Sakit...




Sekali lagi, aku betul tidak sangka, yang ia masih boleh jadi sakit seperti ini. Damn, it hurts so much. I am crying again because of you...

Facebook boleh bagi aku duit?


Pendahuluan :


Habis pengajian a.k.a tamat sekolah sememangnya menjadi impian semua pelajar tak kira pelajar tadika mahupun pelajar Open University. Bebas dari bangun awal, pergi ke kelas, buat assignment, presentation, pop kuiz dan di tangkap ketika meniru sewaktu exam, siapa yang tak nak habis pengajian kan? Boleh bekerja lagi lepas tu cari duit. DUIT. Siapa yang tak nak duit?




______________________________________________________________________________






Tamat pengajian pada aku bermakna, bermulanya satu era yang sangat matang+susah+complicated+rungsing+seronok pada aku. Berfikir dengan secara mendalam dan berhati-hati, merancang aktiviti dan laluan kerjaya untuk berjaya. Pening. 


Bioteknologi. Sebelum ini digembar-gemburkan, bidang yang paling HOT and Marvelous! Peluang kerjaya yang sangat tinggi! Menjamin kerjaya dan kehidupan di masa hadapan! Tipu! Dah nak masuk dua bulan lebih, lebih daripada 200 graduasi bidang ini di sebuah Universiti Dunia Baru, masih belum mendapat kerja yang sebidang dengan apa yang dipelajari selama 3 tahun. Kerja yang paling banyak di JobStreet.Com, Customer Service. Kalau begitu patut diadakan saja satu bidang kursus Diploma or Degree in Customer Service with Hons. 


Tiap hari aku melawat JobStreet.Com dan website-website yang sekeluarga dengannya. Tiap hari beli newspaper semata-mata nak tengok ruangan Classified, tapi tak ada satu pun kerja untuk Biotech. Aku jenis tak boleh duduk diam di rumah. Sebenarnya, boleh jer, bukan susah pun baring-baring, tidur, makan, Facebook seharian di rumah. Tapi kalau dengan itu boleh dapat duit RM30 sehari, mo man tai!


Masalahnya, tak akan dapat duit. Dapat extra Kg adalah. Bukan boleh jual pun lemak tu. Tak laku di pasaran mahu pun Giant. Malaysian Biotechnology Corporation ada menjalankan satu program latihan industri selama 9 bulan, BeST Programme untuk para graduan tak kira lah bidang apa pun untuk menyediakan diri mereka masuk ke bidang bioteknologi ini. Ada elaun RM1000 lagi sebulan. Not bad. Tapi kalau dah tiap hari ulang-alik dari KLang-KL, mau tinggal RM700 jer sebulan dok bayar tambang jer. Tak kira lagi kos makan peringkat KL yang mahal dan tiada kasihan pada mereka yang miskin. Hutang awlong PTPTN lagi. Dimana duit untuk belanja makan sedap-sedap? Donut? Karoke? Movie? Aku jenis yang suka belanjakan duit, sebab itu aku sangat sibuk nak cari duit. Nak beli camera lagi. Ah sudah runsing. Belum kira duit yang patut diberi kepada ibu dan ayah tiap bulan. Nak harap gaji kerja dekat TGV, kalau pun aku rajin gila tiap hari datang kerja, adalah agaknya RM900 sebulan. Tapi mana lah nak dapat, orang lain pun nak masuk kerja juga. Takkan nama aku jer penuh kat dalam jadual.


Bagus aku tukar bidang jer lah macam ni. Bidang masak-memasak lagi laku tau! Gaji Head Chef dah boleh cecah RM5k sebulan. Itupun rasanya yang paling cikai. Tapi bukan head chef Cafe World. Itu untung $200,000, sampai kiamat pun tak boleh genggam coins dia.


Hmm. Mungkin aku patut buka gerai kecik-kecik jer jual burger, chicken wing, hot dog, dan service edit gambar sekali. Hah, sambil dorang tunggu aku edit gambar, boleh dorang duduk makan burger dengan cendol. Nice Rosmah! 




P/s  Dah penat jadi penanam anggur, epal dan pisang yang berjaya. Gila kaya aku di dunia Facebook.


Cerita Kedai Kopi Sepilok






Semalam dan hari ini, aku on YM yang dah lama dikomakan. 
Borak dengan starzgate. 




Hahahaha memang giler ar. Gosip panas+kutukan+mengumpat semua keluar.
Hahaha macam dulu-dulu time dekat dapur kan bai? 
Kedai Kopi Sepilok kita.








Sneak Preview






31st OCTOBER 09


nantikan....

She Hugged Me.......

Isy bukan nama sebenar, seorang pengkid yang bekerja di panggung (bukan punggung eh) yang sama dengan aku. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang nalurinya terpesong sedikit, tetapi seorang yang kelakar dan taklah kerek sangat pun, walaupun dia amat kerek pada first week aku bekerja. Memegang tangan atau lengan aku sewaktu mengajar atau menjaga cashier bersama-sama takderlah pelik sangat untuk ku (walaupun kekadang rasa macam seram sejuk jer, tapi kita mesti fikir positive), sekurang-kurangnya aku takderlah kena raba sana sini, lagi teruk kawan-kawan perempuan aku kat sekolah dulu. Suka hati jer nak pegang sana sini padahal sendiri pun ada. Ehemm!


Melangkah ke perenggan baru, semalam....
Isy peluk aku dari belakang. Terus dia gesel-gesel pipi dengan pipi aku.....Aku dah...k.a.k.u...








Tapi dalam mimpi lah... Tapi walaupun dalam mimpi, tahukah kamu yang ianya benar-benar terasa seperti benar? Aku rasa, tahap kerisauan aku terhadap Isy mungkin dah berada di peringkat yang tinggi, sampai aku dah boleh termimpi macam tuh.


Hari ini sewaktu kerja, aku rasa lain macam jer. Orang heboh-heboh, dok kecoh-kecoh kat kaunter ramai-ramai, aku rasa macam suara si Isy yang paling kuat aku dengar. Damn. Bahana mimpi tak hilang lagi. Dah lah tadi ada abang promoter sopan datang menjual set keychain dan pen dekat si Isy, sambil memuji-muji dan mengaturkan strategi penjualannya berkata :


"Awak ni comel, mesti banyak awek kan. Boleh la bagi keychain ni as a gift."


"Eh mana ada...Saya single lah. Baru jer heart broken nieh. Tak cayer tanya Rosmah, kan kan?"


"Er....ha ah! Huhuhuh...huh...huh........"




Shiot! Aku memang jenis cepat cuak weh. Mimang cepat takut bah! Aku masih tak biasa dengan persekitaran dan pergaulan dengan kaum-kaum Hawa yang menyukai kaum Hawa sendiri. Relax wahai tuan punya blog, kawal diri mu. Jangan tunjukkan kerisauan mu. Nanti dorang terasa neh. Abis ko.



Duduk melihat tasik diwaktu hampir senja sambil mendengar lagu Jangan Lupakan oleh Nidji, dan kemudian melihat langit adalah perkara yang menyeronokkan dan menenangkan terutama sekali apabila sedang duduk di tepi tangga Unisel menanti di ambil pulang. Jauh dalam hati, rasa sayu.


Teringat sewaktu di Sandakan dulu, tiap pagi selepas bangun dari tidur,  aku pasang lagu ini di Winamp dengan kuat, sambil baring diatas tilam dengan bantal dalam pelukan, melihat siling dengan diam. Terasa macam terapung-apung di udara bila dengar musiknya. Jauh dalam hati, rasa sayu.


Simptom-simptom merindukan dia sebenarnya. Kalau aku mimpikan dia, memang aku jadi begini. 



Pertalian URL, bertukar!!






-.-"


Merepek apa kebenda.


Perhatian kepada rakyat Malaysia, http://yeastisdead.blogspot.com sudah dilenyapkan.


Kini era http://blogbudakmalas.blogspot.com sudah bermula!


Sila tukar / update dibahagian 'Configure Blog List' anda ( sekiranya ada di promosikan lah. hehehs ) agar dapat insan yang lain membaca blog ini. 


Renovation yang lain akan dilakukan secepat yang mungkin. Kontraktor nya agak sibuk menjual tiket dan memasak sweet corn sejak akhir-akhir ini.


Sekian.


XOXO 
(awwww gediks)

Esok takder hari ini lagi

18 Oktober. Hanya hari ini untuk tahun ini.


Dari semalam lagi sebenarnya aku rasa takut. Nervous. Takut hari ini berakhir. Sebab 18 Oktober hanya hari ini. Aku takut hari ini berakhir. Sebab aku terlalu berfikir macammana nak buat hari ini jadi istimewa. Hari ini sepatutnya istimewa. Tapi aku takut hari ini jadi tidak istimewa. Stop merepek Rosmah.


Okeh. Hari ini ulang tahun kelahiran aku. Yang ke 22. Yer, aku semakin tua. Dan semakin miskin. Masih belum ada kerja tetap, dan kemungkinan untuk konvo bulan ini amatlah jauh. Hari kegemaran aku adalah 18 Oktober. Sebab 18 Oktober adalah hari aku. Dan sekarang hari aku dah berakhir. Dan tiada ucapan dari dia. Ahahahahahaha.


Tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih hidup dan dapat merepek disini. Mak aku juga dengan baik hati buat makan-makan tadi (sebenarnya open house untuk kawan-kawan, sebab dari haritu nak datang beraya, tapi kena tahan), kawan-kawan aku datang, keluarga sebelah mak dan ayah pun ada. Fuh sesak terus rumah aku yang kecik dan sempit itu. Terus, tadi ada bunga api lagi. Memang dorang nak celebrate birthday aku lah tu kan. Memang baik hati orang-orang di Klang ni. Tadi kami makan nasi goreng sate mak yang sedap, stimbot, chicken wing resipi aku yang sedap sehingga tinggal tulang sahaja, kek favorite aku, Chocolate Indulgence dan dapat hadiah daripada makcik-makcik kesayangan. Hadiah paling aku suka, tabung Bear yang dari dulu lagi aku nak, tapi fikir banyak kali nak beli ker tak nak beli ker tak sebab risau duit yang semakin mengurang. Akhirnya hari ini aku dapat juga. Nasib baik keras, kalau lembut, memang aku buat peluk time nak tidur. 











Owh yer, abang aku belikan tuner gitar. Ehehehe thanks jebonz. 







Calendar untuk Tan Yih Kung masa dia birthday dulu

Handphone bisu kau boleh tidur dalam tanah

Harini hari ____ aku.


Tak boleh tidur, asyik tertunggu-tunggu.


Tiba-tiba handphone berbunyi. Adakah.....?


No 018blabla bla. Dari mana ni? Tak kisah lah. Mungkin itu dia.


Aku jawab.






"May I speak to Danny please?"




"............. sorry..wrong number...."






Apa yang kau harapkan wahai Rosmah?

Gitar sakit

Bunyi gitar ku sumbang.


Aku tak pandai tuning. Nak main, tapi bunyi dia sangat buruk sekarang.


Ahh tak semangatnya. Cepatlah dapat duit gaji, aku nak beli tuner dan bayar masuk kelas gitar.


Gjengg gjenggg jengg jengg. Eh itu bukan bunyi gitar.







Tidur 8 jam boleh Kurus




Anda mengalami masalah berat badan? Lemak yang berlebihan di sana-sini yang kelihatan sungguh..euww tidak menarik? Percayakah anda, dengan tidur 8 jam, anda boleh menurunkan berat badan anda dan membuang lemak-lemak itu. Ya, percayalah! Hmm dah macam iklan MLM pula. 


Beberapa kajian telah dibuat mengenai jumlah waktu tidur dan penurunan berat badan dan hasil daripada kajian : dengan mendapat tidur yang berkualiti ( lena dan tiada gangguan) sekurang-kurangnya 7 jam 30 minit, kita lebih senang untuk menjadi kurus! Tapi kenapa? Bagaimana ianya boleh terjadi? Mak kata, kalau tidur banyak nanti gemuk. Tapi itu mak yang kata, sekarang saintis kata bila kita tidur sekejap saja ( kurang dari 7jam30min ), dalam majoriti kes masyarakat Malaysia yang moden, 4 jam sehari :



  • boleh menyebabkan penghasilan hormon 'ghrelin' (bukan gremlin) secara berlebihan. Hormon ni meransangkan nafsu makan kita, jadi kita asyik nak makan jer. Bukan setakat nak makan, lapar karbohidrat dan kalori pula tu. Paling dicari, coklat dan manisan lah! Mana tak comel jer badan.
  • mengurangkan penghasilan hormon 'leptin'. Hormon ni bertindak sebagai 'stop hormone'. Bila kita dah makan banyak, dia akan bagitahu badan kita "Stop makan! Aku dah kenyang. Jangan telan lagi". Jadi bila hormon ini kurang, kita makan terlebih banyak pun masih tak pandai kenyang-kenyang. 20jam makan jer kerja.
  • ganggu proses untuk hadam karbohidrat dan menyebabkan ketidakseimbangan tahap glukosa. Hasilnya, lapar coklat lah! Dan benda yang manis-manis. Sebab badan asyik cakap gula! gula! I need su~garhhh!
  • bila kita mengantuk, kita penat. Bila kita penat, kita cepat lapar. Cara paling mudah lah ni nak faham.

Satu lagi fakta, bila dapat tidur yang lena a.k.a berkualiti yang cukup, otak menghasilkan satu hormon dalam jumlah yang banyak untuk men-tranformasi-kan lemak kepada bahan sumber tenaga. Bila kita kurang tidur, hormon itu tidak cukup untuk 'transformer'kan lemak tadi, jadi badan kita pun dengan malasnya, terus hantar lemak-lemak tu ker pinggul, paha, perut, lengan, pipi dan entah dimana-mana lagi.




Ini bukan setakat fakta, tapi eksperimentasi yang sudah berjaya. Pakcik aku yang kini tidur dengan jumlah masa tidur yang sepatutnya, dah turun banyak 'kg'. Masa aku praktikal kat Sandakan dulu, mana ada benda apa nak buat. Banyak makan pula tuh. Tapi jam 8.30 malam dah masuk tidur. Tiap hari pun cukup waktu tidur. 'kg' maintain jer. Sekarang ni yang tunggang langgang bila dah mula tidur lewat.

Jadi, marilah kita tidur dengan jumlah waktu yang cukup. Dan yang paling penting, tidur itu mestilah tidur yang berkualiti. Tidur lena beb. Okaylah, aku pun nak tidur sekarang. Nanti tak cukup 8 jam. Naik pula 'kg' aku.

Kelibat Si Penyair

Lagu yang asyik diputar dalam senarai main telefon bimbit ku hari ini ( skema gila ayat )


Diatas kaca, terpancar satu cahaya
Berlari ku pergi, untuk tahu apa disana
Suara yang merdu, memanggil-manggil namaku
Wangian terhidu, menusuk ke dalam tubuhku

Aaa....aah, Oh..ohhhh, Oooh..ooohh...
Yeahh yeahhh...
Indahnya bila, ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana dia, aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya

Di bawah langit, malam aku hanya sendiri
Ku renung awan, airmataku berlinangan
Tersentuh hatiku, bilaku mendakap kamu
Penyuluh gelapku, jalan yang aku tuju


Aaa....aah, Oh..ohhhh, Oooh..ooohh...
Yeahh yeahhh...
Indahnya bila, ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana dia, aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya


Kelibat si Penyair - Azlan & The Typewriter





Lagu yang mempunyai banyak makna untuk aku.

Total Pageviews