Saya tengok wayang rasa macam nak gaduh orang






Apa perasaan anda bila anda dah beratur panjang-panjang beli tiket untuk filem blockbuster, beli 1 set regular popcorn, masuk ke dalam hall, duduk dengan selesa, lampu dipadamkan kemudian trailer bermula, dan akhirnya wayang bermula. Tiba-tiba ada geng 'tukang cerita' kat sebelah anda, "Wah hensem lahh Percy ni. Comel kan? Ish mata dia cantik lah. Nanti keluar nak beli lah mata sama colour" "Ha ahh, yang itu sekolah si Percy. Itu cikgu ganti bahasa Inggeris dia tapi result tak lah hebat mana pun, MUET band 2 jer" "Cikgu dia tu nak tanya Percy jer kan, orang lain dia taknak, kesian dia dah takut. Dah lah comel".


=________=    *adakah ini smiley untuk 'Annoyed'?


Yer memang panggung tu bukan hak milik mutlak sendirian berhad sebab semua orang pun bayar RM10, tapi jarak diantara kerusi-kerusi tuh tak sampai 5 cm pun. Kerusi dia sebelah-sebelah jer wak. Awak bercerita saya boleh dengar tau. Orang 2 row kat belakang pun boleh dengar. Takderlah kesalahan pun nak becakap dalam panggung, Saya pun kadang-kadang ada juga komen sikit2 cerita dengan kawan kat sebelah, tapi takderlah semua babak pun nak komen. Merepek-repek lak tuh.


"Ehhe comel lah dia ni kan. Kelakar lah Percy ni. Boleh lak jatuh...ehhe..."
"Hahaha boleh lak tiga-tiga lak tuh tutup mata. Nanti eksident kena langgar beca camner.."
"Owh pompuan tuh dia tengah nak goda kawan Percy lah. Dia kan suka pasang anak-anak ikan ni.."
"Wah pen dia hebat. BOleh tukar jadi pedang. Kesian Percy dia tekejut.."
"Kasut Percy ada sayap, comel jer macam Percy kan. Dah macam Cardcaptor Sakura lak. Hihihihi..."


Dah dah dah. Nanti orang cakap aku bagi spoiler lak. Tapi seriuslah, aku rasa macam nak gaduh orang jer dalam cinema kalau dah ada geng minah-minah seperti itu. Duduk diam-diam tengok sudahlah. Nanti keluar pergi duduk kat Oldtown Kopitiam komen tiap satu baris script pun tak apa. Perbuatan itu sungguh mengganggu. Harap takder antara kamu sifat macam itu. Kalau ada, berubahlah untuk keamanan penonton wayang.


Tapi apa-apa pun, Percy Jackson and The Lightning Thief memang best. Percy hensem dow!! Aku pun tahan excited jer dalam hati tengok dia padahal dalam hati rasa macam nak jerit "LOGAN i love you!! Would you marry me????!!". Kira tak rugi jugalah ko bayar RM10 untuk tengok. 


Tapi aku rasa si Logan ni lagi hot dalam cerita Gamer. Ahhwwww

7 comments:

  1. Waa... ingat tu dialog2 budak seblah!! Lain hari ko warning jek kuat2 kat dia... suruh balik rumah. Jangan nak bercerita balik dalam panggung wayang macam makcik2 bercerita kat pasar.

    Nasib aku seat tepi skali dekat tangga. hahaaa

    ReplyDelete
  2. aku pun same mengalami gangguan emosi sebab tengok wayang dengan budak2 form 3.

    tapi tak kisah la pasal dorang punye seat pun agak jauh dari aku dengan cousin aku. gi mampos la dorang nak cerita ape pun.

    tapi lagi takley blah...

    mak orang kat sebelah aku tu hah. tepuk dahi aku tengok makcik tu excited lebih2 tengok percy...

    padahal makcik tu datang sekeluarge dan anak dia dah form 5 kot?

    ko bleh bayangkan tak?

    ReplyDelete
  3. waaahhh gediksnyerrr ayat bdak2 tu..apekes??

    kalau sya sndri pon akan blh terganggu mood tu..

    bkn pe,dorang ni klau dh duk ngan geng, mmg x hengat orang sekeliling,,bajet mesra la kunun..

    otak sempit lagi tu..

    tpikn..x cuba tegur ke?

    ReplyDelete
  4. Itulah aku cakap.. lain hari tegur je. Biar dorang sedar on the spot tu gak.

    ReplyDelete
  5. weinaa ko kasi bokol saja tu org ba. hahahaha suru durg pakai tu 10rm beli dvd ja. tgk di ruma lagi bagus, jarak 1meter pun tda org kesah. haha

    ReplyDelete
  6. org2 mcm nie memang annoying + xrespect org lain..sy pn pernah alami mcm nie..nseb ada member sy yg memg mulut laju..3rd time die bukak mulut bg ulasan pnjg2, terus member sy sound 'excuse me..blh simpan ulasan awk tue lps abes movie ni? sy pn byr tiket jugak'. terdiam terus minah tue..malu kot sbb member sy yg tegur tue lelaki.

    ReplyDelete
  7. Prof : tu dialog tedala 100% tepat. ada skit editing sdh tu...lupa lahh lupa

    As : Hahah sure tension. mesti anak dia pun tension nyesal x beli popcorn bg mak makan duduk diam2

    Syaffeq : Ayat+nada dorg memang gediks tahap langit. Tp tu ah, sy ni agak kecut and takut gak kang tegadoh lg smua orang takleh tngok movie heheh

    Peg : tu lah bah, org bgtu memang nda buleh dibawa tngok movie. mo kena zip dlu mulut baru bleh ikut

    Aurikelsan : Hahah member awk memang best. Mcm nak pinjam pakai lak ayat dia " excuse me bleh simpan ulasan awak tu untuk post kat blog nti x? Sini sila silent mode" hahah lembap tul otak aku x tepikir masa tu

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews