku banyak kenal kawan-kawan baru. Kawan-kawan tukang gambar yang best. Contoh nya geng karas di KK dan geng belum karas sepenuhnya di Tawau. ekekeke. Tapi aku banyak belajar 9 bulan nieh. Mendalami lagi ilmu photography. Now I am ready to be a great photographer! err....aku tak maksudkan aku dah hebat, maksud aku, aku dah ready untuk belajar lagi menjadi photographer hebat!

Lagi 12 hari...ya 12 hari. Aku akan pulang ke Klang. Lepas itu boleh la aku tengok wayang puas-puas. Panasss beb baca review kat blog abang aku. Aku pun nak tengok movie! Lepas tu boleh pegi makan puas-puas. Subway, Meatball di Ikea, Seoul Garden, bah kamu tunggu lah kedatangan ku. Lepas tu boleh lepak puas-puas dengan abang and kazen-kazen ku kat kedai mamak. I miss them so much! Mengumpat, ber. gosip, gelak-gelak, buat lawak.... Lepas tu boleh karaoke puas-puas. Yiehahh! Dan lepas tu, aku nak mendalami lagi street photography.

Tapi aku masih berharap dapat tawaran kerja tetap....Insyaallah...

Total Pageviews