New York, Beck City dan ChanSung?

Saya mula bermain semula SimCity4 sejak 2 minggu yang lalu *kut....*. Sepanjang 2 minggu ni, macam-macam cabaran yang saya lalui sebagai seorang Mayor. Ecehh, wa jadi Mayor tuh bai...pedahal wa tanam anggur jer selama ni. Dari masalah No Job, population yang tidak mahu meningkat, air pollution,  abandoned building merata-rata, akhirnya, region New York aku dah ada 4 city weyh! Walaupun hanya 1 jer main city......tapi ada 4 city weyh!

Beck City adalah main city, yang dijaga oleh Mayor Ramona Flower * saya lah tuu.....saya lah tuu.....*. Kini dah ada 16k population! Ya saya bangga walaupun orang lain boleh capai 100k, sebab bukan senang tau untuk saya melihat pencapaian begini. Dah ada beberapa bangunan commercial dan office 40 tingkat. Dah ada condominium yang mewah beberapa buah, dan hampir semua industry di Beck City adalah High Tech Industry. Hebat tak? Ehheehee...... Saksikan keindahan Beck City di waktu malam. Nak tunggu KLCC muncul jer lagi.

 nehh...nampak tu. I ada condo mewah yang berkelipan di waktu malam. huhuhs

 bangunan commerical minangkabau

ChanSung I lebiuuuu! :>


Sekian, laporan dari ,
Mayor Ramona Flowers

Beck City kena virus kulat?

Sim City.

Game yg sangat menarik dan best. Aku dah lama start main sim city. Sejak sim city 1 lagi kut. Tapi aku main, bila dah jadi susah, out of control, aku quit. Nanti datang gian, main lagi. Nanti dah mati akal, quit lagi. Begitulah sampai ke sim city 4.

Kenapa jadi begitu? Aku pun tak tahu. Kalau aku tahu, mesti city aku dah berjaya dan dapat anugerah mayor terhebat di dunia. Mungkin sebab masa dulu dulu hati muda lagi, tau nak main friendster dan myspace jer, tak tahu lagi kepentingan google. Tak macam sekarang, google jer semua.

So baru baru ni, aku start balik main sim city4. Why sim city4? Sebab itu jer yg aku ada copy. Ada sim city yg lagi latest ker?

Dari region Maxisland, sampai ke London. Sedih tak ada Japan. Kalau tak confirm city aku nama Hamamatsu. So di London itu, lahirlah sebuah city baru, Beck City. Ni kali aku dah google semua tips hints cheats yg ada. Ya...aku pakai juga satu dua cheats. Dan hasilnya, city yang lebih membangun tapi masih suk. 7k population jer? Lepas tu terencat. Susah betul nak dapat 8k pop. Masalah no jobs pula timbul. Habis rumah para OKB jadi gelap hitam berkulat. Bila try solution ni, masalah lain pula muncul. No more kulat di rumah, tapi muncul di butik butik gucci dan prada. Kilang nokia pun berkulat sekali.

Weyhhh macam mana nak main ni wey? Cuba habaq kat ceq

Satu sebab kenapa aku takut photographer yang 'PRO'

Sebab ada beberapa photographer yang 'PRO' ni susah nak tengok budak baru belajar nak maju.

Nampak jer kelemahan sikit, terus amik port nak serang orang. Bukan nak cakap budak baru ni tak boleh terima kritikan, kami sangat alu-alukan kritikan atau komen yang MEMBINA. Bukan komen yang MEMUJI.

Ini satu senario yang berlaku kat aku. Aku bertanya kat satu group photography, kedai gambar mana dorang suka pergi untuk print gambar? Contohnya kat Klang tuh, pada aku Foto Campbell lah terbaik walaupun minah mamat kat kaunter tuh tak friendly. Hasil memang kita sangat puas hati dari segi color, dan sharp gambar tuh. Bukan hantar gambar blur kat kedai tuh nanti print boleh jadi sharp tau. Sebab aku pernah pergi kedai-kedai gambar yang lain dan hasil tak seperti yang dapat dari Foto Campbell. Jadi sebagai budak baru, nak lah jugak tahu kedai mana jer yang best untuk pergi cuci soalan. Dan rasanya soalan tuh direct dan simple jer.

Instead of answering my question, ada lah beberapa encik yang dok cakap

  • Lawa or sharp gambar tu bukan sebab hasil print, tapi gambar yang kita amik
  • lain kali nak print check dpi dulu, 300dpi keatas baru selamat
  • kalau gambar dah hampeh, hantar kedai best pun hampeh juga
Brader.....saya tanya soalan, kedai gambar mana yang best untuk cuci gambar? Toksah lahh nak perli-perli duk ngutuk lak. Memanglah gambar yang kita amik tuh penting, kalau dah compo dengan framing pun memang hancus giler, bukannya print framing boleh jadi betul. Tapi PRINTING itu juga penting. Kalau machine yang digunakan, dengan setting color yang tak betul, boleh ker kita dapat hasil seperti yang kita nak?

Pasal 300dpi ke atas tuh, itu benda basic lah bro. Siap dah crop ikut saiz 4R lagi. Kedai tinggal print tak payah nak usik apa-apa. 

Aku okeh jer kalau orang nak kritik gambar aku. Apa gunanya critic session. Tapi kalau orang dah bertanya soalan, jawab jer lah. Tak perlu nak merendah-rendahkan orang. Tak tau jawapan dia, sila diam. Shhhh


Sekian terima kAsih

Dia awek aku selamanya

Syakirah Eliza. Aku masih lagi ingat, time sekolah dulu, aku lah orang yang paling risau tentang dia ni tiap-tiap hari *aku jer ker..?*. Dengan keadaannya masa tu, yang selalu sakit, dengan love life dia, dengan masalah keluarga dan semua-semua. Aku sangat risau, sampai aku jadi macam kakak padahal aku lagi muda, manja dan tak matang pula tuh. So, tiap hari aku akan cuba simpan dia kat rumah aku. LOL. Keji sungguh. Aku akan ajak dia pergi rumah, lepak, study, main badminton, main masak-masak, apa-apa jer lah, asalkan dia tak duduk lepak kat luar dan lebih terluka nanti.Semua benda aku nak ajar dia. Macam mak-mak. Dan bila dia dating, aku lah orang paling jealous dan selalu nak berkepit kat sebelah dia juga. Kesian Kirah, selalu kena tarik-tarik, kena rebut-rebut oleh aku ngan Udin. Tapi sekarang tak boleh dah. Gadis kesayangan aku dah jadi millik orang. Heheh dah lama pun jadi milik orang. Dah jadi milik Udin pun. Dah ada dua orang puteri yang comel pun. Dan aku dah tak boleh nak rebut-rebut dia. Udin pun paham, so dia takderlah nak poyo-poyo sangat menunjuk depan aku. Hahah, jangan salah faham. Aku sayang abang ipar aku nieh, dia pandai buat air Cola yang sedap. :)

Aku sangat bangga dengan kawan aku. Dia dah jadi seorang yang sangat matang, a good mom, and a great wife. And more important, she never forget to be the greatest friend and sister. Jadi bila teringat cerita lama, aku tergelak. Aku yang jadi macam budak kecik sekarang bila dengan dia. Aku yang banyak belajar dari kau sekarang. Syakirah Eliza, terima kasih.

A wife. A mum. A sister. And a friend.

Kalau korang baik hati,

Korang akan lawat page ini.

Sayarosmah.tumblr.com


selalunya aku post gambar kat sana. Resolution cantik sikit..hohoho



*aik...dah pakai 'aku' balik dah



p/s sgt addicted dgn lagu geisha-'jika cinta dia' sekarang ni.. Why lahh why? Lainkali jujur awal sikit

Cara nak cari kerja di kampung

Saya agak baru dalam bidang wedding photography ni. So, belum dapat banyak jobs dan peluang untuk practise. Tapi sekarang tak boleh duduk diam-diam lagi. Kena bangun dan keluar dan kasi market my services.
So, awal bulan February nieh, makcik saya melansungkan perkahwinan di kampung. Dan sangat menyedihkan sebab, my own grandfather *pakcik to my mum* not hiring me. Punyalah....tak palah, saya faham.

Jadi apa yang saya buat ialah, pakai baju kurung yang warnanya paling menyerlah tapi tak menyakitkan mata, bawa semua gear yang ada, letak dalam beg Crump, pakai bedak sikit sebab taknaklah muka nampak berminyakkan, eyeliner sikit untuk menonjolkan mata *hoi! hoi! watthe fish! ini post pasal makeup ker?*
Arghh senang cakap, berbekalkan itu semua, saya datang dengan lagak coolnya, dengan ibu berdiri di sebelah. Terus ke area khemah/pintu gerbang, salam-salam semua nenek dan pakcik makcik, terus berjalan ke hadapan dengan cool, keluarkan camera yang dah siap attach dengan flashgun, pap! pap! pap! Terus amik gambar.

Kemudian lari-lari sikit lagi, pergi kearah tetamu, pap! amik gambar dia makan.

Kemudian ke pelamin lagi, pap! amik gambar saudara mara merenjis-renjis.

Kemudian bila official photographer nak amik gambar posing-posing, tiba-tiba saya muncul kat sebelah dengan kerusi di tangan. Naik atas kerusi, pap! amik gambar pengantin. Sekali lagi, ahh yang pengantin perempuan rapat sikit. Pengantin lelaki, tengok camera saya, tengok camera saya. Pap sekali lagi! Amik gambar dengan gaya coolnya.

Dan semua ini diteruskan hinggalah ke petang. Hasil dari perbuatan saya yang poyo ini, pakcik yang cover videography tuk majlis tuh datang jumpa saya " Lain kali kalau ada kerja, aku panggil kau ya "
Okeh bah pakcik!

Dan kemudian, nenek yang memang selalu in-charge bab handle majlis kahwin di kalangan saudara kami nieh " Minta nenek no telefon mu. Kalau ada lagi yang kahwin, susah-susah mau cari orang lain, bagus nenek panggil kau. Banyak ni anak nenek mau berkahwinan"
Boleh bah nek!

Yahooo. Tektik berjaya. Saya pasti, pengantin tuh pun tengah menunggu-nunggu gambar dari gue. Mueheheheh. Syukur alhamdulillah.
Semoga Kau murahkan rezeki ku dalam bidang ini Ya Allah....Amin









Aku nak berubah

Sejak berapa minggu nieh, tiba-tiba macam terpanggil nak berubah. Jadi sekarang, latih diri untuk keluar pakai baju lengan panjang, pakai cardigan lengan jangan lipat, tudung jangan silangkan, ikat simpul elok-elok kat hujung macam mereka kat Brunei, pakai baju longar-longar dan segalanya. Tapi bila niat dah best macam nieh, orang sekeliling tak supportive langsung. Terus aku kena panggil makcik lah, kakak lah. Dedamm lah korang. Apa yang tua-tua jer ker pakai sopan yang muda pakai sexy? Hilang terus title 'adik baru habis SPM' aku.... ="(

What happen when....

pening+selesema+hidungtesumbat+batuk+kahak+lots of chocolate =Disaster!




Majlis Nikah Sandy


29.01.2011
Kg Kelanahan, Papar
1st time saya mengikuti rombongan pengantin lelaki. Kawan photographer saya sebenarnya. So,1st time juga untuk saya mengambil gambar pengantin lelaki bersiap sedia. Agak blur saya pada mulanya. Patutkah diambil gambar dia time make-up? time kena gincu? Time di bedak? Apa posing yang harus di buat? Last-last, just shoot candid. Nasib juga kawan saya nieh seorang photographer. So dia pun in action lah terus :P



Total Pageviews