Pendahuluan :
______________________________________________________________________________
Tamat pengajian pada aku bermakna, bermulanya satu era yang sangat matang+susah+complicated+rungsing+seronok pada aku. Berfikir dengan secara mendalam dan berhati-hati, merancang aktiviti dan laluan kerjaya untuk berjaya. Pening.
Bioteknologi. Sebelum ini digembar-gemburkan, bidang yang paling HOT and Marvelous! Peluang kerjaya yang sangat tinggi! Menjamin kerjaya dan kehidupan di masa hadapan! Tipu! Dah nak masuk dua bulan lebih, lebih daripada 200 graduasi bidang ini di sebuah Universiti Dunia Baru, masih belum mendapat kerja yang sebidang dengan apa yang dipelajari selama 3 tahun. Kerja yang paling banyak di JobStreet.Com, Customer Service. Kalau begitu patut diadakan saja satu bidang kursus Diploma or Degree in Customer Service with Hons.
Tiap hari aku melawat JobStreet.Com dan website-website yang sekeluarga dengannya. Tiap hari beli newspaper semata-mata nak tengok ruangan Classified, tapi tak ada satu pun kerja untuk Biotech. Aku jenis tak boleh duduk diam di rumah. Sebenarnya, boleh jer, bukan susah pun baring-baring, tidur, makan, Facebook seharian di rumah. Tapi kalau dengan itu boleh dapat duit RM30 sehari, mo man tai!
Masalahnya, tak akan dapat duit. Dapat extra Kg adalah. Bukan boleh jual pun lemak tu. Tak laku di pasaran mahu pun Giant. Malaysian Biotechnology Corporation ada menjalankan satu program latihan industri selama 9 bulan, BeST Programme untuk para graduan tak kira lah bidang apa pun untuk menyediakan diri mereka masuk ke bidang bioteknologi ini. Ada elaun RM1000 lagi sebulan. Not bad. Tapi kalau dah tiap hari ulang-alik dari KLang-KL, mau tinggal RM700 jer sebulan dok bayar tambang jer. Tak kira lagi kos makan peringkat KL yang mahal dan tiada kasihan pada mereka yang miskin. Hutang awlong PTPTN lagi. Dimana duit untuk belanja makan sedap-sedap? Donut? Karoke? Movie? Aku jenis yang suka belanjakan duit, sebab itu aku sangat sibuk nak cari duit. Nak beli camera lagi. Ah sudah runsing. Belum kira duit yang patut diberi kepada ibu dan ayah tiap bulan. Nak harap gaji kerja dekat TGV, kalau pun aku rajin gila tiap hari datang kerja, adalah agaknya RM900 sebulan. Tapi mana lah nak dapat, orang lain pun nak masuk kerja juga. Takkan nama aku jer penuh kat dalam jadual.
Bagus aku tukar bidang jer lah macam ni. Bidang masak-memasak lagi laku tau! Gaji Head Chef dah boleh cecah RM5k sebulan. Itupun rasanya yang paling cikai. Tapi bukan head chef Cafe World. Itu untung $200,000, sampai kiamat pun tak boleh genggam coins dia.
Hmm. Mungkin aku patut buka gerai kecik-kecik jer jual burger, chicken wing, hot dog, dan service edit gambar sekali. Hah, sambil dorang tunggu aku edit gambar, boleh dorang duduk makan burger dengan cendol. Nice Rosmah!
P/s Dah penat jadi penanam anggur, epal dan pisang yang berjaya. Gila kaya aku di dunia Facebook.
No comments:
Post a Comment
Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)