Esok takder hari ini lagi

18 Oktober. Hanya hari ini untuk tahun ini.


Dari semalam lagi sebenarnya aku rasa takut. Nervous. Takut hari ini berakhir. Sebab 18 Oktober hanya hari ini. Aku takut hari ini berakhir. Sebab aku terlalu berfikir macammana nak buat hari ini jadi istimewa. Hari ini sepatutnya istimewa. Tapi aku takut hari ini jadi tidak istimewa. Stop merepek Rosmah.


Okeh. Hari ini ulang tahun kelahiran aku. Yang ke 22. Yer, aku semakin tua. Dan semakin miskin. Masih belum ada kerja tetap, dan kemungkinan untuk konvo bulan ini amatlah jauh. Hari kegemaran aku adalah 18 Oktober. Sebab 18 Oktober adalah hari aku. Dan sekarang hari aku dah berakhir. Dan tiada ucapan dari dia. Ahahahahahaha.


Tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih hidup dan dapat merepek disini. Mak aku juga dengan baik hati buat makan-makan tadi (sebenarnya open house untuk kawan-kawan, sebab dari haritu nak datang beraya, tapi kena tahan), kawan-kawan aku datang, keluarga sebelah mak dan ayah pun ada. Fuh sesak terus rumah aku yang kecik dan sempit itu. Terus, tadi ada bunga api lagi. Memang dorang nak celebrate birthday aku lah tu kan. Memang baik hati orang-orang di Klang ni. Tadi kami makan nasi goreng sate mak yang sedap, stimbot, chicken wing resipi aku yang sedap sehingga tinggal tulang sahaja, kek favorite aku, Chocolate Indulgence dan dapat hadiah daripada makcik-makcik kesayangan. Hadiah paling aku suka, tabung Bear yang dari dulu lagi aku nak, tapi fikir banyak kali nak beli ker tak nak beli ker tak sebab risau duit yang semakin mengurang. Akhirnya hari ini aku dapat juga. Nasib baik keras, kalau lembut, memang aku buat peluk time nak tidur. 











Owh yer, abang aku belikan tuner gitar. Ehehehe thanks jebonz. 







Calendar untuk Tan Yih Kung masa dia birthday dulu

No comments:

Post a Comment

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews