Love Your Body with BodyShop

Aku ada 2 kad member Bodyshop, but both of them are useless!!

From 22th May to 15th June, BodyShop ada buat annual sale with up to 70% discount. Love your Body members can get extra 10% discount on the first 3 days. So, as a member, I am so sooo happy when they sent me sms about the promotion. I call my mum, my brother, my dad dengan harapan, pls, deposit me some money. My BS stock dah nak habis nieh, perfume pun dah nak kering. Macam2 dah dalam fikiran, want to buy this, that, this and that. 80% discount, saper nak lepas??

So I went to BodyShop at Bandar KimFung Sandakan. 1st thing I did when I enter that shop is, ask the girl " Members can get extra 10% discount right?" and she said "No". Wuu....?? No? Apa maksud mu? Sms tu cakap boleh apa. Then dia cakap, tuh untuk stores kat West jer. Tak boleh guna at Sabah Sarawak Brunei. Huh?? What is this? Diskriminasi?? And no 70% discount?? HUH apa nieh?? Aku sangat marah!!

Aku dah sangat2 excited pasal benda nieh, dari Khamis lagi, and bila aku pergi dia cakap no 70% discount??? And no extra 10%?? Why?? Why buat promotion nieh when i'm doing my practical at Sabah? Why ?? I'm waiting about 1 year for this promotion, and so many things in my shopping list, and on dat day, aku mampu beli 3 barang jer. Ahhhhhhh I really want dat travel bag with mascara, body wash and gel, vit E moisturiser inside it. NP is RM180 but after 80% discount, harga dia RM48.60 jer!!

Ah marah marah!!! Huhh! So aku kena buat membership baru utk stores kat Borneo, so dah ada dua card. Tapi sedih sebab tak boleh dapat extra discount. So, the 3 items yang aku beli tuh :

  • Lip & Cheek Stain 
  • Vit E Moisturiser Cream
  • Aqua Lily Perfume
How much? Ermm secret lah yer. Heheh sorry no pict dis time. Mem.card handphone kena virus lah. Ughhh semua pict hilang, lagu apa semua. Hate this





p/s will update more secepat yg mungkin. :)

Orang Tawau Balik Kampung


Yes! Aku dah selamat sampai ke kampung aku, Batu Payung. Batu Payung? Yer nama kampung aku Batu Payung, terletak di batu 9. Kalau korang dari bandar Tawau, bila sampai kat batu 6 Jalan Apas, korang masuk simpang ke kanan. Seingat-ingat aku, ada cerita disebalik nama kampung aku nieh. Tapi aku tak berapa ingat, jadi tak dapat nak cerita kat kamu. Minta maaf lah yer. Kamu kena datang ke sini sendiri tanya orang-orang kampung. Tapi kalau dulu aku boleh nampak dengan jelas satu batu yang strukturnya seperti payung di tetpi pantai. 

Aku suka kampung aku, sebab kampung aku ni betul-betul sebelah laut. Walaupun laut dia tak jernih macam di laut Sipadan, kira baguslah juga ada laut. Ada juga hasil pendapatan hidup penduduk-penduduk kat sini. Rumah atuk lah yang paling best kat kampung ni. Rumah dia terletak atas bukit. Bawah bukit tu ada jalan raya, dimana ada rumah kat sebelah jalan raya. Belakang rumah tu pulak memang pantai. Jadi korang bayangkan jerlah, rumah atuk aku diatas bukit dan menghadap laut!! (Rumitnyer penjelasan aku)


Kalau kat Klang dulu, aku sangat susah nak bangun awal. Tapi kat sini, aku bangun pukul 6!! Secara automatiknya!! Fuhh hebat tak hebat. Mungkin pada korang pukul 6 tak lah awal sangat. Tapi pada aku, itu satu rekod! On the first day, bila aku bangun jer, aku nampak keadaan yang terang dari tingkap, aku terus bangun dan berlari ke luar beranda, sebab nak tengok laut! (Hari sebelumnnya, aku sampai malam, jadi tak dapat tengok laut) Semangat tak semangat. Hari berikutnya pun macam tu. Hahaha atuk aku pun dah tau rutin aku untuk seminggu tuh. Best bila bangun awal, keadaan yang sunyi, sejuk sejuk, tengok laut yang tenang, ada beberapa boat kecil yang dah mula bergerak, then kadang-kadang nampak tupai berlari berkejaran. Aman damai sungguh. Kalau korang tak percaya, silalah datang ke kampung aku. Cari rumah atas bukit berhadapan dengan laut. =P


Owh aku lupa nak cerita, hari sebelumnya tu, bila aku sampai jer ke kampung, aunty muda aku bawa jalan-jalan ke bandar. Ada Stacy katanya. Kami pun pergilah. Rupa-rupanya ada grand ceremony untuk opening Plaza Estern kat Tawau nieh. So adalah artis-artis yang buat persembahan. Antaranya Patrick Dicky, Victor Teo (aku rasalah...), Amber Chia dan yang paling dinanti of course la Stacy! 

Punyalah ramai umat manusia waktu tuh. Korang bayangkan, bangunan 3 tingkat tuh penuh dengan manusia. Nak bergerak pun susah. Aku rasa ini first time aku pergi tempat yang sangat sesak macam tuh. Tapi menarik juga sebenarnya. Boleh tengok macam2 ragam manusia. Aku pun semangat lah keluarkan kamera bagak aku tuh nak amik gambar. Bila aku on, Arghhhh!!!! Lupa bawak memory card...... So amik guna hp jer lah. Tapi hp aku tak boleh zoom! Tak apalah....

So, just enjoy lah beberapa gambar yang ada nieh yer  :)
 Betapa ramainya peminat Stacy ;)

 
Tepi-tepi pun penuh dengan orang


 
  
Burung dating dekat rumah atuk aku


 
Buat kuch kuch hota hai kat sini pun boleh


 
Tangga naik ke atas rumah


 
Burung main cak cak


 
Tangki air dan sarang si kubing


Kemudian, atuk aku bawa jalan-jalan kat bandar Tawau. Banyak juga perubahan kat sana. Dah banyak blok baru. Cinema pun dah ada. Hahaha. Yang penting, KFC lama masih beroperasi. Sebelum tu, atuk aku belanja makan dekat Taman Semarak. Makan kat gerai jer. Tapi aku sangat terkejut bila tengok papan menu dia. Nasi Campur 3 Lauk hanya RM3.50! Korang bebas nak pilih apa lauk jer pun. RM3.50?!!  Jimat tak jimat. Aku amik lauk ikan satu, sayur satu dekat Sek 8, Shah Alam mau RM6 sepinggan. Fuhh.....


Tawau punya cinema

 
Pasar Tanjung Tawau


 
Aku makan Bakso Daging hari tuh


 
Suka aku tengok banyak plat kereta ST


 
KFC lama. Tapi ayam goreng dia kurang hebat dah

 
Keadaan biasa di tepi pasar



Nanti next time aku upload gambar si Kubing plak. Kubing tuh musang peliharaan nenek aku :)


Mr Bean naik MAS

Last week (lalala aku nak cerita juga), aku naik kapal terbang MAS buat sekian lamanya. Dah asyik AirAsia jer yang jual murah. So, pada Ahad yang lepas, selepas bersalaman peluk keluarga dan nangis, aku pun masuk la ke Balai Menunggu di KLIA tu (betulker nama balai tu?). Mak aku pesan, berlakon sikit. Jangan buat beg tu nampak berat sangat. Aku pun cuba. Tapi macam mana? Satu beg sorong, beg galas, dan sling bag yang penuh dengan muatan terpaksa aku angkut dari escalator hinggalah ke gate A8. Fuhh mau patah badan aku mengangkat. Dengan muka blur + nervous + excited nak balik kampung (nak naik MAS sebenarnya). First time aku naik kapal terbang sorang-sorang :)

Aku pun naik la ke dalam kapal terbang. Letak beg, duduk, tarik nafas...Fuhhh... Nasib baik takder yang terlepas. Lalalala. Seat aku di tepi tingkap, bersebelahan dengan pintu kecemasan. Jadi, tiada kerusi didepan aku. Macam mana aku nak makan nanti? Kenalah move pegi kerusi sebelah ni. Selepas berapa minit penerbangan, pramugara yang kacak itu datang dan bertanya ...

"Adik yang comel lagi manis nie nak makan apa?Ada nasi goreng dengan satay daging, ada nasi goreng dengan satay ayam." (Betul dia cakap macam tu... aku tak tipuuuu...).....aku tersipu-sipu malu mendengarnya. 
Dia pun beredar selepas itu. Aku buka tali pinggang, ready untuk bangun. Kemudian aku tenampak pacik di row sebelah. Mana datang meja kecik tu? Dia bawa sendiri ker? Aku pun tengok-tengok kerusi aku. Tak ader pun. Nasib baik aku pandai sikit. Aku buka pemegang kerusi di sebelah kiri tu. Owhh ada meja lah dalam kerusi! Tapi nampaknya aku tak lah pandai sangat. Sebab aku tak tau mcm mana nak keluarkan meja tuh.....Aku tarik tarik, tak juga keluar. Setelah mencuba selama 5 minit, akhirnya aku BERJAYA!!! Yeahh dah boleh makan!!!

Takder tunggu tunggu, aku terus jer makan. Zapp!!! Fuh licin. Hebatkan aku makan? Perjalanan selama hampir 3 jam itu adalah amat membosankan. Kerana tiada musik yang menemani aku. Disebabkan aku kurang pandai, aku tak on pun handphone lepas itu walaupun aku dah set flight mode awal-awal lagi. Boleh on handphone ker tak? Wuwuwuwu aku mana tau. Nanti jatuh kang kapal terbang tu.
Selepas kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Tawau,  aku pun angkat la beg yang berat tu. Beg itu sangat berat sehinggakan time aku angkat, beg tuh jatuh! Nasib baik jatuh kat kerusi....klu kat lantai tak ker malu. Pada masa itu aku dapat merasakan banyak mata yang melihat! Tak aper....control Yeast. Control jer.
Okeh, aku pun berjalan keluar sambil mengheret beg aku. Sampai di luar, huh....nasib aku kurang baik hari ini. Lebih kurang dua kali beg aku jatuh tergolek. Wuwuwuwuwu orang . Sampai time beratur dekat kaunter imigresen pun orang tengok jer. Aku betul-betul macam Mr Bean pula hari tu. 

Aku cepat-cepat amik semua barang aku, keluar dari tempat tu. Gembira betul bila nampak muka atuk and nenek aku. Pacik aku pun ada. Dorang kata, hampir dorang balik tadi. Dorang ingat flight aku delay. Dorang pun tunjuk la flight yang mana satu kat screen tv. Huwahhh atuk, itu AirAsia. Hari ini cucu atuk naik MAS.
Huhuh tak apa lah, yang penting aku tak kena tinggal. So, bermulalah kehidupan aku di Tawau, tempat kelahiran aku. Tunggu post aku seterusnya yer.... Ada banyak lagi cerita yang tertangguh nieh  

:)




Hari Ini Takder Air

Seminggu ini aku diculik oleh alient dari planet Nameck yang memandu UFO berwarna pink. Untuk itu, aku tak dapat online, tak dapat update blog. Hal ini akan berlanjutan sehinggalah alient itu selesai melakukan experiment terhadap aku. Lalalala.





P/s aku pinjam iPhone 3G alient yang baik hati nie















Aku di Sepilok nieh. Takder internet connection lahh...Sedih tak sedih. Ni pun curi2 dari tempat praktikal. Jangan bagitau bos aku.

Selamat Tinggal

Minggu ini adalah minggu tersibuk untuk aku. Takder satu hari pun dalam minggu ni aku duduk diam di rumah. Tiap hari keluar ke sana ke sini mengangkut beg yang berat mengurus hal-hal yang belum selesai. Tulang-tulang pun dah sakit. Koyok pun dah tak der rasa. Balik rumah, nak update blog pun tak larat. Nak cerita balik semua ini hari pun aku kurang ingat. Lol. So, aku upload jer lah gambar-gambar yang sempat aku amik minggu ini.

 
"Ahad lalu : Berjumpa dengan kawan2 lama sekolah. Pegi makan2, then lepak2, dan amik gambar macam tak ingat dunia. Wuwuwu nak lagi"


 
" Ahad : Kirah bawa baby dia Umairah. 1st dia taknak pun kena dukung dgn aku. Tapi b4 balik, puas aku dukung dia. Heheh gonna miss dis little crazy girl"


 
"Bitt nak bunuh diri!!!!"


 
"Isnin : Ramai-ramai makan donut Krispy Kreme :)"


 
" Makan sampai menjilat jari"


 
"Unihell yang banyak menyakitkan hati, tapi disinila aku jumpa kawan-kawan aku yang best. Love you Munie, Bill, Sheleen, Starz, MayMay, Yikung!!!"
  
"Khamis : Last day at Uni. Borak-borak ngan Hari jap"


 
"Khamis : Aktvti Karaoke terakhir kami xP, posing jap"


 
"Posing posing"


Hari Khamis tu tak sempat cakap goodbye kat MayMay. Dia balik terus pula. Aku suka MayMay. Dia funny. Aku rasa sedih, sebab lambat mengenali dia. Sorry MayMay. Dah 3 tahun study sama-sama, baru dis year dapat kenal May dengan lebih rapat. Dia sangat kelakar lagi-lagi bila dia becakap. Hehehe jangan lupakan aku yer MayMay!!

Sama la dengan YiKung ni. Dia lagilah gila. Otak dia sangat kreatif mengeluarkan bahasa Melayu. Hahaha. YiKung sangat comel. Abang aku pun terpegun. Aku harap boleh jumpa Yikung lagi nanti, kita jalan-jalan, cerita cerita, kita nyanyi sama-sama ehh. Ko jangan lupa aku tau, nanti aku korek keluar otak ko. Hahaha. Love u girl!!

Shereen, wuwuwuw. Bukan niat ku nak balik tanpa kejutkan ko. Shereen, aku sayang ko. Ko lah juga kawan aku paling lama kat Unihell tu. Kita dari matrik, pegi Unihell sama-sama. Ko ingat tak registration day kita? Heheh camner kat dorm and apa semua. Aku selalu turun awal pegi dorm kan. Aku ingat lagi ko penah cakap " Selalu lah turun awal temankan aku kat sini..." dan aku selalu balik lewat temankan ko. LOve you She!! Walaupun kita dah busy2, major pun lain-lain, ko tetap kawan baik aku!! Aku takkan lupa ko sampai bila-bila!!Sangat hepi time karok tu, aku rasa tu la hari paling best kita karok walapun tempat dia tak best. Good luck She!!

Starz, huhuhuh ko tak yah cakap banyak la. Still nak jumpa ko lagi. Hahaha. But thanks mate. Ko banyak tolong aku, ko lah juga kawan aku. Aku sangat hargai Thanks mate. Glad kita praktikal sama-sama.

Bitt, Ahhhh ko. Bah nanti jumpa arrr. Heheheh. 

MUnie. Dunno what happen to u. Aku sayang ko Munie. Dia ni la kawan aku paling banyak membebel2 ngan aku. Tapi aku tau, dia sayang aku ;) 
Aku pun sayang dia. Heheheh

Harap-harap nanti kita jumpa lagi okeh.



Semalam abang aku belanja makan dengan Naili's place kat Taipan, USJ. Sedap. Dengan suasana dia, aku sangat suka.



Aku akan cuba update blog aku selalu after this. Entah dapat online ker tak. Maklumlah, aku dihantar ke hutan Sepilok. Nak curik line kat celah mana tu? Hmm


Hari Beratur Sedunia

 

Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 27thApril 2009, adalah hari beratur untuk rakyat Malaysia!! Rakyat Malaysia beratur sejak pukul 7.30 pagi untuk membeli 2billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 yang dijual entah sejak berapa hari yang lalu (aku tau pun dari blog intanzz XD). Hebat, patutla aku tengok orang beratur panjang depan Maybank pagi tu. Tapi tak kurang hebat juga dengan rakyat Malaysia yang beratur sejak Sabtu yang lalu untuk hari pembukaan kedai Krispy Kreme Doughnuts !!

Berapa minggu yang lalu, aku ada post pasal grand opening Krispy Kreme ni. Dapat juga aku pergi. Terima Kasih pada Unihell sebab bagi aku habis exam awal. Aku dan Starz sampai di Times Square lebih kurang pukul 9.30 pagi (ada kelewatan sikit). Sampai jer disana, aku macam hepi, sebab tengok tak ramai orang. Ada chance ni menang donut sebulan. Bila aku jalan ke depan, ahh panjang pulak line. Kaki aku dah getar nak lari masuk line ni. Tapi nampak Noryn Aziz sedang buat persembahan. Cantik dia pada hari itu.

 
  
Noryn Aziz nyanyi lagu Mercy

Bila dah beratur, kami rasa agak sedih. Sebab untuk menang donut sebulan atau pun Mug Krispy Kreme bernilai RM25 itu, kenalah menjadi pelanggan ke-6 hingga ke-300. Kami adalah pelanggan ke 301 dan 302!!! Tak dapat stiker beb!! No sticker, no free mug la jawabnyer. Agak-agak, kalau aku suruh pacik driver Monorail tu drive laju sikit, boleh dapat ke stiker tu? Hmm.
 
Demi donut, kami sanggup beratur 3 jam! Time tunggu tu, pekerja dia ada bagi Original Glazed. Panas-panas lagi. Dengan bacaan Bismillah, aku pun masukkan donut tu dalam mulut. Emmmmm.....nikmatnya. Rasa macam makan gula kapas pun ada. The moment donut tu dalam mulut, aku boleh rasa macam donut tu cair. Ahhh dia sangat lembut, tak keras dan tak kenyal. Dengan salutan gula kat luar tu, memang kick arr! Tapi after 2-3 bites, boleh rasa donut tu agak manis. Tapi makan dengan donut dan minum coffee dia memang sedap la. Aku try makan donut tu dengan Ice Latte dia yang agak pahit, tapi kombinasi Original Glazed dengan Krispy Kreme's Coffee memang hebat.

Kami beli sedozen donut untuk di bawa balik. Tak la sia-sia sangat aku beratur 3 jam. Pekerja dia pun sangat friendly. Cuma tak puas hati dengan Senior Staff dorang yang agak kedekut. Mug tu banyak jer lagi kat belakang, aku nampak ada lagi paper bag kat dinding tu. Tapi dia taknak bagi juga walaupun kami minta. Eleh, 301 jer pun!!! Janganla kedekut sangat, kita rakyat Malaysia datang untuk bagi support, dah ada lebih tu bagi-bagilah. Tapi hari itu memang menarik la. Macam-macam orang boleh nampak time beratur tu. Ada budak sekolah yang ponteng demi donut, ada pekerja ofis juga! Dahla rupa macam nerd sikit, agak-agaknya bos dia paksa dia beratur beli donut ker? Hehehe. Ada yang siap bawa satu family, anak isteri adik kakak semua dalam barisan. Ada yang pengsan time beratur. Tekejut juga tengok time tu. Ingatkan kena sawan, sebab dia menggeletar satu badan. Tiba-tiba dia bangun balik terus berdiri macam biasa. Staff Krispy Kreme pun bawakan dia secawan coffee. Elehh, taktik jer minah tu. 

Tapi, donut Krispy Kreme memang sedap especially Original Glazed dengan Hershey's Cookies & Creme. Yang lain pun sedap juga, tapi agak manis untuk taste aku. 



 
 
 
Sempat habis baca 2 buku nie


 
  
"Daddy leave me for donut...wuwuwu"


 
Pemenang Gold, Silver and Bronze Ticket


 
  
"Kami nak beli donut untuk Cikgu"


 
Hershey's Cookieess Doughnutss


 

 


 
  
Iced Latte and Original Glazed



 
  

When the hot light is on, they are making Hot Original Glazed Dougnuts

Total Pageviews