Sakit pinggangku, sakit lagi jariku

Belajar main gitar bukanlah perkara yang senang, apatah lagi jika kita langsung tak tahu macam mana naik main kecuali 'menggoreng' secara sembarangan dan menghasilkan bunyi yang sumbang. Ianya bukan perkara yang mudah sekiranya kita belajar sendiri, tanpa tunjuk ajar cikgu dan hanya berharap kepada buku dengan ilustrasi 6 string gitar dan 5 jari yang tak comel langsung. Dan jari aku sakit. Tapi aku tak kan give up. Ahh aku akan belajar juga sampai aku terer main gitar. Wahai jari, kau nak merah pun merahlah engkau. Damn, I need a Guru.




Seseorang pernah cakap "Kalau kau pandai main gitar, sure ko dah buat banyak lagu kan?". Aku rasa dia cakap macamtu mungkin sebab banyak sangat cerita patah hati bekaitan dengan aku. Hahaha. Maybe.







1 comment:

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews