Hari ini, atas permintaan seorang kawan yang jauh, kita akan belajar cara-cara nak buat tulisan berwarna-warni seperti di header saya itu. Ya, mungkin ramai yang dah tahu, tapi tutorial ini untuk orang yang tak tahu. So yang dah tahu, kalau nak juga baca, sila buat-buat tak tahu. Tapi sebelum itu, please forgive me kerana bahasa yang kurang baik. Sejak akhir-akhir ini, saya makin teruk dalam penulisan esey, jadi maafkan lah saya yer kalau korang tak faham apa aku cakap. Okeh stop membebel, mulakan tutorial cara saya. Owh maafkan saya kerana gambar agak blur. Entah lah kenapa, tadi cun jer. Dah masuk blog, sedih jer aku tengok kualiti dia.
1. Buka photoshop anda. Saya guna versi CS3, anda saya tak tahulah. Sama jer kut. So, sila buat seperti gambar di bawah ini. First layer, biar kosong dengan warna pilihan anda. Layer kedua, sila taip apa-apa sahaja menggunakan type tool.
2. Guna Magic Wand Tool, klik di huruf pertama. Kemudian, tekan shift *jangan lepas*, klik di huruf seterusnya. Then ulang lagi sampai dah klik semua huruf.
3. Lepas dah buat selection dekat huruf-huruf itu, buat layer baru diatas layer 'begini'. Pergi Layer > New Layer. Atau tekan Shift+Ctrl+N. Sebab, kita akan mewarnakan semula huruf-huruf tu diatas layer ini. Kemudian, sila right click dekat simbol baldi tuh, dan klik Gradient Tool. Then, tengok di atas, pasti ada rupa seperti di kotak kedua tu untuk edit gradient. Klik benda itu. Maka akan terbuka lah satu box baru 'Gradient Editor'. Disini, korang boleh tukar color yang korang nak. Macam aku, aku guna balik color pink itu untuk bahagian atas, light blue untuk di bahagian bawah. Korang juga boleh adjust nak bagi lebih color pink or light blue dengan gerakkan color midpoint tuh.Then tekan OK.
4. Di layer baru, klik di atas huruf, drag sampai ke bawah. Lebih pun tak apa, lagi elok. Contoh gambar di bawah ini. Bila anda lepas, akan nampak lah hasilnya.
5. Lepas tu, kita boleh buat stroke di tepi huruf untuk buat dia nampak lebih jelas. Right click pada layer 2 tadi, klik di Blending Options. Di box 'layer style' ada macam-macam pilihan kita boleh guna. So klik di stroke, kemudian edit setting dia ikut citarasa masing-masing. Boleh tukar color, boleh tukar size stroke itu. Nak kecik ker tebal ker. Bila dah puas hati tekan Ok.
6. Akan dapat lah seperti ini. Siap!
Kalau aku, aku akan tambah lagi, letak drop shadow dan outer glow biar tak nampak kosong sangat.
bagus tutorial nih..hehe..
ReplyDeletejemput ke blog sy http://anyshazwanie.blogspot.com
wah pandai ar guna photoshop..share ar lagi apa yang tau :)
ReplyDelete