Repekan orang bosan takder keje yang buat-buat busy
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
13:14
Nak cerita pasal apa? Wa pun tak tahu. Bohsan chot. Tak tau nak buat apa. So, mari kita jalan-jalan outing amik gamba. Tp nk amik gmba saper, amik gamba apa? Wa tak tau lahh weyh. Waa busan ni. Mau pulang lah tido kt hotel lah baru best. Jomz weh. Jomm ler huhuh. Nak tido lah. Huhu amender aku cakp nieh. Wa tak tau la. Ni repekan minah yg tgh bosan, kt majlis kenduri org, sdg menanti dn takder geng, sbb wa sorg jer minah kt sini weh. So wa tak tau nak buat apa. Hahahah mcm hampeh punya ayat. Okieh dokie chow
kumpulan :
RepekanYeast
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
14:11
Sungguh.......sakitnya hati! Hancur robekku bila org tu ckp "sorryla dik, smua file tak dapat diselamatkan" uwarghhhh tidak!! Gambar-gambar ku. GAMBAR ku!! Gambar kat miri, gambar wedding, gambar kawan-kawan, gambar smua makanan tuh. Arghhh sakit hati. Perasaan macam duit 10k kena bakar hidup-hidup secara live kat depan mata. Terima kasihla penternak virus yang baik hati sangat derma kat laptop aku. Korang memang dermawan. Lepas ni aku nak jadi kejam. THIS IS MY PROPERTY! Beharga tau gambar-gambar dalam tu ;( seperti nilai emas-emas yang ada di gua.
Wuwuwuwuwu.....
Wuwuwuwuwu.....
kumpulan :
CeritaPatahHati,
RepekanYeast
Art Nude vs Playboy Pose
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
15:57
Photography adalah seperti keropok Twisties yang bermacam-macam perisa. Ada perisa BBQ, Curry, Chicken, Tomato dan macam-macam lagi kalau kau orang tengok kat 7-E. Begitu jugalah dengan photography nieh, ada macam-macam cabang. Photojournalism, street photography, editing and graphic, sports photography, portrait, high fashion wedding dan banyak lagi lah. Kalau boleh letak kat rak 7-E tuh penuh juga. Dan salah satunya ada lah bidang fine art nude. Sejujur-jujurnya, aku sangat minat dengan art nude photography nieh. Sebab aku rasa hasil dia hebat, macam mana dia nak manipulasikan badan dan struktur badan manusia itu, supaya menghasilkan satu gambar yang sangat mendalam, classic, dan misteri. Aku tak rasa orang yang minat art nude nieh gatal miang dan sangap. Lain lah kalau dia melihat dengan niat yang lain, niat yang terpesong, itu tanya pada diri sendiri lah adakah anda seorang yang miang?
Kat Malaysia ni memang susah sikit nak terima gambar-gambar art nude nieh walaupun dah lama dipraktikkan secara serong oleh remaja-remaja kita, tak kira bangsa, tua atau muda. Siap ada video lagi weyh. Tapi itu hasil rejected, bukan untuk kerja profesional. Tapi kalau ko tanya tukang amik gambar profesional kat Malaysia nieh, rasanya dorang pun tak heran. Semua pun dah pernah masuk bidang fine art nude photography. Dan tak salah untuk mereka-mereka yang lain, nak meningkatkan ilmu dan pengalaman masing-masing, dengan cuba memasuki ke bidang tuh. Tapi kalau iya pun, betul-betul lah buat weyh. Kasi lah ada seni dalam gambar tuh. Kalau setakat ko amik gambar model, pakai selimut, pakai bikini, pakai tube dan mini skirt, pastu dok tayang kat facebook, tag orang sana-sini, pastu cakap "ehh saya cuba-cuba jer" baik tak payah. Cuba-cuba untuk apa? Ko nak mantapkan skill apa kat situ? Directing? Posing? Semua tuh ko boleh praktikkan masa amik gambar potrait atau wedding. Tak payah nak pakai bikini pun. Kalau nak kata untuk amik gambar fashion, tutup-tutup sikit pakai kain batik atau sari kan lagi elok. Ada macam-macam cari lagi untuk kita praktikkan ilmu photography nieh.
Aku pernah tengok hasil kerja Amri Ginang, dia ada shoot satu gambar pompuan yang naked, eh tak, pakai seluar dalam jer. Aku rasa dia ada job dengan lingerie punya company tuh. Dengan lighting yang hebat, posing yang relax dan sederhana, tapi bermakna, aku rasa gambar tu sangat berjaya untuk konsep art nude. Compare dengan beberapa orang tuh yang shoot gambar model pakai bikini, pose semua ala-ala majalah Mangga a.k.a Playboy Malaysia, seolah-olah nak tambah collection untuk sendiri makan dan ambil kesempatan jer. Baik simpan jer kat dalam laptop, tak payah upload. Kalau nak orang review, buatlah TT dengan geng-geng sangap anda. Sekian terima kasih. Hanya pendapat dari orang amatur.
kumpulan :
Photography
Cukup sudah!
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
12:06
Ya, cukup sudah dengan view gambar orang sambil jeles. Daripada sibuk sakit hati sendiri a.k.a jeles a.k.a tercabar, baik ko start buka photoshop, gi buat gambar-gambar ko yang dah makin banyak kat dalam asus mu itu.
Dulu bukan main, sibuk komplen tak cukup masa nak buat editing and bla bla bla. Sekarang dah terlebih banyak masa tak nak pula buat. *wuwuwu kena marah ngan diri sendiri*
So peminat-peminat sekalian,*lol macam lah ada*, nantikan hasil karya ku. Ow yer, aku memang seorang yang kaki edit. Memang dari asal, aku naik sebagai seorang yang main editing. Sekarang baru belajar basic dalam photography ni. Huhuhu newbie abiss....
Dulu bukan main, sibuk komplen tak cukup masa nak buat editing and bla bla bla. Sekarang dah terlebih banyak masa tak nak pula buat. *wuwuwu kena marah ngan diri sendiri*
So peminat-peminat sekalian,*lol macam lah ada*, nantikan hasil karya ku. Ow yer, aku memang seorang yang kaki edit. Memang dari asal, aku naik sebagai seorang yang main editing. Sekarang baru belajar basic dalam photography ni. Huhuhu newbie abiss....
Kita breakfast dulu....helo exkeus me. dah masuk lunch time
kumpulan :
RepekanYeast
Penyakit bila tidak bekerja
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
11:20
Kenapa aku benci cuti atau menganggur?
Bila tidak bekerja, maksudnya lebih masa/terlalu banyak masa untuk teringat kat dia.. rindu pun lebih. Jadi otak dan minda selalu diserang dengan bayangannya. Hati pun teringin nak sms dia selalu jer. FB pun kalau boleh taknak logout, manatau dia online. Arghh macam orang angau. Mesti kawal diri.
Okeh, mari kita keluar hari inicuci mata jalan-jalan cari makan lagi. Pergi Ikea makan meatball dan jalan-jalan amik gambar. Semoga berjaya untuk diri sendiri.
:)
Bila tidak bekerja, maksudnya lebih masa/terlalu banyak masa untuk teringat kat dia.. rindu pun lebih. Jadi otak dan minda selalu diserang dengan bayangannya. Hati pun teringin nak sms dia selalu jer. FB pun kalau boleh taknak logout, manatau dia online. Arghh macam orang angau. Mesti kawal diri.
Okeh, mari kita keluar hari ini
:)
kumpulan :
RepekanYeast
Trip menyelamatkan asus II
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
10:25
Dari sebuah tempat yg bernama bukit kuda berbekalkan duit rm100. Rm100 untuk beli adapter dan belanja2? Uwawa mana cukup! Kemudian kami dturunkan di ktm subang. Atas jasa baik abangku, dia hulur rm50. Yahuu! Boleh breakfast di starbuck! Lol. Mati aku kena hantar balik tawau. Dan sewaktu menanti train, sedang aku dan sabrina breakfast karipap angin, TIBA-TIBA.....sabrina kena bom da...oleh osama junior da. Tepat-tepat di ibu jarinya...euwww. [Bersambung lagi, penulis muntah.....]
kumpulan :
MasihJiwang,
RepekanYeast
Trip menyelamatkan asus I
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
09:38
Sudah seminggu lebih, si asus tak bangun-bangun. Aku risau, gundah memikirkannya. Kenapa kau tak bangun wahai si asus? Ececeh ayat macam novel. Patutla asus aku koma, tak tahan dengar bebelan drama sinetron tuannya agaknyer. Jadi, seperti kata-kata diatas, asus aku ada masalah sekarang. Rasanya problem dengan adapter. So dah seminggu tak boleh buka. Ai rindu photoshop. Rindu lagu sabrina. So harini aku nekad nak pergi lowyat! Cari adapter tuk selamatkan asus! Bermula la perjalanan ini dari...[bersambung]
kumpulan :
RepekanYeast
Subscribe to:
Posts (Atom)
