Hari Beratur Sedunia

 

Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 27thApril 2009, adalah hari beratur untuk rakyat Malaysia!! Rakyat Malaysia beratur sejak pukul 7.30 pagi untuk membeli 2billion unit Amanah Saham Wawasan 2020 yang dijual entah sejak berapa hari yang lalu (aku tau pun dari blog intanzz XD). Hebat, patutla aku tengok orang beratur panjang depan Maybank pagi tu. Tapi tak kurang hebat juga dengan rakyat Malaysia yang beratur sejak Sabtu yang lalu untuk hari pembukaan kedai Krispy Kreme Doughnuts !!

Berapa minggu yang lalu, aku ada post pasal grand opening Krispy Kreme ni. Dapat juga aku pergi. Terima Kasih pada Unihell sebab bagi aku habis exam awal. Aku dan Starz sampai di Times Square lebih kurang pukul 9.30 pagi (ada kelewatan sikit). Sampai jer disana, aku macam hepi, sebab tengok tak ramai orang. Ada chance ni menang donut sebulan. Bila aku jalan ke depan, ahh panjang pulak line. Kaki aku dah getar nak lari masuk line ni. Tapi nampak Noryn Aziz sedang buat persembahan. Cantik dia pada hari itu.

 
  
Noryn Aziz nyanyi lagu Mercy

Bila dah beratur, kami rasa agak sedih. Sebab untuk menang donut sebulan atau pun Mug Krispy Kreme bernilai RM25 itu, kenalah menjadi pelanggan ke-6 hingga ke-300. Kami adalah pelanggan ke 301 dan 302!!! Tak dapat stiker beb!! No sticker, no free mug la jawabnyer. Agak-agak, kalau aku suruh pacik driver Monorail tu drive laju sikit, boleh dapat ke stiker tu? Hmm.
 
Demi donut, kami sanggup beratur 3 jam! Time tunggu tu, pekerja dia ada bagi Original Glazed. Panas-panas lagi. Dengan bacaan Bismillah, aku pun masukkan donut tu dalam mulut. Emmmmm.....nikmatnya. Rasa macam makan gula kapas pun ada. The moment donut tu dalam mulut, aku boleh rasa macam donut tu cair. Ahhh dia sangat lembut, tak keras dan tak kenyal. Dengan salutan gula kat luar tu, memang kick arr! Tapi after 2-3 bites, boleh rasa donut tu agak manis. Tapi makan dengan donut dan minum coffee dia memang sedap la. Aku try makan donut tu dengan Ice Latte dia yang agak pahit, tapi kombinasi Original Glazed dengan Krispy Kreme's Coffee memang hebat.

Kami beli sedozen donut untuk di bawa balik. Tak la sia-sia sangat aku beratur 3 jam. Pekerja dia pun sangat friendly. Cuma tak puas hati dengan Senior Staff dorang yang agak kedekut. Mug tu banyak jer lagi kat belakang, aku nampak ada lagi paper bag kat dinding tu. Tapi dia taknak bagi juga walaupun kami minta. Eleh, 301 jer pun!!! Janganla kedekut sangat, kita rakyat Malaysia datang untuk bagi support, dah ada lebih tu bagi-bagilah. Tapi hari itu memang menarik la. Macam-macam orang boleh nampak time beratur tu. Ada budak sekolah yang ponteng demi donut, ada pekerja ofis juga! Dahla rupa macam nerd sikit, agak-agaknya bos dia paksa dia beratur beli donut ker? Hehehe. Ada yang siap bawa satu family, anak isteri adik kakak semua dalam barisan. Ada yang pengsan time beratur. Tekejut juga tengok time tu. Ingatkan kena sawan, sebab dia menggeletar satu badan. Tiba-tiba dia bangun balik terus berdiri macam biasa. Staff Krispy Kreme pun bawakan dia secawan coffee. Elehh, taktik jer minah tu. 

Tapi, donut Krispy Kreme memang sedap especially Original Glazed dengan Hershey's Cookies & Creme. Yang lain pun sedap juga, tapi agak manis untuk taste aku. 



 
 
 
Sempat habis baca 2 buku nie


 
  
"Daddy leave me for donut...wuwuwu"


 
Pemenang Gold, Silver and Bronze Ticket


 
  
"Kami nak beli donut untuk Cikgu"


 
Hershey's Cookieess Doughnutss


 

 


 
  
Iced Latte and Original Glazed



 
  

When the hot light is on, they are making Hot Original Glazed Dougnuts

3 comments:

  1. siape tah tamak aritu hahahaha

    anyway aku x pernah beratur 3jam juz to buy food

    so dat was my 1st time but then memg puas hati gila la. so rugi la if beli 6ketol je tu rembat sedozen trus

    haha uish besh tuh!!

    ReplyDelete
  2. giler mleleh air liur bcer..
    sedapnyer..
    nk mak suh wat donut lah esok..
    xdk bajet nk g beli mahal2..ehehe

    ReplyDelete
  3. aah. cantik gamba. ko ada bakat la budak!

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews