Kau ker yang panggil aku Yuna haritu?






Nak cerita sikit...


Sekarang pemakaian tudung jenis selendang atau senang cakap, tudung macam Cik Yuna bukan lagi perkara yang pelik di Sabah. Melalui gambar-gambar yang aku lihat di Facebook, di Tawau sekarang pun, dah macam jenis corak+warna tudung selendang yang dorang pakai. Kalau dulu susah betul nak jumpa tudung selendang tuh. Ada pun jenis yang Pashmina tuh jerlah. Itupun budak-budak emo buat jadi skarf lilit kat leher bukan kepala. Dulu tu bila? Dalam 7 bulan yang lepas lah kut. Sebab kalau masa-masa dulu, bila aku jalan-jalan kat Sandakan, ramai sungguh orang panggil aku Yuna. Betapa suka+perasan nya aku masa tuh. Kalau aku pegang gitar masa tu, confirm aku nyanyi "Oh bulann~~~~" walaupun suara aku nak nyanyi lagu Twinkle Little Star pun tak layak. Masa tu, orang tengok macam aku ni artis woo. Artis turun pasar beli ikan tuh.


Sekarang kalau aku jalan-jalan kat sana, mesti orang dah tak heran dah kan.....Nak orang panggil aku Yuna lagi....  T_T





Mesti gempak kan kalau tiba tiba aku pegang gitar pakai rock macamni menyanyi depan kedai bakso depan stesen bus nak pegi Sepilok tuh..




4 comments:

  1. sekarang dah revolusi shawl yuna laa..hik2.suke tgk yuna. =pp

    ReplyDelete
  2. hahaha, seryes mmg gempak.
    abes ah yuna jatuh saham sebab dah ade yuna baru lak. adehhh

    ReplyDelete
  3. ok ! saye suke itu selendang! rainbow! hik3x~

    ReplyDelete
  4. suka gak pakai tudung nih.. hehee

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews