Duduk melihat tasik diwaktu hampir senja sambil mendengar lagu Jangan Lupakan oleh Nidji, dan kemudian melihat langit adalah perkara yang menyeronokkan dan menenangkan terutama sekali apabila sedang duduk di tepi tangga Unisel menanti di ambil pulang. Jauh dalam hati, rasa sayu.
Teringat sewaktu di Sandakan dulu, tiap pagi selepas bangun dari tidur, aku pasang lagu ini di Winamp dengan kuat, sambil baring diatas tilam dengan bantal dalam pelukan, melihat siling dengan diam. Terasa macam terapung-apung di udara bila dengar musiknya. Jauh dalam hati, rasa sayu.
Simptom-simptom merindukan dia sebenarnya. Kalau aku mimpikan dia, memang aku jadi begini.
Pertalian URL, bertukar!!
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
22:35
-.-"
Merepek apa kebenda.
Perhatian kepada rakyat Malaysia, http://yeastisdead.blogspot.com sudah dilenyapkan.
Kini era http://blogbudakmalas.blogspot.com sudah bermula!
Sila tukar / update dibahagian 'Configure Blog List' anda ( sekiranya ada di promosikan lah. hehehs ) agar dapat insan yang lain membaca blog ini.
Renovation yang lain akan dilakukan secepat yang mungkin. Kontraktor nya agak sibuk menjual tiket dan memasak sweet corn sejak akhir-akhir ini.
Sekian.
XOXO
(awwww gediks)
kumpulan :
RepekanYeast
Esok takder hari ini lagi
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
23:56
18 Oktober. Hanya hari ini untuk tahun ini.
Dari semalam lagi sebenarnya aku rasa takut. Nervous. Takut hari ini berakhir. Sebab 18 Oktober hanya hari ini. Aku takut hari ini berakhir. Sebab aku terlalu berfikir macammana nak buat hari ini jadi istimewa. Hari ini sepatutnya istimewa. Tapi aku takut hari ini jadi tidak istimewa. Stop merepek Rosmah.
Okeh. Hari ini ulang tahun kelahiran aku. Yang ke 22. Yer, aku semakin tua. Dan semakin miskin. Masih belum ada kerja tetap, dan kemungkinan untuk konvo bulan ini amatlah jauh. Hari kegemaran aku adalah 18 Oktober. Sebab 18 Oktober adalah hari aku. Dan sekarang hari aku dah berakhir. Dan tiada ucapan dari dia. Ahahahahahaha.
Tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih hidup dan dapat merepek disini. Mak aku juga dengan baik hati buat makan-makan tadi (sebenarnya open house untuk kawan-kawan, sebab dari haritu nak datang beraya, tapi kena tahan), kawan-kawan aku datang, keluarga sebelah mak dan ayah pun ada. Fuh sesak terus rumah aku yang kecik dan sempit itu. Terus, tadi ada bunga api lagi. Memang dorang nak celebrate birthday aku lah tu kan. Memang baik hati orang-orang di Klang ni. Tadi kami makan nasi goreng sate mak yang sedap, stimbot, chicken wing resipi aku yang sedap sehingga tinggal tulang sahaja, kek favorite aku, Chocolate Indulgence dan dapat hadiah daripada makcik-makcik kesayangan. Hadiah paling aku suka, tabung Bear yang dari dulu lagi aku nak, tapi fikir banyak kali nak beli ker tak nak beli ker tak sebab risau duit yang semakin mengurang. Akhirnya hari ini aku dapat juga. Nasib baik keras, kalau lembut, memang aku buat peluk time nak tidur.
Owh yer, abang aku belikan tuner gitar. Ehehehe thanks jebonz.

Calendar untuk Tan Yih Kung masa dia birthday dulu
Handphone bisu kau boleh tidur dalam tanah
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
00:15
Harini hari ____ aku.
Tak boleh tidur, asyik tertunggu-tunggu.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Adakah.....?
No 018blabla bla. Dari mana ni? Tak kisah lah. Mungkin itu dia.
Aku jawab.
"May I speak to Danny please?"
"............. sorry..wrong number...."
Apa yang kau harapkan wahai Rosmah?

Gitar sakit
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
00:11
Bunyi gitar ku sumbang.
Aku tak pandai tuning. Nak main, tapi bunyi dia sangat buruk sekarang.
Ahh tak semangatnya. Cepatlah dapat duit gaji, aku nak beli tuner dan bayar masuk kelas gitar.
Gjengg gjenggg jengg jengg. Eh itu bukan bunyi gitar.

Tidur 8 jam boleh Kurus
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
23:19
Anda mengalami masalah berat badan? Lemak yang berlebihan di sana-sini yang kelihatan sungguh..euww tidak menarik? Percayakah anda, dengan tidur 8 jam, anda boleh menurunkan berat badan anda dan membuang lemak-lemak itu. Ya, percayalah! Hmm dah macam iklan MLM pula.
Beberapa kajian telah dibuat mengenai jumlah waktu tidur dan penurunan berat badan dan hasil daripada kajian : dengan mendapat tidur yang berkualiti ( lena dan tiada gangguan) sekurang-kurangnya 7 jam 30 minit, kita lebih senang untuk menjadi kurus! Tapi kenapa? Bagaimana ianya boleh terjadi? Mak kata, kalau tidur banyak nanti gemuk. Tapi itu mak yang kata, sekarang saintis kata bila kita tidur sekejap saja ( kurang dari 7jam30min ), dalam majoriti kes masyarakat Malaysia yang moden, 4 jam sehari :
- boleh menyebabkan penghasilan hormon 'ghrelin' (bukan gremlin) secara berlebihan. Hormon ni meransangkan nafsu makan kita, jadi kita asyik nak makan jer. Bukan setakat nak makan, lapar karbohidrat dan kalori pula tu. Paling dicari, coklat dan manisan lah! Mana tak comel jer badan.
- mengurangkan penghasilan hormon 'leptin'. Hormon ni bertindak sebagai 'stop hormone'. Bila kita dah makan banyak, dia akan bagitahu badan kita "Stop makan! Aku dah kenyang. Jangan telan lagi". Jadi bila hormon ini kurang, kita makan terlebih banyak pun masih tak pandai kenyang-kenyang. 20jam makan jer kerja.
- ganggu proses untuk hadam karbohidrat dan menyebabkan ketidakseimbangan tahap glukosa. Hasilnya, lapar coklat lah! Dan benda yang manis-manis. Sebab badan asyik cakap gula! gula! I need su~garhhh!
- bila kita mengantuk, kita penat. Bila kita penat, kita cepat lapar. Cara paling mudah lah ni nak faham.
Satu lagi fakta, bila dapat tidur yang lena a.k.a berkualiti yang cukup, otak menghasilkan satu hormon dalam jumlah yang banyak untuk men-tranformasi-kan lemak kepada bahan sumber tenaga. Bila kita kurang tidur, hormon itu tidak cukup untuk 'transformer'kan lemak tadi, jadi badan kita pun dengan malasnya, terus hantar lemak-lemak tu ker pinggul, paha, perut, lengan, pipi dan entah dimana-mana lagi.
Ini bukan setakat fakta, tapi eksperimentasi yang sudah berjaya. Pakcik aku yang kini tidur dengan jumlah masa tidur yang sepatutnya, dah turun banyak 'kg'. Masa aku praktikal kat Sandakan dulu, mana ada benda apa nak buat. Banyak makan pula tuh. Tapi jam 8.30 malam dah masuk tidur. Tiap hari pun cukup waktu tidur. 'kg' maintain jer. Sekarang ni yang tunggang langgang bila dah mula tidur lewat.
Jadi, marilah kita tidur dengan jumlah waktu yang cukup. Dan yang paling penting, tidur itu mestilah tidur yang berkualiti. Tidur lena beb. Okaylah, aku pun nak tidur sekarang. Nanti tak cukup 8 jam. Naik pula 'kg' aku.
kumpulan :
FaktaBukanAuta
Kelibat Si Penyair
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
21:45
Lagu yang asyik diputar dalam senarai main telefon bimbit ku hari ini ( skema gila ayat )
Kelibat si Penyair - Azlan & The Typewriter
Diatas kaca, terpancar satu cahaya
Berlari ku pergi, untuk tahu apa disana
Suara yang merdu, memanggil-manggil namaku
Wangian terhidu, menusuk ke dalam tubuhku
Aaa....aah, Oh..ohhhh, Oooh..ooohh...
Yeahh yeahhh...
Indahnya bila, ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana dia, aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya
Di bawah langit, malam aku hanya sendiri
Ku renung awan, airmataku berlinangan
Tersentuh hatiku, bilaku mendakap kamu
Penyuluh gelapku, jalan yang aku tuju
Aaa....aah, Oh..ohhhh, Oooh..ooohh...
Yeahh yeahhh...
Indahnya bila, ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana dia, aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya
Kelibat si Penyair - Azlan & The Typewriter
Lagu yang mempunyai banyak makna untuk aku.
kumpulan :
LirikLagu
Subscribe to:
Posts (Atom)