Tidur 8 jam boleh Kurus




Anda mengalami masalah berat badan? Lemak yang berlebihan di sana-sini yang kelihatan sungguh..euww tidak menarik? Percayakah anda, dengan tidur 8 jam, anda boleh menurunkan berat badan anda dan membuang lemak-lemak itu. Ya, percayalah! Hmm dah macam iklan MLM pula. 


Beberapa kajian telah dibuat mengenai jumlah waktu tidur dan penurunan berat badan dan hasil daripada kajian : dengan mendapat tidur yang berkualiti ( lena dan tiada gangguan) sekurang-kurangnya 7 jam 30 minit, kita lebih senang untuk menjadi kurus! Tapi kenapa? Bagaimana ianya boleh terjadi? Mak kata, kalau tidur banyak nanti gemuk. Tapi itu mak yang kata, sekarang saintis kata bila kita tidur sekejap saja ( kurang dari 7jam30min ), dalam majoriti kes masyarakat Malaysia yang moden, 4 jam sehari :



  • boleh menyebabkan penghasilan hormon 'ghrelin' (bukan gremlin) secara berlebihan. Hormon ni meransangkan nafsu makan kita, jadi kita asyik nak makan jer. Bukan setakat nak makan, lapar karbohidrat dan kalori pula tu. Paling dicari, coklat dan manisan lah! Mana tak comel jer badan.
  • mengurangkan penghasilan hormon 'leptin'. Hormon ni bertindak sebagai 'stop hormone'. Bila kita dah makan banyak, dia akan bagitahu badan kita "Stop makan! Aku dah kenyang. Jangan telan lagi". Jadi bila hormon ini kurang, kita makan terlebih banyak pun masih tak pandai kenyang-kenyang. 20jam makan jer kerja.
  • ganggu proses untuk hadam karbohidrat dan menyebabkan ketidakseimbangan tahap glukosa. Hasilnya, lapar coklat lah! Dan benda yang manis-manis. Sebab badan asyik cakap gula! gula! I need su~garhhh!
  • bila kita mengantuk, kita penat. Bila kita penat, kita cepat lapar. Cara paling mudah lah ni nak faham.

Satu lagi fakta, bila dapat tidur yang lena a.k.a berkualiti yang cukup, otak menghasilkan satu hormon dalam jumlah yang banyak untuk men-tranformasi-kan lemak kepada bahan sumber tenaga. Bila kita kurang tidur, hormon itu tidak cukup untuk 'transformer'kan lemak tadi, jadi badan kita pun dengan malasnya, terus hantar lemak-lemak tu ker pinggul, paha, perut, lengan, pipi dan entah dimana-mana lagi.




Ini bukan setakat fakta, tapi eksperimentasi yang sudah berjaya. Pakcik aku yang kini tidur dengan jumlah masa tidur yang sepatutnya, dah turun banyak 'kg'. Masa aku praktikal kat Sandakan dulu, mana ada benda apa nak buat. Banyak makan pula tuh. Tapi jam 8.30 malam dah masuk tidur. Tiap hari pun cukup waktu tidur. 'kg' maintain jer. Sekarang ni yang tunggang langgang bila dah mula tidur lewat.

Jadi, marilah kita tidur dengan jumlah waktu yang cukup. Dan yang paling penting, tidur itu mestilah tidur yang berkualiti. Tidur lena beb. Okaylah, aku pun nak tidur sekarang. Nanti tak cukup 8 jam. Naik pula 'kg' aku.

No comments:

Post a Comment

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews