Ya, aku sedang bercakap pasal bebola daging yang sedap, Sweedish Meatball di IKEA. Sedap sungguh padaku, makan 10 biji pun tak cukup rasanya. 2 minggu yang lalu, kami ada tersinggah di IKEA restaurant, asyik tengok gambar iklan dia, beliur-liur aku nak cuba. Sekali dah cuba, awww saya mahu lagi. So untuk memenuhi nafsu yang kian melonjak, aku pergi hari ini ditemani abang dan kazen tercinta. Hahah Ikea aku datang lagi, adakah kau bosan dengan aku? Sila jangan, aku paling suka tempat tu. Seronok untuk duduk melepak sambil berangan "Bilalah nak dapat rumah begini".
Kazen and big brother. Yeahh big.....
Selesai amik gambar macam la pelancong dari Thailand, terus masuk nak order makan. "Abang, meatballs sepuluh satu yer" tapi terguris sungguh hatiku... kentang goreng dia bagi sikit jer. Selalu banyak melimpah-limpah lagi ko tengok pun gembira jer. Mana cukup bang. Taulah dah tinggal sikit, yang lain sedang berenang di kolam panas. Tapi alang-alang menyeluk pekasam, bagi jer lah licin terus tray tu. Tak payah kisahlah dengan orang kat belakang ehehe. Sob sob sob nasib aku dah kat tahap kempunan, zappp jer lah.
meatballs meatballs, ko bukan banjing kan? ahahah
Sweedish Meatballs rm10
princess cake rm3, sedap
Bila sudah selesai makan., terus masuk dalam bersiar-siar sambil berangan. Sempat lah juga peluk beberapa bantal. Ingat nak beli frame gambar lagi, tapi bila fikir-fikir ahh sudahlah asyik buang duit, bila nak simpan. Gunting jer kotak buat frame sudah. Tapi tertarik tengok ini, heheh comel. Rasa macam nak angkat jer wall ni
------------------------------
Malam ni ada perang di langit. Bum bam bum bam tak sudah.
Habislah esok kerja ranaplah semua gambar kat kedai
No comments:
Post a Comment
Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)