- Raya pertama, beraya di rumah aunty. Nenek ada disana. Si kazen pun ada disana. Tapi ramai orang yang datang beraya, so kami ahli kelab diraja duduk melepak diluar menunggu tetamu yang datang. Dengan harapan mereka terus bagi kami duit raya, tapi tak ada. Selepas tu, kami pergi ke Ampang. Boleh kira Ampang tuh kampung kami disini. Tiap tahun pun, raya pertama mesti pergi sana. Hari yang sangat menggembirakan sebab aku tak payah masak apa-apa juadah hari raya. Sepanjang hari beraya di rumah orang. Duit raya pun dapat lebih. Hehehe
- Raya kedua, baru buat open house dirumah. Mak masak prawn green curry. Tiba-tiba aku rasa macam kedekut hari tuh, hidang curry tuh pun letak sikit-sikit jer kat mangkuk. Tapau untuk macik pun macam kedekut jer nak bagi 2 container. Teruk.
- Raya ketiga, bawa atuk, nenek, si kazen dan kazen beraya di Ampang lagi. Sebelum tuh singgah di Pavillion, nak bawa atuk nenek jalan-jalan. Pertama kali pergi sebenarnya. Memang high class lah tempat dia. Nak nampak muka melayu, susah sekali. Lagi-lagi yang sedang pakai baju raya. Hahaha kami macam orang sesat. Peduli apa, kami Malaysian apa.
- Raya keempat. Aku dah niat awal-awal, kalau dapat banyak duit raya aku nak pergi karaoke dan beli gitar. Duit raya dah cukup, apalagi, bergeraklah dengan pantas ke RedBox Sunway. Pedahal tekak dah sakit, bantai juga menyanyi. Dah lama tak lepas gian. Lagu lama, lagu baru, lagu pra-dangdut, semua kami layan. Lepas karaoke, aku, si kazen, adik dan abang pergi Wendy's Burger. Tapau sudah. Malam nak kenduri lagi kat rumah aunty.
- Raya kelima. Mak kerja, maksudnya hari bercuti untuk ku. Hahaha tidur pun lewat, semuanya salah si pacik. Ayah bawa pergi makan tengah hari, aku cadangkan makan mee Cina Muslim di Tesco Shah Alam. Sedap! Mee handmade nieh. RM6, penuh satu pinggan. Boleh dua orang makan. Lepastu ayah bawa tengok wayang G-Force. Serius, aku no comment movie ni. Lepastu, aku bawa abang temankan beli gitar. Aku tak kisah, aku nak gitar haritu juga. Cari-cari kat Shah Alam, dapat juga gitar. Tapi 'termahal' sikit lah. Tapi aku suka. Balik rumah terus main-main gitar. Sakit jari, dah merah-merah. Makan malam pun dah tak peduli. Main gitar boleh kenyang. Mesti mak aku mengamuk lepas ni, bertambah lah kemalasan aku nak buat kerja lepas ni. =)
Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Masih belum terlambat nak kumpul duit raya.
Licin kami makan
RM1, duit raya dari abang. Kemut.
Adrie, pertama kali terlepas from his parents.
Nenek dan atuk
Encik drebar ke Sunway
Konon nak buat pose 'cermin' tapi tak pandai
Masih fail. Practise lagi ya
"My precious" cakap cara Smeagol
No comments:
Post a Comment
Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)