Dengan nada yang sedikit nyaring, dia marah-marah.
Mak : Boleh ka ko tolong off tuh computer? Sudah mau... bla bla bla...besok last sahur, bla bla bla... boleh ko pegi masak nasi kah?
Me : Hah? Besok last sahur? Eh? So Ahad ni raya?
Mak : Ya lah, kau ingat bila?
Me : Bukan hari Selasa? 22hb? Bukan....?
Mak : Hari Ahad!
Apa?? Ahad ini Raya? Maksud aku, Ahad iaitu besok kepada hari ini, Raya??
Tapi aku ingatkan raya tuh pada hari Selasa, 22hb. Aku tak tengok TV tadi, jadi aku dah ter'limpas' pengumuman Penyimpan Mohor-Mohor Besar Diraja tuh (betulker?).
Macammana ni? Baju raya pun aku masih belum ada. Belum beli. Sebenarnya tunggu datuk bawakan baju yang ditempah jahit dari kampung. Tapi datuk datang hari Isnin. Jadi, aku tak ada baju raya?
Kasut raya? Tudung raya? Duit raya? Semua pun belum ada.
Esok mesti hari masak-memasak rendang dan macam-macam lagi. Hari yang sibuk dan amat memenatkan. Sekarang dah nak masuk pukul 3 pagi dan aku belum tidur lagi. Lepas sahur nanti mesti mak tak bagi sambung tidur sebab nak suruh tolong prepare untuk raya. Lepas tu terus pergi ke rumah makcik dan main masak-masak disana. Mesti sampai malam, sebab nak susun kuih dalam balang lagi, anyam daun ketupat, masukkan duit raya dalam paket duit, blender bawang dan serai, potong-potong ayam dan daging, buat kek coklat.
Aku penat...Penat tadi tak hilang lagi. Tulang belakang pun dah bengkok dan sakit-sakit. Menyesal aku layan Farmville tadi. Bagus aku tidur dan rehat tadi. Kad raya pun tak design lagi. Macam mana nak publish dekat blog dan facebook? Tunggu kejap yer, aku design yang simple saja.
sila right click dan open
Oleh itu, aku ingin mengatakan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat.
Juga Selamat Bercuti kepada mereka yang bukan muslim, tapi silalah meraikan perayaan ini bersama-sama.
Aku juga ingin memohon AMPUN dan MAAF kepada mereka-mereka yang pernah aku terlukakan hati mereka secara sengaja dan tidak sengaja. Juga kepada 'orang itu', aku ingin meminta maaf atas semua kesalahan aku. Aku harap kau tak benci aku.
Sekian
No comments:
Post a Comment
Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)