Mari tiup lilin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang membaca.

Aku pun dah lama tak update blog, nak kata baru balik dari Haji tak juga. Cuma terlalu busy membaca manga Bleach berapa hari ni, tapi tak khatam-khatam juga. Punya lidut..

Apa mau cakap ahh di waktu 2 pagi ini? Mata sudah mengantuk, tapi hati mau juga tulis blog.

Mari aku cerita-cerita sikit apa jadi akhir-akhir ini.

  • Dah dua minggu kena tinggal dengan ayah ibu dan adik. Mereka berenjoy sakan di Indonesia. Aku dan abang berenjoy sakan menjadi dermawan, belanja tokey kedai makan tiap malam. Rumah dalam keadaan yang sangat.......( matilah aku bila ibu balik nanti ). Almaklum, busy....
  • Dapat duit gaji ke-2 semalam. Berapa? RM763.20. Perasaan? Gembira tak terkata. Hasil bekerja 25 hari sebulan, masuk kerja 9 pagi, balik jam 6.30, aku rasa macam dapat gaji RM2k jer. Agaknya kalau dapat gaji 2k nanti rasa macam dapat 20k ker? Tapi kena juga simpan duit gaji. Amalan membawa bekal nasi setiap hari mesti diteruskan. Nafsu makan mesti mahu control. Ketepikan Setabak, KenyLoger, Mekdi, Kepci, OltownKopityam, BeskinLobin. Utamakan nasi kosong lauk ayam goreng, pek cantik-cantik dalam bekas Tupperware. Lebih unik dikalangan sahabat-sahabat sekerja nanti.
  • Harini Mr Syafiq jahat gila! (padahal suka...poyo Rosmah). Macam budak bodoh aku tercari-cari beg tadi kat floor time orang tengah pack nak masuk cinema. Boleh dia buat aksi AnakWayang buat muka kiut ensem mafia yakuza tak bersalah dia kat situ. Padahal beg aku telah disentuh dan disembunyikan di bawah meja......sadis lah konon. Ko gelak kan aku yer..ko ingat ko hencem lah gelak tadi tuh? Memang encem pun. Memang ko minta kena santau lah kan. Jaga ko. Nanti aku santau ko jadi tukang cuci kasut aku tiap hari. Ehem! Poyo tahap overdose lah aku. Padahal dalam hati suka juga kena sakat. Almaklum, orang ensem main kacau-kacau si tak lawa ni. Perasan lah sikitt... Huwahuwahuwahuwa.

Dah lah. Tiba-tiba aku rasa mengantuk. Saja jer nih nak tulis blog. Konon macam nak buat anniversary lah kan. Entri ke-100 !!! Macam tak percaya dah banyak aku spam sok sek sok sek kat sini dalam masa 8 bulan ni, hingga dah 100 entri (secara rasmi lahh) akhirnya...

Jadi, mari berikan satu tepukan yang kuat untuk saya. Pap pap pap pap pap pap pappp!!

1 comment:

  1. weh... dari ko high sorang2 d situ, jangan plak ko lupa wish adik.

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews