Giant...PULANGKANN!!!!


Kejadian ini berlaku pada tahun lepas/ awal tahun ini :


Pada hari itu, my mum pinjam duit ku RM50 kerana dia tidak bawa cash pada hari itu. Beberapa hari selepas itu, dia memulangkan RM50 itu kepada ku. Dia memberikan aku duit RM50 yang new design itu.

Mum : Nah. Jangan guna duit ni ya. Simpan. Susah mau dapat ni.

Me : Kenapa? Ini kah duit baru tuh? Okeh.



Dengan perasaan gembira dan sedikit rasa tertipu sebab dapat duit, tapi tak boleh guna, aku simpan juga. Walaupun ada satu masa, keadaan pada masa itu amat terdesak dan tiada duit, aku tak guna juga duit tuh. Sayang...


Inilah duit RM50 yang mum aku bagi tuh.







Hari Sabtu minggu lepas :

Aku dalam dilema yang amat besar. Peti sejuk ku kosong. Stok makanan ku habis. Beras pun tinggal sekali masak. Duit ku tinggal dua puluh sen. Duit tinggal dua puluh sen adalah perkara biasa untuk aku di hujung minggu memandangkan ATM terdekat dengan rumah jaraknya 6 batu. Tetapi, balanced di account pun tinggal RM8. Ah betapa miskinnya diri ku pada masa ini. Hendak buat loan dengan family, dah banyak aku minta this month. Tak boleh tak boleh....Jadi mcm mana? Haruskah aku makan sayur kangkung saja tiap hari? Kangkung ada banyak di parit sebelah rumah. Tapi....eeee....parit tuh....aku dah nampak. Aku langsung tiada duit, kecuali note RM50 yang aku simpan di........







4 jam selepas itu
.


Peti sejuk ku berisi semula dengan sayur-sayuran, sausage dan nugget. Ada beras 5kg dan setin sardin didapur. Ada satu tin biskut di bilik, beberapa RM lagi dan satu perasaan yang sangat sedih.....
Duit RM50 ku telah ku korbankan tadi di Giant....Minta maaf Ibu.....








Hari ini, Sabtu :

Seperti pekerja-pekerja lain yang mendapat gaji, aku pun dapat gaji dari ayah ku. Iyalah, aku praktikal di tempat orang, tapi ayah yang bayar gaji. Ayah, nanti saya belanja ayah becuti ya. Pukul 9 pagi ker bank, keluarkan duit dari ATM. Rasa macam nak menangis kegembiraan bila dapat duit RM50 yang baru!! Duit ku muncul semula! Aku sangat gembira! Seminggu aku makan biskut tuh dengan perasaan pilu dan hiba, hari ini, aku dapat duit tuh semula.
Aku sms abang aku. Abang aku call aku.

Me : Jebs!! Last week kan, saya guna duit RM50 yang ibu bagi tuh. Punyalah saya sedih. Tapi harini, dapat duit RM50 yang baru tuh. Keluar dari ATM machine. Punya gembira!!!

Brader : Bongok!! Kenapa kau guna?!! Duit tuh limited edition!! Sebab tuh dia keluar awal!!

Me : Hah.....?


7 jam selepas itu:

Aku rasa macam nak menangis kesedihann. Duit yang mum aku bagi tuh limited edition rupanya. Duit yang mum aku bagi ada corak di corner sebelah kanan. Duit aku dapat tadi tiada.

 
Ini duit yang aku dapat dari ATM tadi.

 
Ini duit yang mum aku bagi. Sempat aku amik gambar as kenangan arituh. Tgk, ada corak kann dsituuu.


Tadi aku try google. Kemudian aku jumpa ini dari ebay.
  
RM320??!!! Huahhhhh aku betul-betul mau menangis sekarangg!!!!! Yeast ko bongok! Ko memang bongok!





8 comments:

  1. Macam2 bleh jual kat ebay.

    ReplyDelete
  2. sayang2.... alahaiiiii!!!!!
    SAYANGGG oooiiIIIIIi....

    ngok ngek... palui2.. alahaiiii
    aduyaiiii...

    ReplyDelete
  3. duit tu kluar disember 2007 kut. sempena ulang tahun kemerdekaan ke 50.

    UNDERSTAND ??? kemerdekaan ke 50... RM 50 . Tau suda betapa special duit tu??

    Miahahahaha....

    ReplyDelete
  4. ahhhhh!
    i can feel u~omg omg!!!
    ko sure tanye diri,why am i like this!!!!!ahhhh!roseeee!!!!aaahhhh!

    kalo ak ak g balik lari kat giant tu n mati2 pon ak amik blk~haihz T.T

    ReplyDelete
  5. Yeast...saya nak bg info dkt awk pasal wang kertas yang mak awk bg tu....sila rujuk blog aku kalau nak tahu lebih lanjut. Klik link ni kalau nak tahu pasal wang kertas RM50 tu http://my-koleksi.blogspot.com/2009/07/tiga-3-jenis-wang-kertas-designsiri.html

    Sekian, TQ

    Note: kalau minat simpan duit/wang kertas lama dan baru....boleh la join

    ReplyDelete
  6. pergh..sedey tol.
    aku pon penah cam ni

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews