Deko bersama Yeast!

Hi


Aku nak ubahsuai blog aku lah. Kalau boleh, nak ubah suai 100%.
Sekarang aku sedang memeras otak untuk mengeluarkan idea-idea bernas yang boleh diguna pakai dalam proses pengubahsuaian ini.


Perkara-perkara yang harus aku lakukan :
1. Cari nama blog yang baru. Antara nama-nama yang aku dah terfikir :
     - Blog Anak Pak Amit
     - Rosmah Punya Blog
     - Rosmah Anak Pak Amit
     - Yis Sudah Mati
     - Blog Anak Bugis Yang Patah Hati


  Ahh bosan. Mungkin malam ini aku boleh bermimpi nama blog yang baru.


2. Menukar URL blog yang baru dan haruslah dipengaruhi oleh tajuk/nama blog yang baru.


3. Background baru. Aku ingat nak guna kan warna putih sebagai non-feature wall. Dan color yang gelap sebagai feature wall. Atau pun sebaliknya. Hmm... Sejak bila blog aku ada wall ? 


4. Aku nak create banner yang baru. Bosan lah guna gambar sendiri sebagai banner. Macam poster syok-sendiri kena gantung dalam bilik pula aku tengok. Nak guna idea lagi nih. Alangkah bagus kalau aku ada tablet, boleh conteng-conteng banner yang ceria. Guna mouse, tangan aku keras sangat.


5. Skill penulisan yang baru. Atau lebih jujur kalau aku cakap, skill penulisan sewaktu aku di tingkatan empat dan penggunaan bahasa yang sama. Bukannya apa, aku ni ada masalah dengan bahasa sekarang. Penyakit bahasa campuran. Otak aku terlalu confius dengan pelbagai bahasa sehingga aku susah nak mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk dikatakan. Atau kesimpulannya, banyak merapu. Tolonglah Rosmah, kau masuk sekolah balik lah. Mesti Cikgu Eminem kecewa dengan kau sekarang. Pergi buka buku Komsas.




Aku rasa setakat itu sajalah perancangan aku sekarang ini. Aku akan ubahsuai blog ini secepat mungkin, tengoklah kemampuan otakku untuk berfikir. 
Mungkin setelah semua hal-hal ini selesai :
     - Perayaan Hari Raya Aidilfitri
     - Selesai menghantar resume dan mencari kerja part-time
     - Graduate sebagai penanam sayur yang berjaya di BarnBuddy dan 
       Farmville


Aku ingat nak panggil Eric Leong tolong ubahsuai blog ini lah. Deko bersama Eric episod 11.

No comments:

Post a Comment

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews