Awak sangat caring lah



Tadi saya bermimpi pelik tapi taklah pelik sangat. Tapi selalunya, mimpi lagi pelik. Bila bangun terus teringat-ingat, rasa lawak macam nak ketawa pecah perut lah pulak. Dari apa yang aku dapat ingatlah, aku kat atas lori sedang membantu, entahla buat apa punggah barang, ker menari singa-singa ker apa ker. Kemudian ada seorang  India yang boleh lah tahan hensem (woo itu macam ingat lak), entah apa kami borakkan, tapi seperti aku sedang meyakinkan bahayanya perbuatan dia tu " Eh jangan......bahaya.....tak elok.....nanti......" dan yang paling aku tak tahan kemudian dia cakap " Wah I tak sedar pula before ni yang you sangat caring. Sweet eh" sambil bagi senyuman dan pandangan bermakna. Terkesima. Ahahah dalam mimpi pun boleh terkesima. Aww macam nak terperasan lah pulak after kena puji 'sangat caring'. Hahah so sweet la lu. Derr, mimpi jer mimpi jer. Control diri lu. Ahahaha nak gelak lagi. Boleh sambung mimpi tak?




--------------------

Sambungan dalam mimpi tu, makcik aku dapat kembar girl dan boy. Kemudian kami keluar berjalan-jalan, maid dia dukung yang girl, aku dukung yang boy. Then lepas tu entah aksi magic apa aku nak buat, macam tiba-tiba jer baby boy hilang. Mati gila menyeramkan punya magic. Mencari semua orang si babyboy. Aku dah diam tak terkata, rasa macam nak pergi tingkat 6 terjun pun ada juga. Tiba-tiba hati terasa macam nak buka pintu keselamatan yang ada hos bomba tu kat bawah tangga. Buka.....eh boleh buka pintu lah. Huh, ada kawan si maid tengah sorok babyboy. Cis kau, amik ni penumbuk! Dush!! 
Dash! dia balas balik pula. Tapi apa kes punya magic tiba-tiba ada si maling sorok baby di bawah tangga?Hahhh??




Macam sedang rindu sangat lah dekat teddy bear tuh. Eheh eheh eheh apa ni...malu

1 comment:

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews