Last week (lalala aku nak cerita juga), aku naik kapal terbang MAS buat sekian lamanya. Dah asyik AirAsia jer yang jual murah. So, pada Ahad yang lepas, selepas bersalaman peluk keluarga dan nangis, aku pun masuk la ke Balai Menunggu di KLIA tu (betulker nama balai tu?). Mak aku pesan, berlakon sikit. Jangan buat beg tu nampak berat sangat. Aku pun cuba. Tapi macam mana? Satu beg sorong, beg galas, dan sling bag yang penuh dengan muatan terpaksa aku angkut dari escalator hinggalah ke gate A8. Fuhh mau patah badan aku mengangkat. Dengan muka blur + nervous + excited nak balik kampung (nak naik MAS sebenarnya). First time aku naik kapal terbang sorang-sorang :)
Aku pun naik la ke dalam kapal terbang. Letak beg, duduk, tarik nafas...Fuhhh... Nasib baik takder yang terlepas. Lalalala. Seat aku di tepi tingkap, bersebelahan dengan pintu kecemasan. Jadi, tiada kerusi didepan aku. Macam mana aku nak makan nanti? Kenalah move pegi kerusi sebelah ni. Selepas berapa minit penerbangan, pramugara yang kacak itu datang dan bertanya ...
"Adik yang comel lagi manis nie nak makan apa?Ada nasi goreng dengan satay daging, ada nasi goreng dengan satay ayam." (Betul dia cakap macam tu... aku tak tipuuuu...).....aku tersipu-sipu malu mendengarnya.
Dia pun beredar selepas itu. Aku buka tali pinggang, ready untuk bangun. Kemudian aku tenampak pacik di row sebelah. Mana datang meja kecik tu? Dia bawa sendiri ker? Aku pun tengok-tengok kerusi aku. Tak ader pun. Nasib baik aku pandai sikit. Aku buka pemegang kerusi di sebelah kiri tu. Owhh ada meja lah dalam kerusi! Tapi nampaknya aku tak lah pandai sangat. Sebab aku tak tau mcm mana nak keluarkan meja tuh.....Aku tarik tarik, tak juga keluar. Setelah mencuba selama 5 minit, akhirnya aku BERJAYA!!! Yeahh dah boleh makan!!!
Takder tunggu tunggu, aku terus jer makan. Zapp!!! Fuh licin. Hebatkan aku makan? Perjalanan selama hampir 3 jam itu adalah amat membosankan. Kerana tiada musik yang menemani aku. Disebabkan aku kurang pandai, aku tak on pun handphone lepas itu walaupun aku dah set flight mode awal-awal lagi. Boleh on handphone ker tak? Wuwuwuwu aku mana tau. Nanti jatuh kang kapal terbang tu.
Selepas kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Tawau, aku pun angkat la beg yang berat tu. Beg itu sangat berat sehinggakan time aku angkat, beg tuh jatuh! Nasib baik jatuh kat kerusi....klu kat lantai tak ker malu. Pada masa itu aku dapat merasakan banyak mata yang melihat! Tak aper....control Yeast. Control jer.
Okeh, aku pun berjalan keluar sambil mengheret beg aku. Sampai di luar, huh....nasib aku kurang baik hari ini. Lebih kurang dua kali beg aku jatuh tergolek. Wuwuwuwuwu orang . Sampai time beratur dekat kaunter imigresen pun orang tengok jer. Aku betul-betul macam Mr Bean pula hari tu.
Aku cepat-cepat amik semua barang aku, keluar dari tempat tu. Gembira betul bila nampak muka atuk and nenek aku. Pacik aku pun ada. Dorang kata, hampir dorang balik tadi. Dorang ingat flight aku delay. Dorang pun tunjuk la flight yang mana satu kat screen tv. Huwahhh atuk, itu AirAsia. Hari ini cucu atuk naik MAS.
Huhuh tak apa lah, yang penting aku tak kena tinggal. So, bermulalah kehidupan aku di Tawau, tempat kelahiran aku. Tunggu post aku seterusnya yer.... Ada banyak lagi cerita yang tertangguh nieh
:)
hehehe sebab kargo pun dah telebih muatan
ReplyDeleteahaha~
ReplyDeleteBeg lagi besar dri tuan kot.
bleh jatuh bnyk kali tu.