Baru 2 hari masuk bekerja, dah tak sabar nak kira detik untuk jalan sekali lagi. Kali ni bukan setakat jalan ke dalam negeri atau negeri jiran, tapi ke seberang terus. Tapi bukan Kalimantan yer.. nak balik Klang. Wuhuu!!
Setelah hampir 9 bulan menetap di Tawau, sekejap bekerja, sekejap menganggur, kemudian bekerja balik, tapi tak juga pandai kaya-kaya, almaklum gaji kat sini rendah sikit. Aku masih juga belum dapat kerja tetap. Sedih.
Tapi sepanjang 9 bulan ini, aku banyak kenal kawan-kawan baru. Kawan-kawan tukang gambar yang best. Contoh nya geng karas di KK dan geng belum karas sepenuhnya di Tawau. ekekeke. Tapi aku banyak belajar 9 bulan nieh. Mendalami lagi ilmu photography. Now I am ready to be a great photographer! err....aku tak maksudkan aku dah hebat, maksud aku, aku dah ready untuk belajar lagi menjadi photographer hebat!
Lagi 12 hari...ya 12 hari. Aku akan pulang ke Klang. Lepas itu boleh la aku tengok wayang puas-puas. Panasss beb baca review kat blog abang aku. Aku pun nak tengok movie! Lepas tu boleh pegi makan puas-puas. Subway, Meatball di Ikea, Seoul Garden, bah kamu tunggu lah kedatangan ku. Lepas tu boleh lepak puas-puas dengan abang and kazen-kazen ku kat kedai mamak. I miss them so much! Mengumpat, ber. gosip, gelak-gelak, buat lawak.... Lepas tu boleh karaoke puas-puas. Yiehahh! Dan lepas tu, aku nak mendalami lagi street photography.
Tapi aku masih berharap dapat tawaran kerja tetap....Insyaallah...
No comments:
Post a Comment
Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)