Bagaimana nak kena pecat kerja?

Rasanya, kalau nak minta kena pecat kerja, senang ja tuh. Tapi tak elok lah, apakata kita tukar sikit kepada 'Bagaimana nak berhenti kerja cara sopan?'. Yeah. Dah 2 hari aku asyik berfikir, macam mana cara terbaik yang paling sopan dan paling tidak menyakitkan hati untuk berhenti kerja?


Sebenarnya begini...dipendekkan cerita, aku bertukar kerja pada bulan yang lalu, dari budak panggung jadi budak konon-konon photographer dan tukang edit+design gambar-gambar. New experience lah konon. Masa interview, makcik tuh setuju nak bayar gaji yang sama macam kat panggung dulu. Tapi Sabtu lalu, sungguh mengecewakan hati lah. Gaji tak sama pun, rate dia lagi rendah adalah. Gaji OT tak double pun, tambah 0.20 jer. Total-total, memang aku rasa tak setimpal dengan kerja yang aku dah buat. Tak macam yang dia cakap dulu pun. Semua kerja design aku yang buat bulan ni. Tak ada bonus pun. Aku ingat aku boleh acceptlah hal ni hari Sabtu yang lain. Tapi tak boleh lah. Makin macam nak gila aku, jadi lebih tak puas hati. Serius tak puas hati. Dah tak ada hati pun nak keja sana. So aku ingat nak berhenti, tapi tak tahu macam mana. Sebab aku agak kesian dengan macik tuh. Dia sangat perlukan orang dan suka sangat aku kerja sana. Siap nak tahan aku lagi kerja sana lagi 3 bulan, tak bagi aku balik Sabah. Tapi serius lah, aku tak boleh terima. Dah hilang semangat nak kerja sana. Then aku terfikir gak, kalau macik tu setuju tambahkan gaji supaya aku stay kat sana, tapi suasana kerja akan jadi tak fun lagi. Mesti rasa lain macam punya. So macam mana ni? Korang ada pendapat tak macammana atau cara yang elok nak berhenti? Agak frust dengan beberapa orang kawan sekarang, dorang just cakap "U do lah whatever the best for ur self"..... Sorry kawan ku, tapi ayat tu sungguh tak melegakan hati pun...agak frust..








p/s ini lah, orang mlayu banyak begini. Kata nak bantu bangsa sendiri, tapi macam ni ker membantu? 
Adakah sebab aku Sabahan, so bantu aku sipi-sipi jer?

Awak sangat caring lah



Tadi saya bermimpi pelik tapi taklah pelik sangat. Tapi selalunya, mimpi lagi pelik. Bila bangun terus teringat-ingat, rasa lawak macam nak ketawa pecah perut lah pulak. Dari apa yang aku dapat ingatlah, aku kat atas lori sedang membantu, entahla buat apa punggah barang, ker menari singa-singa ker apa ker. Kemudian ada seorang  India yang boleh lah tahan hensem (woo itu macam ingat lak), entah apa kami borakkan, tapi seperti aku sedang meyakinkan bahayanya perbuatan dia tu " Eh jangan......bahaya.....tak elok.....nanti......" dan yang paling aku tak tahan kemudian dia cakap " Wah I tak sedar pula before ni yang you sangat caring. Sweet eh" sambil bagi senyuman dan pandangan bermakna. Terkesima. Ahahah dalam mimpi pun boleh terkesima. Aww macam nak terperasan lah pulak after kena puji 'sangat caring'. Hahah so sweet la lu. Derr, mimpi jer mimpi jer. Control diri lu. Ahahaha nak gelak lagi. Boleh sambung mimpi tak?




--------------------

Sambungan dalam mimpi tu, makcik aku dapat kembar girl dan boy. Kemudian kami keluar berjalan-jalan, maid dia dukung yang girl, aku dukung yang boy. Then lepas tu entah aksi magic apa aku nak buat, macam tiba-tiba jer baby boy hilang. Mati gila menyeramkan punya magic. Mencari semua orang si babyboy. Aku dah diam tak terkata, rasa macam nak pergi tingkat 6 terjun pun ada juga. Tiba-tiba hati terasa macam nak buka pintu keselamatan yang ada hos bomba tu kat bawah tangga. Buka.....eh boleh buka pintu lah. Huh, ada kawan si maid tengah sorok babyboy. Cis kau, amik ni penumbuk! Dush!! 
Dash! dia balas balik pula. Tapi apa kes punya magic tiba-tiba ada si maling sorok baby di bawah tangga?Hahhh??




Macam sedang rindu sangat lah dekat teddy bear tuh. Eheh eheh eheh apa ni...malu

Bola Daging Sweeden

Owh bola daging Sweeden, aku termimpi-mimpi rasamu, rupamu, baumu. Siang malam jaga tidur, engkau sentiasa di ingatan ku. Alangkah indah dunia jika kau dijual 24jam seperti BigMac atau boleh dihantar ke pintu macam Domino's. 


Ya, aku sedang bercakap pasal bebola daging yang sedap, Sweedish Meatball di IKEA. Sedap sungguh padaku, makan 10 biji pun tak cukup rasanya. 2 minggu yang lalu, kami ada tersinggah di IKEA restaurant, asyik tengok gambar iklan dia, beliur-liur aku nak cuba. Sekali dah cuba, awww saya mahu lagi. So untuk memenuhi nafsu yang kian melonjak, aku pergi hari ini ditemani abang dan kazen tercinta. Hahah Ikea aku datang lagi, adakah kau bosan dengan aku? Sila jangan, aku paling suka tempat tu. Seronok untuk duduk melepak sambil berangan "Bilalah nak dapat rumah begini".


Kazen and big brother. Yeahh big.....



Selesai amik gambar macam la pelancong dari Thailand, terus masuk nak order makan. "Abang, meatballs sepuluh satu yer" tapi terguris sungguh hatiku... kentang goreng dia bagi sikit jer. Selalu banyak melimpah-limpah lagi ko tengok pun gembira jer. Mana cukup bang. Taulah dah tinggal sikit, yang lain sedang berenang di kolam panas. Tapi alang-alang menyeluk pekasam, bagi jer lah licin terus tray tu. Tak payah kisahlah dengan orang kat belakang ehehe. Sob sob sob nasib aku dah kat tahap kempunan, zappp jer lah. 

meatballs meatballs, ko bukan banjing kan? ahahah
Sweedish Meatballs rm10 

princess cake rm3, sedap

Bila sudah selesai makan., terus masuk dalam bersiar-siar sambil berangan. Sempat lah juga peluk beberapa bantal. Ingat nak beli frame gambar lagi, tapi bila fikir-fikir ahh sudahlah asyik buang duit, bila nak simpan. Gunting jer kotak buat frame sudah. Tapi tertarik tengok ini, heheh comel. Rasa macam nak angkat jer wall ni



------------------------------
Malam ni ada perang di langit. Bum bam bum bam tak sudah.
Habislah esok kerja ranaplah semua gambar kat kedai


Jaga-jaga Pencuri Crocs

Kepada gorilla panjang tangan yang mencuri Crocs aku, semoga kamu mendapat balasan Tuhan. Betapa pedihnya hati aku tadi bila balik rumah, nampak sebelah pasang jer Crocs yang seperti aku kenal dekat pintu lif. Tersadai bersendirian, rosak, tanpa part warna Pink nya. Kuat betul perasaan aku, macam aku punya jer tuh. Laju aku check kat bakul kasut, CROCS AKU TAKDER!! TEDAAA!! CROCS SA TEDA!! Bila buat balik autopsy kat crocs yang aku jumpa tuh, SAH SAH itu saya punya. Hairan betul, sampai hati mereka itu menghancurkan crocs sayang aku. Aku taulah Crocs aku tuh rm20 jer beli kat pasar Shah Alam, tapi aku sayang tau! Comel pada aku, dahlah ada bentuk kepala Mickey Mouse, of course lah comel. Color grey and pink lak tuh. Satu combination yang menarik. Lebih menarik sebab aku dah pakai 6 bulan lebih, sekali pun aku tak pernah basuh. Kekotoran di tepi Crocs tuh menampakkan dia lagi unik dan ganas. 

Tapi memang shial lah bebudak pompuan minah lepak tangga tunggu abang tua belanja makan lauk paprik tuh kan. Aku tau, dorang tuh dari darjah 6 lagi memang dah dengki ngan aku. Dorang dengki lah tu tengok aku pakai crocs, sebab kalau dorang terigin sangat nak pakai, tapi kalau dorang pakai abang tua atau mat rempit yang sempit tak layan dorang sebab kurang seksi lah konon. Memang kau tak seksi pun, harap rambut kau jer berkarat. Aku boleh rasa dari pandangan korang masa keluar lif tadi, memang koranglah tuh angkara. Kalau bukan korang pun, tahniah lahh sebab korang berjaya jadi suspek utama.

Nasib lah korang aku takder bukti kukuh, kalau tak memang aku jadi balik macam budak sekolah menengah poyo cari gaduh ngan korang. Nasib baik crocs tuh rm20, kalau rm200 memang habislah korang aku jerit malam-malam ni, biar dengar semua orang dari Level 1 sampai 10. Jagalah korang, kalau korang datang pergi kedai nak amik gambar ker cuci ker apa ker, hancur lulus lah gambar korang. Aku bukan kedekut nak beli baru, tapi aku sayang tau! Sakit hati lah nampak harta kepunyaan dihancurkan begitu pastu kena buang  sepah-sepah macam tuh jer. At least masukkan lah kat dalam tong sampah. Jagalah korang, harap-harap dengan izin Tuhan, tangan gorila tuh berpanau berkudis berkurap, nanti terserempak aku taulah tu siapa yang buat. Ahh I hate you!

Wuwuwu tinggallah gambar ini sebagai kenangan.....


Saya tengok wayang rasa macam nak gaduh orang






Apa perasaan anda bila anda dah beratur panjang-panjang beli tiket untuk filem blockbuster, beli 1 set regular popcorn, masuk ke dalam hall, duduk dengan selesa, lampu dipadamkan kemudian trailer bermula, dan akhirnya wayang bermula. Tiba-tiba ada geng 'tukang cerita' kat sebelah anda, "Wah hensem lahh Percy ni. Comel kan? Ish mata dia cantik lah. Nanti keluar nak beli lah mata sama colour" "Ha ahh, yang itu sekolah si Percy. Itu cikgu ganti bahasa Inggeris dia tapi result tak lah hebat mana pun, MUET band 2 jer" "Cikgu dia tu nak tanya Percy jer kan, orang lain dia taknak, kesian dia dah takut. Dah lah comel".


=________=    *adakah ini smiley untuk 'Annoyed'?


Yer memang panggung tu bukan hak milik mutlak sendirian berhad sebab semua orang pun bayar RM10, tapi jarak diantara kerusi-kerusi tuh tak sampai 5 cm pun. Kerusi dia sebelah-sebelah jer wak. Awak bercerita saya boleh dengar tau. Orang 2 row kat belakang pun boleh dengar. Takderlah kesalahan pun nak becakap dalam panggung, Saya pun kadang-kadang ada juga komen sikit2 cerita dengan kawan kat sebelah, tapi takderlah semua babak pun nak komen. Merepek-repek lak tuh.


"Ehhe comel lah dia ni kan. Kelakar lah Percy ni. Boleh lak jatuh...ehhe..."
"Hahaha boleh lak tiga-tiga lak tuh tutup mata. Nanti eksident kena langgar beca camner.."
"Owh pompuan tuh dia tengah nak goda kawan Percy lah. Dia kan suka pasang anak-anak ikan ni.."
"Wah pen dia hebat. BOleh tukar jadi pedang. Kesian Percy dia tekejut.."
"Kasut Percy ada sayap, comel jer macam Percy kan. Dah macam Cardcaptor Sakura lak. Hihihihi..."


Dah dah dah. Nanti orang cakap aku bagi spoiler lak. Tapi seriuslah, aku rasa macam nak gaduh orang jer dalam cinema kalau dah ada geng minah-minah seperti itu. Duduk diam-diam tengok sudahlah. Nanti keluar pergi duduk kat Oldtown Kopitiam komen tiap satu baris script pun tak apa. Perbuatan itu sungguh mengganggu. Harap takder antara kamu sifat macam itu. Kalau ada, berubahlah untuk keamanan penonton wayang.


Tapi apa-apa pun, Percy Jackson and The Lightning Thief memang best. Percy hensem dow!! Aku pun tahan excited jer dalam hati tengok dia padahal dalam hati rasa macam nak jerit "LOGAN i love you!! Would you marry me????!!". Kira tak rugi jugalah ko bayar RM10 untuk tengok. 


Tapi aku rasa si Logan ni lagi hot dalam cerita Gamer. Ahhwwww

[TAG] I Stabbed Your Grandmother Because I Stink


[GAME]

WANGI bah saya. Bau Aqua Lily masih ada lagi.


Dengan itu, saya tag ProfWackoYang bernama Aslina, dan siapa-siapa yang nak join sekaki.

Sekian terima kasih


Entri Pendek

Hello der-der sekalian. Zaman 2010 ni, boleh kata majoriti pengguna tegar, kurang tegar internet, semua pun ada blog kan? Dah sudah pasti menjadi impian semua bloggers untuk mendapat trafik yang tinggi macam Sue Anna Joe, Hanis Zalikha, Obefiend, Lucius Maximus (dey mana lu hilang ahh??). Macam-macam cara kita guna untuk menaikkan trafik. Makeup blog comel-comel, tulis entri yang hebat-hebat, buat contest. Enchik Ariff Shah sendiri pernah kata, diantara resipi nak naikkan trafik, dengan menggunakan keyword panas/ menarik/mengancam untuk tajuk entri. Dah tajuk dia hot, sure orang nak baca kan. 


Tapi adalah paling menjengkelkan, bila ada beberapa bloggers menggunakan tajuk entri tipu supaya orang buka blog mereka ini. Contoh " Penyanyi terkenal Siti ***** makan di restoran mewah nampak t*t " padahal cerita makan nasi goreng kosong kat gerai tepi jalan siap ada gambar nampak bulu kaki lebat sampai paha. Hallu lah wei. Kalau iya pun jangan lah sampai nak menipu pembaca. Aku bukan nak dengki orang view blog ko sampai bejuta kali sehari. Tapi tak ker geram, niat hati nak baca pasal Siti, sekali Sate yang ko dok cerita. Tak baik tau menipu. Kita tulis blog ni pun kenalah jujur juga walaupun banyak blog fiksyen semata-semata di dunia ini. Hanis Zalikha pun pernah cakap tau dalam tips Menjadi Penulis Blog Termahsyur. Tak pecaya baca yang no 4 tuh.


Okeh, terima kasih. Jangan baling saya helmet yer.

Total Pageviews