Aku kena belasah dua kali

 
Hari ini aku kena belasah dua kali.

Ceritanya bermula seperti ini :


Dua minggu yang lalu, aku pulang ke Klang secara mengejut. Aku bagitahu lah kawan ku si cik leeya ni. Si cik leeya ni pula datang idea setan dia, suruh rahsiakan dari kawan-kawan yang lain, nak buat suprise konon.

Tunggu punya tunggu, hari ni baru dapat keluar. Tempat : Old Town Kopitiam

Tapi problemnyer, cik ika tak nak pergi. Kalau aku ngan cik leeya jer, suprise apa benda tuh? Aku pun datang lah idea anak wayang aku, aku sms cik ika.

"Ika, pegilah buka puasa tuh nanti. Tadi aku call leeya, sian dia, dah nangis2 tuh hah kamu x nak pegi. Dia nak buat suprise tu. Penat dia plan. Pegilah, manatau leeya nak annouce dia nak kawin ker tunang ke apa ker? Aku yang jauh ni dapat jeles2 jerr...." lebih kurang begitu lah bunyi sms aku.

Cik ika percaya abis ni, dan diluar jangkaan aku, dia terus suruh cik kirah and nani pegi sekali. Hah nice!! Sampaikan cik shidah siap pegi opis leeya, nak check, dia okeh ker tak. Sakit perut aku gelak-gelak time atas motor tadi.

So plannnya, nak buat suprise lah ni kat dorang.

Cik Nani :
Cettt! takder feeling langsung minah ni. Aku pakai glasses pun rilek jer dia cam aku. 

Cik Kyra :
Dia sedang membelek-belek buku di MPH.

Yeast : Er...excuse me, nak tumpang lalu..
Kyra : Ops sorry...(terus baca buku lagi)
2 saat after tuh....Kyra menjeling. Buwahahahaha pecah gelak aku kat situ juga. Kyra dengan perut 7 bulan dia, menuju dengan pantas kat aku, kalah mak Jo On, mencubit dan mencekik aku dengan tanggannya (macam WWE ), sambil membebel gaya ibu mengandung. Ouchhh ampus I. Hahahaha nasib baik tak bersalin kyra kat situ. Minah sorang ni memang slamber jer pukul orang kat public. Malu aku tau.......


Cik Ika :
Dia ni lambat lak datang, orang dah abis makan baru nak sampai. Selepas Leeya dapat sms dari Ika, leeya suh aku betapuk (menyorok). Nah betapuk celah mana? Bawah meja? Sebelah perut Kyra? Huhuh terpaksa lah aku baring lentok manja di atas Kyra kesayangan ku ini. 

Dia datang...Jeng Jeng Jeng!!! Dengan muka :|     .........tekejut kut....x kan marah....

Dia duduk depan aku. Dia tengok aku. Dia bangun, dia duduk tepi aku.



"Kau jahat!!! Kau tipu aku...ahh kueng ajor ko" sambil tangannya ligat menumbuk2 peha ku. Ouchh sekali lagi. Maafkan aku Ika, aku tak dapat nak tahan gelak. Buwahahaha sekali lagi. 


Conclusion : Aku sayang korang walaupun possibility untuk aku lebam tuh 30%. Huhuh tak kisah pun. Dah 4 bulan tak jumpa, ko nak dush dush aku pun boleh Ika. Tapi dushhh Leeya dulu. Ini semua angkara dia! Dia yang bersalah! Ahahahahaha

No comments:

Post a Comment

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews