Bekerja di sebuah panggung wayang adalah perkara yang amat seronok walaupun gaji hanya rm3.50 sejam kerana aku dapat tengok wayang dengan percuma bila-bila masa aku nak dan dapat makan popcorn 'All-You-Can-Eat' dan 'All-You-Can-Drink' air 100plus sampai aku dah naik 5kg dalam masa sebulan dua ini. Aku juga tak payah nak pergi gym angkat dumbbell sebab hari-hari angkat 4 carton air mineral dan 3 kali trip mengangkat ais batu dah cukup menaikkan sedikit otot-otot di tangan walaupun tak berapa nak nampak. Kesimpulannya, aku gembira kerja disitu walaupun orang cakap tak padan dengan sijil yang kau dapat. Sekarang ni zaman susah mencari kerja, dari aku duduk di rumah naikkan 5 kg seminggu, baik aku kerja mencari rezeki plus mencuci mata * percayalah itu hanya aktiviti sampingan, bukan hobi pun
Tiap hari aku bekerja kuat. Saat terbuka sahaja pintu panggung, dengan pecut aku berlari masuk untuk buat handpunch, menjaja keropok Chipster dengan hati yang terbuka walaupun ramai customer yang datang adalah pelajar-pelajar M yang banyaknya berlagak dengan duit PTPTN. Order makan kalah mak-mak Datin yang mekap tebal-tebal. Tapi aku tak kisah, kerja tetap kerja. Yang penting, hujung bulan aku dapat gaji banyak. Mungkin untuk budak degree, gaji dengan angka 888 itu amat sedikit, budak habis SPM pun taknak agaknya, tapi itu hasil bekerja keras dan perasaan waktu tu macam orang dapat gaji 3k tau! Tapi aku benci bila mereka-mereka yang suka curi tulang curi duit curi kebahagiaan orang ni awal pagi dah muka tak malu cakap "Eh gaji 888, cepatlah belanja aku makan mahal. Burger Prosperity aku tak layan", "Ala gaji 888 dari haritu tak penah-penah nak belanja aku, kedekut la tuu". Dan mereka-mereka ini bukan seorang dua, tapi lebih dari tiga. Memang layaklah Lily Allen cakap FYVVM.
Kalau cakap sekali, boleh dianggap sebagai gurauan. Tapi kalau dah pagi petang asyik minta belanja, seminggu pun tak sedar diri lagi, aku rasa macam aku pula si orang kejam kedekut tahap dewa. Tiadakah perasaan bertolak ansur dan akal logik mereka? Sendiri bekerja tapi nak makan duit gaji orang saja. Tak cukup kah duit skandal-skandal korang kena kikis? Aku jadi sakit hati dengan mereka. Segala isu timbul. "Ces korang, aku kerja penat-penat ko nak telan duit aku. Kamu tu dah la kerja 3jam ponteng 4jam!" Lebih kurang begitulah rungut ku setiap hari didalam hati. Haishh....Dah jadi seorang yang berkira.
Tempat bekerja yang seronok tiba-tiba menjadi tidak seronok. Aku sayang popcorn. Mereka sedap.
Aku dah jadi tukang ponteng kerja sekarang. Pelepak di rumah.
=(
p/s hari ini banyak emosi pula
Edit Photo Contest [Cik Ros]
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
00:24
Ya Cik Ros (bukan diri ku) telah mengadakan peraduan mengedit gambar. Aku pun nak jugalah cuba try test nasib dalam contest ini. Kalau korang rasa nak join, silakan saja.
http://ochaz.blogspot.com/2010/01/hohoedit-photo-contest.html
Sorry Cik Ros, aku tak tahu macammana nak letak banner dalam bentuk begambar dan direct kepada blog anda kat sidebar.
So ini gambar penyertaan aku. Join dua gambar boleh? Heheheh gila kuasa
p/s kalau rasa gambar tu kecik sangat, boleh klik untuk view dalam size yang lebih besar
http://ochaz.blogspot.com/2010/01/hohoedit-photo-contest.html
Sorry Cik Ros, aku tak tahu macammana nak letak banner dalam bentuk begambar dan direct kepada blog anda kat sidebar.
So ini gambar penyertaan aku. Join dua gambar boleh? Heheheh gila kuasa
p/s kalau rasa gambar tu kecik sangat, boleh klik untuk view dalam size yang lebih besar
1
2
Harap-harap dapat join contest ni nanti =)
Hari ni 2010 atau 2009?
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
00:46
Bila dah tahun baru, semua orang pasang azam baru. Semalam bila pukul 12 bunyi dum dam dim dum baru aku sedar, " eh aku tak pasang azam baru lagi ". Tapi aku ni memang tak ada azam pun dan tak guna pun pasang azam, sebab nanti hujung tahun satu kotak pun tak kena 'tick'.
Cuma satu harapan aku dari banyak harapan-harapan lain agar tahun ini aku menjadi lebih kurang jiwang. Ahahahaha boleh ker? Aku cuba.
So percubaan di hari pertama = GAGAL.
Hari ini aku emo lagi dan sekarang, sepatutnya aku dah tido dibuai mimpi indah bermain Lomolitos atau Superhead Ultra Wide Slim. Tapi apa yang aku buat sekarang adalah mendengar lagu-lagu Indon dan lagu Selimut Hati dari Dewa 19. Mungkin sebab selimut hati dah tak ada, jadi susah untuk tidur. Mungkin aku patut cari selimut bulu kambing biar senang sikit nak lelap. Sadis betul.
Jadi kesimpulannya, 2009 atau 2010 takde bezanya untuk aku. Pergh, awal-awal dah befikiran negatif. Okeh, sudah. Cepat paksa mata untuk tido.
Ahhh cinta ini membunuh ku~~~ Cess tak habis lagi aku berdrama swasta. Cut cut!!
Cuma satu harapan aku dari banyak harapan-harapan lain agar tahun ini aku menjadi lebih kurang jiwang. Ahahahaha boleh ker? Aku cuba.
So percubaan di hari pertama = GAGAL.
Hari ini aku emo lagi dan sekarang, sepatutnya aku dah tido dibuai mimpi indah bermain Lomolitos atau Superhead Ultra Wide Slim. Tapi apa yang aku buat sekarang adalah mendengar lagu-lagu Indon dan lagu Selimut Hati dari Dewa 19. Mungkin sebab selimut hati dah tak ada, jadi susah untuk tidur. Mungkin aku patut cari selimut bulu kambing biar senang sikit nak lelap. Sadis betul.
Jadi kesimpulannya, 2009 atau 2010 takde bezanya untuk aku. Pergh, awal-awal dah befikiran negatif. Okeh, sudah. Cepat paksa mata untuk tido.
Ahhh cinta ini membunuh ku~~~ Cess tak habis lagi aku berdrama swasta. Cut cut!!
kumpulan :
MasihJiwang
TOOTH FAIRY
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
00:25
Jika saya bagi kamu gigi saya, bolehkah kamu bagi saya Lomolitos GREEN? Please please please...
Huahh aku nak lomolitos hijau sebelum tahun 2010, boleh tak? Tak sabar!!~~
Mari saper-saper jual kat aku =)
Huahh aku nak lomolitos hijau sebelum tahun 2010, boleh tak? Tak sabar!!~~
Mari saper-saper jual kat aku =)
A Letter for Him
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
01:26
Baru selesai taip. Sangat panjang. Agaknya kalau dia baca perenggan pertama, dah tidur.
Gila emosi bila aku taip, tapi entah bila aku nak bagi dia. Bila aku nak jadi berani?
Good night@morning everyone.
26th Dec 09
01:25 am
Gila emosi bila aku taip, tapi entah bila aku nak bagi dia. Bila aku nak jadi berani?
Good night@morning everyone.
26th Dec 09
01:25 am
2010
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
00:56
Senarai sebelum 2010 :
- Kerja
- Kerja
- Kerja
- Kerja
- Kerja
Ini senarai aku sebelum tahun 2010. Yang aku dapat fikirkan, hanya kerja. Handphone baru, baju baru, kasut baru, boyfriend baru, gigi baru, duit baru, semua kira nanti. Utamakan kerja demi gaji lebih. Aku rasa aku terlalu gila bekerja keras sekarang. Masuk awal, balik lewat. Tak minta cuti.
Badan dah lenguh-lenguh, pinggang dah krek krek. Nak angkat stok waktu pagi-pagi pun tak larat. Cepatlah 2010. Jadi nanti boleh aku fikirkan pasal aspek hidup aku yang lain plak........
Mari tiup lilin
selesai ditaip oleh
Yis
pada jam
02:09
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang membaca.
Aku pun dah lama tak update blog, nak kata baru balik dari Haji tak juga. Cuma terlalu busy membaca manga Bleach berapa hari ni, tapi tak khatam-khatam juga. Punya lidut..
Apa mau cakap ahh di waktu 2 pagi ini? Mata sudah mengantuk, tapi hati mau juga tulis blog.
Mari aku cerita-cerita sikit apa jadi akhir-akhir ini.
- Dah dua minggu kena tinggal dengan ayah ibu dan adik. Mereka berenjoy sakan di Indonesia. Aku dan abang berenjoy sakan menjadi dermawan, belanja tokey kedai makan tiap malam. Rumah dalam keadaan yang sangat.......( matilah aku bila ibu balik nanti ). Almaklum, busy....
- Dapat duit gaji ke-2 semalam. Berapa? RM763.20. Perasaan? Gembira tak terkata. Hasil bekerja 25 hari sebulan, masuk kerja 9 pagi, balik jam 6.30, aku rasa macam dapat gaji RM2k jer. Agaknya kalau dapat gaji 2k nanti rasa macam dapat 20k ker? Tapi kena juga simpan duit gaji. Amalan membawa bekal nasi setiap hari mesti diteruskan. Nafsu makan mesti mahu control. Ketepikan Setabak, KenyLoger, Mekdi, Kepci, OltownKopityam, BeskinLobin. Utamakan nasi kosong lauk ayam goreng, pek cantik-cantik dalam bekas Tupperware. Lebih unik dikalangan sahabat-sahabat sekerja nanti.
- Harini Mr Syafiq jahat gila! (padahal suka...poyo Rosmah). Macam budak bodoh aku tercari-cari beg tadi kat floor time orang tengah pack nak masuk cinema. Boleh dia buat aksi AnakWayang buat muka kiut ensem mafia yakuza tak bersalah dia kat situ. Padahal beg aku telah disentuh dan disembunyikan di bawah meja......sadis lah konon. Ko gelak kan aku yer..ko ingat ko hencem lah gelak tadi tuh? Memang encem pun. Memang ko minta kena santau lah kan. Jaga ko. Nanti aku santau ko jadi tukang cuci kasut aku tiap hari. Ehem! Poyo tahap overdose lah aku. Padahal dalam hati suka juga kena sakat. Almaklum, orang ensem main kacau-kacau si tak lawa ni. Perasan lah sikitt... Huwahuwahuwahuwa.
Dah lah. Tiba-tiba aku rasa mengantuk. Saja jer nih nak tulis blog. Konon macam nak buat anniversary lah kan. Entri ke-100 !!! Macam tak percaya dah banyak aku spam sok sek sok sek kat sini dalam masa 8 bulan ni, hingga dah 100 entri (secara rasmi lahh) akhirnya...
Jadi, mari berikan satu tepukan yang kuat untuk saya. Pap pap pap pap pap pap pappp!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




