Satu sebab kenapa aku takut photographer yang 'PRO'

Sebab ada beberapa photographer yang 'PRO' ni susah nak tengok budak baru belajar nak maju.

Nampak jer kelemahan sikit, terus amik port nak serang orang. Bukan nak cakap budak baru ni tak boleh terima kritikan, kami sangat alu-alukan kritikan atau komen yang MEMBINA. Bukan komen yang MEMUJI.

Ini satu senario yang berlaku kat aku. Aku bertanya kat satu group photography, kedai gambar mana dorang suka pergi untuk print gambar? Contohnya kat Klang tuh, pada aku Foto Campbell lah terbaik walaupun minah mamat kat kaunter tuh tak friendly. Hasil memang kita sangat puas hati dari segi color, dan sharp gambar tuh. Bukan hantar gambar blur kat kedai tuh nanti print boleh jadi sharp tau. Sebab aku pernah pergi kedai-kedai gambar yang lain dan hasil tak seperti yang dapat dari Foto Campbell. Jadi sebagai budak baru, nak lah jugak tahu kedai mana jer yang best untuk pergi cuci soalan. Dan rasanya soalan tuh direct dan simple jer.

Instead of answering my question, ada lah beberapa encik yang dok cakap

  • Lawa or sharp gambar tu bukan sebab hasil print, tapi gambar yang kita amik
  • lain kali nak print check dpi dulu, 300dpi keatas baru selamat
  • kalau gambar dah hampeh, hantar kedai best pun hampeh juga
Brader.....saya tanya soalan, kedai gambar mana yang best untuk cuci gambar? Toksah lahh nak perli-perli duk ngutuk lak. Memanglah gambar yang kita amik tuh penting, kalau dah compo dengan framing pun memang hancus giler, bukannya print framing boleh jadi betul. Tapi PRINTING itu juga penting. Kalau machine yang digunakan, dengan setting color yang tak betul, boleh ker kita dapat hasil seperti yang kita nak?

Pasal 300dpi ke atas tuh, itu benda basic lah bro. Siap dah crop ikut saiz 4R lagi. Kedai tinggal print tak payah nak usik apa-apa. 

Aku okeh jer kalau orang nak kritik gambar aku. Apa gunanya critic session. Tapi kalau orang dah bertanya soalan, jawab jer lah. Tak perlu nak merendah-rendahkan orang. Tak tau jawapan dia, sila diam. Shhhh


Sekian terima kAsih

2 comments:

  1. eiii... kerek gile. brader tu ingat semua customer nak simpan gambar dalam ext. hard disk ke apa? mesti laa nak yg da print bleh tayang kat sedara-mara...kan? kan? kan?

    sebenarnye best tak best fotografer tu pun bukan setakat bergantung pade best tak best dia tangkap gambar... kalo aku, aku lagi suka tengok hasil bila lepas print :D so that nanti takde yang gatal tangan bukak GIMP image editor dan edit balik sesedap hati sebab tak boleh install photoshop. LOL.

    sebab kdg2 fotografer paling best skali pun tapi bila hasil gamba dia print tu out sebab nak jimat cost... jadi tak best jugak :D

    ReplyDelete
  2. Ko sepak jek gigi dia tu. Biar dia tauu sape pro.
    heheee

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews