Penyakit bila tidak bekerja

Kenapa aku benci cuti atau menganggur?
Bila tidak bekerja, maksudnya lebih masa/terlalu banyak masa untuk teringat kat dia.. rindu pun lebih. Jadi otak dan minda selalu diserang dengan bayangannya. Hati pun teringin nak sms dia selalu jer. FB pun kalau boleh taknak logout, manatau dia online. Arghh macam orang angau. Mesti kawal diri.

Okeh, mari kita keluar hari ini cuci mata jalan-jalan cari makan lagi. Pergi Ikea makan meatball dan jalan-jalan amik gambar. Semoga berjaya untuk diri sendiri.

:)

Trip menyelamatkan asus II

Dari sebuah tempat yg bernama bukit kuda berbekalkan duit rm100. Rm100 untuk beli adapter dan belanja2? Uwawa mana cukup! Kemudian kami dturunkan di ktm subang. Atas jasa baik abangku, dia hulur rm50. Yahuu! Boleh breakfast di starbuck! Lol. Mati aku kena hantar balik tawau. Dan sewaktu menanti train, sedang aku dan sabrina breakfast karipap angin, TIBA-TIBA.....sabrina kena bom da...oleh osama junior da. Tepat-tepat di ibu jarinya...euwww. [Bersambung lagi, penulis muntah.....]

Trip menyelamatkan asus I

Sudah seminggu lebih, si asus tak bangun-bangun. Aku risau, gundah memikirkannya. Kenapa kau tak bangun wahai si asus? Ececeh ayat macam novel. Patutla asus aku koma, tak tahan dengar bebelan drama sinetron tuannya agaknyer. Jadi, seperti kata-kata diatas, asus aku ada masalah sekarang. Rasanya problem dengan adapter. So dah seminggu tak boleh buka. Ai rindu photoshop. Rindu lagu sabrina. So harini aku nekad nak pergi lowyat! Cari adapter tuk selamatkan asus! Bermula la perjalanan ini dari...[bersambung]

Budak batak testing buat entry guna hengpong

I love my tedybear!!!! :D

Ying and Yang

Bulan ini agak teruk bagiku sebab :

1. Aku dapat tau ex-tak guna nak kahwin tak lama lagi.
2. Ex-tak guna add tedybear kat FB
3. Handphone kesayangan semakin tenat, keypad memang dah pecah habis....sakit hati nak sms
4. Asus kesayangan pun semakin tenat, sekarang tak boleh on langsung. Adapter dia rosak kut.. sakit hati
5. Duit dah tak ada, tapi semua barang rosak, macam nak suruh beli yang baru sekali gus jer
6. Budak sengal kat tempat kerja dah kembali. Desperado...dah cakap jgn ganggu, masih lagi macam lipan buat-buat comel kat tepi..
7. My favorite adik putus chenta, tp turn out dia minat kat aku plak.....haish



Tapi seperti ying dan yang, bila ada perkara buruk, ada juga perkara yang best berlaku. Antaranya :

1. Dapat pergi Miri, join CT Street Carnival, berkenalan dengan ramai photographer dan pamerkan gambar sendiri. Hi hi
2.Dapat chance untuk amik gambar wedding..
3.Pergi picnic di Table dengan geng karas di SR
4. Akan balik ke klang tak lama lagi. Yahuuu tak sabar
5. Makin tambah sayang kat tedybear....ehhe....

So sekian terima kasih.



Sebenarnya tengah stress nieh. Emo emo.........
Bila kita cakap, kita dah boleh lupakan dia, dan tak rasa sakit bila tahu pasal dia, sebenarnya kita tipu...

Aku masih dapat rasa bila tahu hal mereka berdua....

Damn. I need more ice blended green tea......

Belajar tulis blog semula

Baru 2 hari masuk bekerja, dah tak sabar nak kira detik untuk jalan sekali lagi. Kali ni bukan setakat jalan ke dalam negeri atau negeri jiran, tapi ke seberang terus. Tapi bukan Kalimantan yer.. nak balik Klang. Wuhuu!!

Setelah hampir 9 bulan menetap di Tawau, sekejap bekerja, sekejap menganggur, kemudian bekerja balik, tapi tak juga pandai kaya-kaya, almaklum gaji kat sini rendah sikit. Aku masih juga belum dapat kerja tetap. Sedih.

Tapi sepanjang 9 bulan ini, aku banyak kenal kawan-kawan baru. Kawan-kawan tukang gambar yang best. Contoh nya geng karas di KK dan geng belum karas sepenuhnya di Tawau. ekekeke. Tapi aku banyak belajar 9 bulan nieh. Mendalami lagi ilmu photography. Now I am ready to be a great photographer! err....aku tak maksudkan aku dah hebat, maksud aku, aku dah ready untuk belajar lagi menjadi photographer hebat!

Lagi 12 hari...ya 12 hari. Aku akan pulang ke Klang. Lepas itu boleh la aku tengok wayang puas-puas. Panasss beb baca review kat blog abang aku. Aku pun nak tengok movie! Lepas tu boleh pegi makan puas-puas. Subway, Meatball di Ikea, Seoul Garden, bah kamu tunggu lah kedatangan ku. Lepas tu boleh lepak puas-puas dengan abang and kazen-kazen ku kat kedai mamak. I miss them so much! Mengumpat, ber. gosip, gelak-gelak, buat lawak.... Lepas tu boleh karaoke puas-puas. Yiehahh! Dan lepas tu, aku nak mendalami lagi street photography.

Tapi aku masih berharap dapat tawaran kerja tetap....Insyaallah...

Birds

let's stay awake
and listen to the dark
before the birds
before they all wake up
it's the ending of a play
and soon begins another
hear the leaves applaud the wind
uuuuuu
see the sun come rising
and white wings start to fly
like strings of pearls
in the fiery sky
i don't want to close my eyes
don't want to leave the stage now
hear, the leaves applaud our stay
uuuuuu
lend me your wings
and teach me how to fly
show me when it rains
the place you go to hide
n' the curtains draw again
n' bow another day and
the leaves applaud the wind
uuuuuu
uuuuuu

Merepek Post Crap 1# : Bagi lah aku duit weyhh

Aku selalu nak update blog. Rindu nak buat entri baru. Tapi bila dapat peluang untuk online, terus kosong kepala otak. Agaknya idea dah pergi jauh...

Sejak akhir ni, aku agak runsing sikit. Banyak benda nak fikir. Pasal kerja tetap yang belum lagi dapat. Pasal hutang berlambak-lambak yang nak di bayar. Muda-muda dah ada hutang. Nak buat camana, I kerja potong kek jer...ikut standard gaji Tawau lagi. Sikit lah dapat chot....Mana nak bayar loan PTPTN lagi. Nak ikut Miri Street Chottouch Carnival lagi. Nak kasi pamer gambar kan, terpaksalah keluar sikit duit *banyak kut* untuk ikut carnival. Lagi pun ini street punya carnival beb. Banyak photographer amik gambar street weyhh. Bleh jalan-jalan dengan chot lagi, snap snap gambar. Ehhe.....aku suka street photography. Suka giler....bila aku cakap suka giler....aku serius.

Lepas tuh nak balik KL lagi, nak jalan-jalan and makan-makan with my brader n kazen. Lepastu KB lak buat workshop dengan kerjasama Acai, buat pasal lighting, modeling, fashion photography. 3 hari 2 malam, termasuk makan minum dan tempat tinggal, mana boleh lepas weyhhh... ni lah pulak bila dah pegang camera. Gila nak cari ilmu. Gila kejar workshop. Lagi-lagi kalau dianjurkan oleh fevret photographer aku... Aih, runsing-runsing. Mana nak cari duit niehh? Ada sapa-sapa nak kawin bulan depan? Meh aku amik gambar dia. Murah-murahhhh jerrrr. Janji cukup tabung aku nak bayar yuran kelas KB. uwarghhhhhhh

Total Pageviews