Photo Essay : 'Ozy Popper'

dua minggu lalu, aku dan partner, Hurriah *bukan partner yang macam itu eh.....* diberi satu assigment untuk buat photo essay. Apa itu photo essay?

photo essay  is a set of series of photographs that are intended to tell a story or evoke a series of emotions in the viewer. A photo essay will often show pictures in deep emotional stages.

yer...aku copy dari wiki. Masalah besar ker?? senang cakap photo essay ni satu set gambar yang selalunya disertai dengan lagu, untuk menceritakan satu kisah yang ada emosi dalamnya. Sebenarnya, ini pertama kali aku join outing and shooting session macam ni. Selalunya aku amik gambar kawan secara candid ataupun benda yang statik. Soo huahh nervous.

So, aku dan Hurriah pun pergilah berjalan-jalan di Kg. Tanjung Aru baru, mencari cerita menaiki kereta baru ku ini. 
Cantikkan herbie ku? Perasan...amik lesen dulu lah wey

Setelah berjalan-jalan, kami ternampak seorang pakcik ni sedang melepak-lepak di rumah. Tanpa segan silu, kami bagi salam dan cakap kami nak jadikan pakcik sebagai model, sebab kami tak mampu nak cari lelaki kacak untuk buka baju jadi model kami. Huahuahuahua sah kena halau kalau cakap macam tu. Apa-apa pun, pakcik itu setuju, dan inilah ceritanya :)

---------------------------------

En Zainal Abidin juga dikenali sebagai Ozy Popper. Tukang buat popper kayu/ kail umpan ikan? di sebuah kampung air di Kota Kinabalu. Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan bisnes nya, dan mengeksport popper nya bukan setakat di majalah Kembara Kail dan di Sabah, tetapi hingga ke luar negara untuk mengharumkan nama Malaysia. Amin.:)

Lagu : Billionaire



























dan videonya :


Pakcik Ozy dan anak dia memang super kool and sporting. Suruh masak relax jer, suruh cuci pinggan relax jer. Suruh duduk depan TV gelak-gelak pun relax jer. Karaoke jer tak sempat nak suruh. Siap dorang yang belanja kami makan kuih dan minum-minum. Padahal team lain siap bayar subject dorang. Heheee :>

Kami dapat no 2 dari 5 team dan yang paling best, our mentor, Saiful Nang siap jadikan set kami sebagai contoh :'> dan dia cakap "saya paling risau dengan team ni, tapi tak sangka dorang boleh bagi hasil macam ni. Good job!" :D




err over sangat ker aku.......? Hahaha okehla. Tamat disini sahaja. Bye, aku nak potong bawang.

Owh yer, kepada kaki pancing yang nak try popper ini, atau teringin nak pegi memancing kat area laut Kota Kinabalu, you can call En Zainal a.k.a Ozy! Call this number guys! 016-8159810

3 comments:

  1. cantik wo... memang best tgk.. menyentuh perasaan.. tiap foto ada cerita trsembunyi.. apa pun.. abg Ozy Popper mmg fotogenik & Sporting...

    ReplyDelete
  2. ... Dan Utk Perhatian.. Popper ni dah pun diketahui oleh sebahagian besar..rakyat Malaysia melalui Majalah Kembara Kail.. dan.. segelintir.. ada penempah dtg dari luar negara..SYABAS Anak Tempatan Sabah..

    ReplyDelete
  3. terima kasih. 1st time buat photo essay. tp mmg en ozzy sgt sporting!! anak dia pun sporting! sy happy dapat shoot dorg. syukurlah klu popper dia dah sampai kt pasaran luar negara :)

    ReplyDelete

Silalah komen.
Saya Tak kenakan Charge pun.
Jangan Maki saya Sudah =)

Total Pageviews