Bekerja di sebuah panggung wayang adalah perkara yang amat seronok walaupun gaji hanya rm3.50 sejam kerana aku dapat tengok wayang dengan percuma bila-bila masa aku nak dan dapat makan popcorn 'All-You-Can-Eat' dan 'All-You-Can-Drink' air 100plus sampai aku dah naik 5kg dalam masa sebulan dua ini. Aku juga tak payah nak pergi gym angkat dumbbell sebab hari-hari angkat 4 carton air mineral dan 3 kali trip mengangkat ais batu dah cukup menaikkan sedikit otot-otot di tangan walaupun tak berapa nak nampak. Kesimpulannya, aku gembira kerja disitu walaupun orang cakap tak padan dengan sijil yang kau dapat. Sekarang ni zaman susah mencari kerja, dari aku duduk di rumah naikkan 5 kg seminggu, baik aku kerja mencari rezeki plus mencuci mata * percayalah itu hanya aktiviti sampingan, bukan hobi pun
Tiap hari aku bekerja kuat. Saat terbuka sahaja pintu panggung, dengan pecut aku berlari masuk untuk buat handpunch, menjaja keropok Chipster dengan hati yang terbuka walaupun ramai customer yang datang adalah pelajar-pelajar M yang banyaknya berlagak dengan duit PTPTN. Order makan kalah mak-mak Datin yang mekap tebal-tebal. Tapi aku tak kisah, kerja tetap kerja. Yang penting, hujung bulan aku dapat gaji banyak. Mungkin untuk budak degree, gaji dengan angka 888 itu amat sedikit, budak habis SPM pun taknak agaknya, tapi itu hasil bekerja keras dan perasaan waktu tu macam orang dapat gaji 3k tau! Tapi aku benci bila mereka-mereka yang suka curi tulang curi duit curi kebahagiaan orang ni awal pagi dah muka tak malu cakap "Eh gaji 888, cepatlah belanja aku makan mahal. Burger Prosperity aku tak layan", "Ala gaji 888 dari haritu tak penah-penah nak belanja aku, kedekut la tuu". Dan mereka-mereka ini bukan seorang dua, tapi lebih dari tiga. Memang layaklah Lily Allen cakap FYVVM.
Kalau cakap sekali, boleh dianggap sebagai gurauan. Tapi kalau dah pagi petang asyik minta belanja, seminggu pun tak sedar diri lagi, aku rasa macam aku pula si orang kejam kedekut tahap dewa. Tiadakah perasaan bertolak ansur dan akal logik mereka? Sendiri bekerja tapi nak makan duit gaji orang saja. Tak cukup kah duit skandal-skandal korang kena kikis? Aku jadi sakit hati dengan mereka. Segala isu timbul. "Ces korang, aku kerja penat-penat ko nak telan duit aku. Kamu tu dah la kerja 3jam ponteng 4jam!" Lebih kurang begitulah rungut ku setiap hari didalam hati. Haishh....Dah jadi seorang yang berkira.
Tempat bekerja yang seronok tiba-tiba menjadi tidak seronok. Aku sayang popcorn. Mereka sedap.
Aku dah jadi tukang ponteng kerja sekarang. Pelepak di rumah.
=(
p/s hari ini banyak emosi pula
patut la laju je suggest tambah vietnam-unsure tadik...ponteng rupanya xP
ReplyDeletehahaha... aii sudah tukar status jadik switzerland... next hour jadik afrika kot...wahaha...
wah entri ni apsal tah aku bace jiwa aku tersentuh hak3
ReplyDeleteteringat zaman aku keje pas SPM dlu tapi gaji RM1200++
member cmtu ko xyah layan weh...
dulu saya kerja kat starbucks, gaji dah RM5 sejam. itupun, dah lebih 10 tahun lalu. sekarang, masih RM3.50. Ini eksploitasi maksimum!!!
ReplyDeleteanyway... tak penting gaji 888 ataupun 3 ribu. yang penting, gaji tu hasil titik peluh sendiri. orang yang minta belanja, biar je dia orang cakap sampai air liur kering...