Yer hari ini Hari Raya Aidiladha. Tapi, tiada sambutan untuk aku hari ini rasanya. Hanya aku dan abangku di rumah. My parents and sister? Beraya di Jakarta.
They went to Jakarta last night. AirAsia ada tiket murah kan dimana ayah aku beli tiket tu awal tahun ini. Perkara bagus untuk berjalan-jalan di Indonesia, ada banyak tempat menarik dan makanan yang sedap. Yang tak bagusnya? Dia beli tiket sehari sebelum raya. Tinggal lah dua orang anaknya termangu-mangu di rumah tak tahu nak buat apa. Raya Aidiladha ke-2 aku tidak beraya dengan ibu dan ayah. Macam orang dah kahwin pula.
So apa nak buat hari ini? Pergi rumah makcik dan buat Sandwich Lavendar. Niat aku nak masak chicken wing untuk juadah raya nanti. Tapi semua ayam di Klang dan Shah Alam dah habis dikebas orang. Yer, langsung tiada ayam di supermarket. Bukan satu supermarket, dah empat aku pegi semalam.
Semalam selepas habis waktu kerja, aku dan my BFF ( bukan Paris Hilton saja boleh ada BFF ) pergi lah menyelit sekejap menonton movie New Moon. Aku rasa part dah dekat habis. Hiba hati ku. Sayu. Nasib gelap, kalau tak malu aku orang nampak mata dah nak start jadi sungai. Emo sendiri. Owh yer, semalam budak Andalas datang beli tiket. Hahahah after 6 years baru nak tunjuk muka yer. Nasib kau aku busy semalam hidang popcorn kat orang, kalau tak memang ko kena. Tak apa, next time aku sakat ko.
Dan semalam juga, aku dah tahu nama jejaka idaman. Ahahaha sengal tahap nak mampus aku. Nama dia Sya....em tak boleh ditayangkan. Manalah tahu bila dia surf internet, nak buka Facebook tiba tiba terus direct pergi blog aku. Kan nanti dah terbaca, malu I. Hehehe yer, manalah kita tahu, itu semua kuasa Tuhan.
So, sekali lagi, apa nak buat hari ini? Hmm...Tak tahulah.
Apa-apa pun,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin
*raya haji pun orang ada minta-minta maaf kan?? :?
No comments:
Post a Comment
Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)