Entri Pendek

Hello der-der sekalian. Zaman 2010 ni, boleh kata majoriti pengguna tegar, kurang tegar internet, semua pun ada blog kan? Dah sudah pasti menjadi impian semua bloggers untuk mendapat trafik yang tinggi macam Sue Anna Joe, Hanis Zalikha, Obefiend, Lucius Maximus (dey mana lu hilang ahh??). Macam-macam cara kita guna untuk menaikkan trafik. Makeup blog comel-comel, tulis entri yang hebat-hebat, buat contest. Enchik Ariff Shah sendiri pernah kata, diantara resipi nak naikkan trafik, dengan menggunakan keyword panas/ menarik/mengancam untuk tajuk entri. Dah tajuk dia hot, sure orang nak baca kan. 


Tapi adalah paling menjengkelkan, bila ada beberapa bloggers menggunakan tajuk entri tipu supaya orang buka blog mereka ini. Contoh " Penyanyi terkenal Siti ***** makan di restoran mewah nampak t*t " padahal cerita makan nasi goreng kosong kat gerai tepi jalan siap ada gambar nampak bulu kaki lebat sampai paha. Hallu lah wei. Kalau iya pun jangan lah sampai nak menipu pembaca. Aku bukan nak dengki orang view blog ko sampai bejuta kali sehari. Tapi tak ker geram, niat hati nak baca pasal Siti, sekali Sate yang ko dok cerita. Tak baik tau menipu. Kita tulis blog ni pun kenalah jujur juga walaupun banyak blog fiksyen semata-semata di dunia ini. Hanis Zalikha pun pernah cakap tau dalam tips Menjadi Penulis Blog Termahsyur. Tak pecaya baca yang no 4 tuh.


Okeh, terima kasih. Jangan baling saya helmet yer.

3 comments:

  1. haha..betul2..kadang2 selalu tertipu..cis2..=)

    ReplyDelete
  2. kenapa helmet? haha...

    obefiend dengan lucius maximus dah selalu kelihatan dekat sokernet sana... sila terjah walaupun anda tak minat bola. =D

    ReplyDelete
  3. xyah layan bloggers cmtu
    tgk cm aku..jujur senantiasa hahaha

    oke aku xmalu.
    bye

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews