Tutorial : Buat Tulisan Header Duo-Color

Okeh, jangan cakap panjang, cepat buka Photoshop semua. Sebelum cikgu rotan, so cepat cepat cepat!! =)


Hari ini, atas permintaan seorang kawan yang jauh, kita akan belajar cara-cara nak buat tulisan berwarna-warni seperti di header saya itu. Ya, mungkin ramai yang dah tahu, tapi tutorial ini untuk orang yang tak tahu. So yang dah tahu, kalau nak juga baca, sila buat-buat tak tahu. Tapi sebelum itu, please forgive me kerana bahasa yang kurang baik. Sejak akhir-akhir ini, saya makin teruk dalam penulisan esey, jadi maafkan lah saya yer kalau korang tak faham apa aku cakap. Okeh stop membebel, mulakan tutorial cara saya. Owh maafkan saya kerana gambar agak blur. Entah lah kenapa, tadi cun jer. Dah masuk blog, sedih jer aku tengok kualiti dia.




1. Buka photoshop anda. Saya guna versi CS3, anda saya tak tahulah. Sama jer kut. So, sila buat seperti gambar di bawah ini. First layer, biar kosong dengan warna pilihan anda. Layer kedua, sila taip apa-apa sahaja menggunakan type tool.



2. Guna Magic Wand Tool, klik di huruf pertama. Kemudian, tekan shift *jangan lepas*, klik di huruf seterusnya. Then ulang lagi sampai dah klik semua huruf. 


3. Lepas dah buat selection dekat huruf-huruf itu, buat layer baru diatas layer 'begini'. Pergi Layer > New Layer. Atau tekan Shift+Ctrl+N. Sebab, kita akan mewarnakan semula huruf-huruf tu diatas layer ini. Kemudian, sila right click dekat simbol baldi tuh, dan klik Gradient Tool. Then, tengok di atas, pasti ada rupa seperti di kotak kedua tu untuk edit gradient. Klik benda itu. Maka akan terbuka lah satu box baru 'Gradient Editor'. Disini, korang boleh tukar color yang korang nak. Macam aku, aku guna balik color pink itu untuk bahagian atas, light blue untuk di bahagian bawah. Korang juga boleh adjust nak bagi lebih color pink or light blue dengan gerakkan color midpoint tuh.Then tekan OK.




4. Di layer baru, klik di atas huruf, drag sampai ke bawah. Lebih pun tak apa, lagi elok. Contoh gambar di bawah ini. Bila anda lepas, akan nampak lah hasilnya.




5. Lepas tu, kita boleh buat stroke di tepi huruf untuk buat dia nampak lebih jelas. Right click pada layer 2 tadi, klik di Blending Options. Di box 'layer style' ada macam-macam pilihan kita boleh guna. So klik di stroke, kemudian edit setting dia ikut citarasa masing-masing. Boleh tukar color, boleh tukar size stroke itu. Nak kecik ker tebal ker. Bila dah puas hati tekan Ok.


6. Akan dapat lah seperti ini. Siap!


Kalau aku, aku akan tambah lagi, letak drop shadow dan outer glow biar tak nampak kosong sangat.


Jadi itu sahaja untuk hari ini, harap-harap dapat membantu. Eheheh sekali lagi, minta maaf sebab penggunaan bahasa yang tak baik. Memang tak lepas jadi cikgu =)

Fynn Jamal, kamu kenal?

Hari ini aku nak cerita pasal seseorang,  Fynn Jamal.Dia adalah kakak aku. Tak adalah, aku berangan jer.

Rasanya ramai yang tahu siapa Fynn Jamal ni. Fynn Jamal, Wani Ardy, Ana Raffali, diantara pemuisi, pemusik wanita yang harus ko pandang berat dengan bakat dorang. Aku tengok profile Fynn Jamal di facebook, aku jadi jatuh cinta. Aku obses! Aku ketagih! Ya, aku obses dan ketagih dengan kata-katanya, puisi nya, cerita nya. Fynn ada menulis satu notes untuk husband dia. Satu surat yang betul mengkagumkan, cerita cinta diantara dia dan kekasih, dan rasa sayang sejati yang kalau korang baca mesti korang pun nak lah macam tu, gila hell punya romantis suami isteri ini. Satu kisah realiti yang korang akan ingat itu cerita novel. Waktu mereka bertemu pertama kali, suami dia cakap "I am all broken, would you marry me?" dan dia accept!

Tapi aku bukan nak cerita pasal dia dan kekasih pun , aku nak cakap pasal Fynn Jamal jer. Kata-kata dia sangat bererti, sangat halus, bisa menakluki hati insan yang biasa. Kata-kata dia seperti doa yang indah. Ini fynn jamal cakap, "Tuhan, kuatkan jiwa aku untuk lelaki yang akan menjadi suami aku".

Kemudian, dia share satu video sewaktu dia berpuisi,ditemani sahabat baik Wani Ardy, mungkin waktu Rantai yang lalu. Kurang pasti, tapi mereka memang hebat. Aku jadi obses kembali. Aku obses ingin mencari video persembahan dia seperti aku obses mencari video tutorial 'How to play Way I am by Ingrid'. Aku mula menaip nama 'Fynn Jamal' di Youtube. Wahh....masa yang harus aku guna untuk basuh kain, dihabiskan dengan menghayati video-video Fynn. Salah satu favorite aku, Fynn Jamal, Wani Ardy dan Ana Raffali. Satu gabungan hebat, terus PowerPuff Girl tiada makna lagi pada diriku.

Hayati :




Superb! Aku harap satu hari nanti aku dapat tengok secara live Fynn berpuisi.

Rasa macam nak email dia lah ajak bercerita, korang agak dia minat tak nak dengar cerita aku?






-Nak taip banyak-banyak, tapi jari tangan kiri ku sakit tekan string gitar. Nampak sangat amatur. Tapi aku dah pandai main lagu Way I Am. Hoyehh!

Fashion Sudah Berjalan






Rasa berminat? Nak tahu harga? Nak tengok size?

Kalau nak, jangan segan jangan malu, sila visit

FASHIONISTA WALK 
[ Enter ]

Masuk percuma, nak beli bayar

Ehhe =)

Orang Shoot Gambar, Aku Pun Nak

Tadi tengok-tengok blog orang. Most of them orang photography punya blog. Aduh punya gila cantik gambar-gambar dorang. Lagi-lagi ada sorang tu, Mr Chenta. Mau jatuh chenta sudah saya ni tengok gambar dia. Dorang guna Canon, Nikon. Memang camera favorite lah dua ni. Tapi tak ada ker yang guna Sony? Ehehe arituh jalan-jalan, Sony Alpha A380, 14.1 megapixels tengah promotion tau * tak sampai 2.3k pun*. Tapi hati ni memang dari dulu nak Nikon. Dah mengaku sayalah pengguna Nikon walaupun belum pegang satu =.= . Dah masuk bengkel Nikon walaupun belum pegang satu. Tapi Canon pun cantik juga.

Tapi hari ini, bertambah-tambah semangat lah pulak nak satu camera. Tengok blog orang, tengok gambar orang upload, aku pun nak. Macam mana nak practise kalau tak ada cameranya? So Mum, apamacam deal kita? Jadi kah? Kalau jadi, marilah pergi beli ni malam. Ahahahaha

Mau kena penampar kah? Orang busy mau pindah rumah ko busy mau beli camera.

=) Oh my oh my, tak sabar rasanya. Lalalala cepatlah hari berlalu ke hari yang sepatutnya. Nak beli camera.
Hahahaha. Harituh jalan-jalan, ada orang buat promotion Nikon D3000, terus mum saya terbuka hati nak bagi loan sama anak dia ni. Hahahah

Pon POnnn!!

Pon Pon! Kereta putih mu berbunyi. Boleh lah tuh, daripada bunyi Pon Pon motor jer. Walaupun patutnya ko dapat no 3 sahaja. Owh sila jangan marah wahai peminat Idlan. Aku hanya merasakan Alex lebih patut dapat yang lebih baik dari lawak malas abang Kasim. Dah lah isi tak banyak, lawak memang damn giler shit malas, asyik terulang-ulang, lupa pun banyak, yang paling bikin panas, abang kasim cepat sungguh berputus asa. Bila dah lupa, masa masih ada, tapi dah give up terus panggil encik pengacara. Ko bertuah sebab last show ko ada 3 orang mafia naik atas pentas joget sama.



Tapi apa-apa punnn, Kecik dah menang. Tahniah lah kamu dua urang ah. Nanti ada kenduri di Tuaran sama Membakut, sila-silalah jemput, walaupun aku tak undi. Ahahaha. Tapi memang ko juga lah Alex, kau lah paling Boss ni malam! Kesian, mungkin rezeki dalam show ni tak sebanyak mana, siapa tahu, lepas ni Alex paling busy kena panggil sana sini, buat stand up comedy macam Afdlin Shauki dan Harith Iskandar. Kita Amin kan sahaja.



Berbalik kepada niat utama, sebenarnya aku nak cakap ni dari tadi:


"Kotoh si POn Pon tak menang. Muahahahahaha. Balik lah rajinkan sikit diri, kasi taruk lagi banyak idea dalam komedi. BUkan duduk macam orang bodoh, haloowww.......how wa u......."

Hahahahahaha okeh stop gelak, jahat. Tak baik. Ahahahahahahahahahaha


P/s patut saya buat macam si Alex, pergi nyanyi dekat makcik tuh.. " Tak sanggup lagi aku...bekerja dengan kamu....kerna gaji aku engkau tipu.."

Emma Who??

Aku enjoy baca blog Obefiend tapi aku lagi enjoy baca komen-komen serius kat Blog Serius Obe.

Paling aku enjoy bila baca entri pasal Emma Button ni sini sini
Terima kasih ah Anons-anons yang main terjah jer pegi comment begitu, hari ku begitu ceria di pagi ini dikala otak sedang berkecamuk. Obe sure ko seronok gila kan tengok banyak ikan kerapu kepunden makan umpan.

Meminjam kata-kata customer kat TGV dulu *minah ni student ---- SA*
"Damn shit giler lembap otak sempit tahap serius dorang nieh!!"


Ahahahah serius weyh, kalau letak Emma Mannan agaknya lagi dramatik kut? Ahahahahaha siot gelak overdose
Susah betul lah jadi orang terlampau baik ni. 


Sekarang diri sendiri pula jadi tension. Arghh gimana niehhh???






Saya mau berhentiii!! Mau berhenti!! Mau berhentii!! Tapi tuh macik slalu buat saya rasa susah hati mau cakap "CIK AKU MAU BRENTII"



Saya Mau Berhenti Tapi Tidak Berani

Hari ni ingat mau berhenti. Sekalinya busy dari pagi sampai malam. Macam mau tecabut tulang ni. Dey padahal nda berani. Bukan nda berani, kesian bah.. Ya ya...kesian nie. Diri sendiri siapa mau kesian? Harap-harap besok, selesai semua kerja, ada hantu berani rasuk diri ni. Baru ada berani mau berhenti.




Kalau geng dorang si Sid, mesti dorang cakap ni "Kotoh!"








p/s Aku tengok di Feedjit, ada visitor dari Nagoya. Siapa tu hah? Mr teddy bear kah? Kah Mrs and Miss Smith? Huehuehuehue

Total Pageviews